Wednesday 25 January 2017

SPM Pendidikan Islam


JADUAL PENGENALAN SUBJEK/SUBJECT
OBJEKTIF
Membimbing semua calon SPM yang akan mengambil kertas Pendidikan Islam 1223/1 dan 1223/2 menguasai teknik menjawabyang menepati dengan kehendak skema jawapan sebenar.
Menganalisis soalan-soalan peperiksaan SPM yang lepas agar semua calon membiasakan diri dengan bentuk soalan sebenar.
Membolehkan calon-calon SPM mengenal pasti dan mengatasi kelemahan memahami serta menjawab soalan Pendidikan Islam.
Mengukuh dan memantapkan keyakinan calon-calon SPM supaya memperoleh gred A dalam subjek Pendidikan Islam.
Perbincangan berkaitan teknik menjawab dan rubrik penskoran kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Sebagai tambah nilai segala yang telah diperoleh murid di dalam bilik darjah.

FORMAT KERTAS SPM PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS 1
Kertas 1 terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A diperuntukkan sebanyak 40 markah, mengandungi 40 soalan-yang terdiri daripada 20 soalan objektif aneka pilihan dan 20 soalan mengisi tempat kosong.
Bahagian B mewakili 60 markah terdiri daripada 4 soalan subjektif.
Calon mesti menjawab semua soalan dalam Bahagian A.
Calon mesti menjawab 3 soalan dari Bahagian B. Soalan l dan 2 mesti dijawab dan satu soalan lagi dipilih daripada soalan 3 atau 4.
Kandungan soalan ialah bahagian Ulum Syariah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, merangkumi tajuk-tajuk;
(1) Akidah
(2) Ibadat
(3) Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam
(4) Adab dan Akhlak Islamiyah

KERTAS 2
Kandungan soalan dalam Kertas 2 ialah bahagian tilawah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang terdiri daripada ayat-ayat kefahaman, hafazan, hadis, hukum tajwid dan kemahiran Jawi.
Terdapat 5 soalan dan semuanya mesti dijawab.
Jumlah markah bagi soalan Kertas 2 ialah 100 markah, iaitu setiap soalan diperuntukkan 20 markah.
Semua jawapan mesti ditulis di dalam Buku Jawapan Calon yang disediakan, sama ada dalam tulisan Rumi atau Jawi.

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SPM
1. PERKARA - Jenis item/soalan
KERTAS 1/Bahagian A
Ujian Objektif: Aneka pilihan dan mengisi tempat kosong.
PERKARA/Jenis item / soalan
KERTAS 1 Bahagian B
Ujian Subjektif: Respons terhad dan struktur serta merangkumi elemen Kemahiran Berfikir-Aras Tinggi (KBAT).
KERTAS 2 / Bahagian B
Subjektif: Respons terhad dan struktur serta merangkumi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

2. PERKARA - Bilangan item/soalan
KERTAS 1/Bahagian A
40 soalan (40 markah) (Jawab semua soalan)
KERTAS 1/Bahagian B
Mengandungi 4 soalan. (Jawab 3 soalan. Soalan 1 dan 2 adalah wajib. Soalan ketiga pilih mana-mana soalan 3 atau soalan 4.) (60 markah)
KERTAS 2
Mengandungi 5 soalan. Jawab semua soalan.

3. PERKARA - Masa Yang diperuntukkan
KERTAS 1: 2 jam
KERTAS 2: 1 jam 40 minit

4. PERKARA – Cakupan Konteks/Bidang
KERTAS 1: Akidah, Ibadat, Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam, Adab dan Akhlak Islamiyah
(Sukatan pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)
KERTAS 2: Ayat kefahaman, Ayat hafazan, Hadis kefahaman, Tajwid, dan Kemahiran Jawi
(Sukatan Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)

Topik Perbincangan Mingguan
Bil
Tarikh Siaran
Topik Perbincangan
718
25 Januari
Manusia Perlu Bersyukur
719
l Februari
Batas-batas Pergaulan
720
8 Februari
Kemuliaan Al-Quran
721
15 Februari
Nasihat Lukman Al-Hakim
722
22 Februari
Larangan Mempersendakan Agama
723
l Mac
Ciri-ciri Mukmin Berjaya
724
8 Mac
Hidayah Milik Allah
725
15 Mac
Makanan yang Baik
726
22 Mac
Orang Beriman Kekasih Allah
727
29 Mac
Perkara-perkara yang Membatalkan Iman
728
5 April
Dosa-dosa Besar yang Membawa Kemurkaan Allah
729
12 April
Tuntutan Taubat
730
19 April
Iman Mutiara Hidup
731
26 April
Ibadat Haji dan Umrah
732
3 Mei
Ujian Percubaan
733
10 Mei
Ujian Percubaan
734
17 Mei
Ujian Percubaan
735
24 Mei
Ujian Percubaan
736
31 Mei
Ujian Percubaan
737
7 Jun
Ujian Percubaan
738
14 Jun
Ujian Percubaan
739
21 Jun
Ujian Percubaan
740
28 Jun
Aneka Soalan KBAT
741
5 Julai
Jual Beli dan Sewa
742
12 Julai
Perkahwinan dalam Islam
743
19 Julai
Kaifiat Perkahwinan dalam Islam
744
26 Julai
Ajaran Sesat
745
2 Ogos
Anak Amanah Allah
746
9 Ogos
Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan Abbasiah
747
16 Ogos
Ujian Percubaan
748
23 Ogos
Ujian Percubaan
749
30 Ogos
Ujian Percubaan
750
6 September
Ujian Percubaan
751
13 September
Ujian Percubaan
752
20 September
Ujian Percubaan
753
27 September
Ujian Percubaan
754
4 Oktober
Ujian Percubaan
755
11 Oktober
Latih Tubi
756
25 Oktober
Latih Tubi
757
l November
Latih Tubi

*Tertakluk kepada perubahan

SPM Pendidikan Islam
25 Januari 2017
Perbincangan minggu ini adalah mengenai Bahagian Tilawah iaitu ayat kefahaman Tingkatan Empat yang bertajuk:
Manusia Perlu Bersyukur, daripada surah al-An'am ayat 6.
Firman Allah SWT dalam surah al-An'am, ayat 6

أَلَمْ يَرَوْا كَمْأَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ
  
Firman Allah SWT dalam surah al-An'am, ayat 6 yang bermaksud:
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan ke atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.
English translations: Surah Al-An'am (6:6):
Have they not seen how many generations We destroyed before them which We had established upon the earth as We have not established you? And We sent [rain from] the sky upon them in showers and made rivers flow beneath them; then We destroyed them for their sins and brought forth after them a generation of others.

Perkara-perkara pentingyang perlu dikuasai dalam tajuk ini ialah:
Maksud ayat.
Nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada manusia.
Cara bersyukur.
Balasan azab Allah SWT kepada kaum-kaum terdahulu yang melakukan kemungkaran.
Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Akibat tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.
Pengajaran ayat.

Contoh soalan peperiksaan yang lalu:
Ayat di atas menjelaskan tentang kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah SWT. 
Berdasarkan ayat tersebut;
Nyatakan sebab mereka dibinasakan.
Senaraikan dua contoh nikmat Allah SWT kepada hamba-Nya.
Bagaimanakah anda menghargai nikmat yang Allah SWT kurniakan?
Nyatakan dua cara untuk memelihara nikmat alam sekitar.
Teknik menjawab
Calon hendaklah mengenai pasti bentuk kata tugas yang digunakan dalam soalan, contohnya:
Nyatakan; calon hanya perlu memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut.
Senaraikan; calon hanya perlu menyenaraikan secara ringkas tanpa penghuraian yang panjang.
Jelaskan atau terangkan; perlu kepada isi dan sedikit penerangan kepada isi yang dikemukakan.

Selain itu, calon dinasihatkan memberi jawapan yang lebih daripada apa-apa yang diminta oleh soalan, contohnya senaraikan dua, nyatakan dua dan jelaskan dua atau terangkan dua.
Contoh jawapan yang lemah:
(i) Nyatakan sebab mereka dibinasakan;
Mereka mengejek nabi kerana membina bahtera di padang pasir yang kering kontang. Menolak ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi pada ketika itu.
Kaum-kaum terdahulu dibinasakan kerana mereka ingkar dengan perintah Allah. Allah mengutuskan para rasul untuk menyeru mereka beribadah kepada Allah tetapi mereka ingkar, oleh itu mereka telah dibinasakan.
Kelemahan jawapan calon di atas ialah memberi huraian kepada soalan nyatakan yang akan merugikan masa untuk menjawab soalan-soalan berikutnya.

Jawapan contoh:
(i) Sebab mereka dibinasakan ialah;
(a) Melanggar perintah Allah SWT
(b) Mereka kufur kepada Allah SWT
(c) Keangkuhan mereka
(d) Tidak bersyukur
(ii) Dua contoh nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada mereka ialah;
(a) Kekayaan harta
(b) Kemewahan hidup
(c) Kesihatan tubuh
(d) Kekuasaan serta
(e) Kemerdekaan
(f) Kecerdasan
(g) Sungai
(i) Hujan

(iii) Cara menghargai nikmat yang Allah SWT kurniakan;
(a) Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan zikrullah, selawat dan tasbih
(b) Menggunakan nikmat ke arah kebaikan tanpa melakukan pembaziran dan tidak membelanjakan kepada perkara-perkara maksiat
(c) Berakhlak mulia dan tidak sombong serta bakhil memberi bantuan kepada orang yang memerlukan

(iv) Dua cara untuk memelihara nikmat alam sekitar ialah;
Menjaga kebersihan alam sekitar
Memelihara dan memulihara alam sekitar
Menghindari daripada melakukan pembakaran terbuka
Menggunakan sumber alam secara terancang untuk kebaikan semua makhluk
Membuang sampah di tempat yang sesuai


RINGKASAN PELAJARAN
(1) Antara bentuk-bentuk nikmat Allah  S.W.T. kepada manusia termasuklah:
-nikmat Islam dan keimanan kepada Allah S.W.T..
-kesempumaan fizikal dan pancaindera.
-akal fikiran yang membolehkan manusia membezakan antara perkara yang baik dan buruk.
-keamanan dan keharmonian dalam hidup.
-sumber alam untuk memenuhi keperluan hidup manusia.
(2) Manusia wajib bersyukur kepada Allah S.W.T. di atas segala nikmat yang diterima. Antara cara-cara kita bersyukur adalah:
-memelihara keimanan terhadap Allah S.W.T..
-menggunakan akal fikiran dan pancaindera ke jalan yang baik.
-tidak melakukan perkara yang memudaratkan kesihatan.
-menjaga keamanan dan mengelakkan huru-hara
-mengusahakan sumber-sumber alam mengikut keperluan.
(3) Islam mewajibkan umatnya bersyukur kerana:
-sebagai bukti keimanan terhadap Allah S.W.T..
-bertujuan untuk menyempurnakan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T..
-dapat membantu mengelakkan diri daripada bencana.
-dapat menambah nikmat yang diperoleh.
-membawa kepada keredaan Allah S.W.T..
(4) Pengajaran ayat:
-Umat Islam diseru agar mengambil iktibar daripada peristiwa kaum ‘Ad, Tsamud, dan Lut kerana mereka kufurdan mendustakan agama Allah S.W.T..
-Manusia wajib mensyukuri segala nikmat dengan menggunakannya pada jalan kebaikan.

-Setiap manusia wajib melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini dengan mengabadikan diri kepada Allah S.W.T..

Soalan Contoh Serta Jawapan
1. Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah membinasakan umat terdahulu kerana tidak mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.
(i) Senaraikan dua bentuk kebinasaan tersebut.
(ii) Nyatakan dua kaum terdahulu yang telah dibinasakan.
(iii) Terangkan dua pengajaran daripada ayat di atas.

Jawapan:
(i) Dua bentuk kebinasaan tersebut ialah;
(a) Gempa bumi yang dahsyat
(b) Tiupan angin puting beliung
(c) Halilintar yang kuat
(ii) Dua kaum terdahulu yang telah dibinasakan ialah;
(a) Kaum Thamud
(b) Kaum Nabi Lut a.s.
(c) Kaum Nabi Noh a.s.
(iii) Dua pengajaran ayat;
(a) Kita hendaklah mengurus dan mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya mengikut syariat Allah SWT.
(b) Kita hendaklah sentiasa bersyukur akan segala nikmat kurniaan Allah SWT untuk mendapat keredaan-Nya.
(c) Umat Islam hendaklah sentiasa melaksanakan segala perintah Allah SWT supaya hidup diberkati.
(d) Kita hendaklah menjaga kesucian agama Islam dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
(e) Umat Islam hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah kaum terdahulu.
(f) Kita semua akan menerima kerugian dan musibah sekiranya ingkar dengan nikmat Allah SWT.

Latihan
1. Dalam ayat 6 daripada surah al-An’am, Allah SWT telah menjelaskan tentang kaum terdahulu yang telah dibinasakan kerana melakukan kemungkaran. Senaraikan dua kemungkaran tersebut.
2. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan semua kurniaan Allah SWT. Apakah maksud bersyukur?
3. Umat yang ingkar akan dihapuskan oleh Allah SWT dengan dua cara. Jelaskan cara-cara tersebut.
4. Terangkan dua sebab yang mendorong manusia melakukan kemungkaran.
5. Mengapakah umat terdahulu dibinasakan seperti yang dijelaskan dalam ayat 6, surah al-An'am?
Jelaskan cara bersyukur melalui hati, lidah dan anggota badan.
7. Anda dipilih untuk menyampaikan syarahan bertajuk “Tanda-Tanda Mensyukuri Nikmat Allah” senaraikan tanda-tanda tersebut.
8. Terangkan dua usaha yang patut anda lakukan agar tidak termasuk dalam golongan tersebut.


Jawapan contoh
1. Dua kemungkaran tersebut ialah:
(a) Mempersendakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud a.s.
(b) Menuduh nabi Salleh a.s. sebagai pendusta.
(c) Menolak ajaran Nabi Lut a.s.
(d) Melakukan homoseks
(e) Menafikan adanya Tuhan

2. Maksud bersyukur ialah berterima kasih kepada Allah atas segala nikmatyangdikurniakan dengan melakukan segala perintah dan meninggalkan larangannya.

3. Allah menghapuskan umat yang ingkar dengan:
(a) Menghapuskan mereka secara keseluruhan sama ada beriman atau sebaliknya
(b) Melenyapkan kemerdekaan dan kekuatan sehingga menjadi umat yang lemah

4. Dua faktor yang mendorong manusia melakukan kemungkaran ialah:
(a) Angkuh dan sombong
(b) Kurang pengetahuan agama
(c) Menyalahgunakan nikmat Allah
(d) Tidak yakin dengan kebenaran ahQuran
(e) Suka menipu dan berbohong untuk kepentingan diri
(f) Terlalu kasih akan dunia atau cinta akan kemewahan dunia

5. Sebab mereka dibinasakan ialah
(a) Dosa mereka
(b) Tidak bersyukur
(c) Kekufuran mereka
(d) Keangkuhan mereka
(e) Melanggar perintah Allah
(f) Tidak mahu memerhati dan memikirkan nikmat Allah

6. Cara bersyukur melalui hati, lidah dan tubuh badan ialah:
Anggota/Cara Bersyukur
1. Hati          
(a) Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat - Contoh: Melazimi zikir
(b) Ikhlas melakukan ibadat atau pekerjaan
2. Lisan       
(a) Sentiasa menyebut Alhamdulillah ketika mendapat nikmat
(b) Sentiasa membasahi lidah dengan tahmid dan takbir
(c) Sentiasa membaca al-Quran
3. Tubuh badan
(a) Menggunakan nikmat Allah untuk kebaikan
(b) Mengeluarkan zakat dan memberi sedekah
(c) Melakukan ibadat wajib dan sunat

7. Tanda-tanda tersebut ialah
Sentiasa memelihara dan memulihara alam dengan baik
Merancang pembangunan alam berlandaskan syariat
Menjaga khazanah alam dengan sempurna
Mengamalkan sikap prihatin terhadap kemakmuran alam

8. Dua usaha
(a) Saya akan sentiasa mentaati segala perintah serta menjauhi semua larangan Allah SWT agar mendapat rahmat dan keredaan-Nya.
(b) Sentiasa mengamalkan sunah Rasulullah SAW agar mendapat syafeat baginda di akhirat kelak.
(c) Selalu menghadiri majlis ilmu yang berkaitan dengan Islam agar dapat mengukuhkan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT.
(d) Selalu bergaul atau berkawan dengan rakan yang baik supaya alhlak terpelihara.
Sumber: BH/Skor/Rabu, 5 Januari 2016

No comments:

Post a Comment