Kandungan
Layanan Baik terhadap Orang Bukan Islam
Nabi Muhammad s.a.w. Utusan Allah S.W.T.
Batas-batas Pergaulan
Hidayah Allah.
Peribadi Mukmin
Kemuliaan Al-Quran
Kehidupan di Dunia Ibarat Seorang
Perantau
Orang Beriman Kekasih Allah
Iman Mutiara Hidup
Akidah Ahli Sunnah Waljamaah
Ajaran Sesat.
Perkahwinan dalam Islam
Kaifiat Perkahwinan dalam Islam
Tanggungjawab Suami Isteri
Masalah Rumah Tangga dan Penyelesaiannya
Poligami
Kemahiran Keibubapaan
Undang-undang Keluarga Islam
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan
Abbasiyah
Perkembangan Pendidikan pada Zaman
Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Sains dan Teknologi pada
Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi pada Zaman Kerajaan
Abbasiyah
Perkembangan Ketenteraan pada Zaman
Kerajaan Abbasiyah
Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan
Abbasiyah
Ibnu Sina Bapa Perubatan Dunia
Ibnu Khaldun Tokoh Sejarawan Ulung
As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani Pejuang
Islam yang Gigih
As-Syeikh Muhammad Abduh Tokoh Islah Agung
As-Syeikh Tahir Jalaluddin Tokoh Pemikir
Tanah Air
Hamka Permata Nusantara
Adab Bermusafir
Adab Bernegara
Adab dengan Pemimpin
Adab Berjihad
Adab Memelihara Alam
Adab Memberi dan Menerima Hadiah serta
Sedekah
Adab Berniaga
Tingkatan 5
Bab 1 – Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam
Beri tumpuan kepada –Bentuk dan tujuan diperintah memberi perlindungan kepada orang bukan Islam.
Ayat Bacaan: Ayat 1-40 Surah At-Taubah
Ayat Kefahaman: Ayat 6 Surah At-Taubah
وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya:
Dan jika seorang daripada kaum Musyrikin meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berllah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
And if any one of the polytheists seeks your protection, then grant him protection so that he may hear the words of Allah. Then deliver him to his place of safety. That is because they are a people who do not know.
Soalan Subjektif
1(a)
Firman Allah S. W.T.:
وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ
Ayat di atas mewajibkan orang beriman memberi perlindungan kepada orang bukan Islam.
(i) Nyatakan sebab diperintahkan memberi
perlindungan tersebut. (4 markah)
-Kerana mereka kaum yang tidak mengetahui (tentang hakikat Islam)
(ii) Jelaskan dua bentuk perlindungan yang
perlu diberikan kepada orang bukan Islam.
(2 markah)
-Memberi bantuan makanan,minuman dan pakaian
-Memberi bantuan tempat tinggal yang aman dan selamat
(iii) Terangkan dua tujuan di sebalik
tuntutan memberi perlindungan terhadap agama Islam. (4 markah)
-Orang bukan Islam dapat mengenali Islam secara tidak langsung
-Dapat menarik minat orang bukan Islam memeluk Islam
(b)(i) Apakah maksud "berdakwahn
secara lemah lembut"? (2 markah)
- Tidak bertindak kasar terhadap mereka
- Sedia memaafkan kesalahan mereka
(b)(ii)
Jelaskan dua
kebaikan mempraktikkan teknik berlemah lembut ketika berdakwah. (4 markah)
- Menarik minat mereka mendekati Islam
- Menggerakkan hati mereka untuk memeluk Islam
(b)(iii) Pada pendapat anda, terangkan dua halangan terhebat yang mungkin dihadapi semasa
berdakwah. (4 markah)
-Keengganan orang bukan Islam untuk mendengar ceramah/ dakwah Islam
-Sikap kasar dan benci yang mendalam mereka terhadap Islam yang diwarisi
turun temurun
2(a)
Firman Allah S. W.T.:
...وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ
Ayat di atas mewajibkan umat Islam menunaikan
permintaan orang bukan Islam yang datang ke negara Islam dengan niat yang baik.
(a)(i) Berdasarkan ayat di atas, nyatakan dua permintaan orang bukan Islam yang patut dipenuhi. (2 markah)
-Kerana mereka kaum yang tidak mengetahui (tentang hakikat Islam)
(a)(ii) Jelaskan dua kebaikan dituntut agar sentiasa bersangka baik terhadap
orang bukan Islam. (4 markah)
-Memberi bantuan makanan, minuman dan pakaian
-Memberi bantuan tempat tinggal yang aman dan selamat
(a)(iii) Terangkan maksud potongan ayat
al-Quran yang berikut: (2 markah)
...حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ...
-Orang bukan Islam dapat mengenali Islam secara tidak langsung
-Dapat menarik minat orang bukan Islam memeluk Islam
(b)(i) Sebagai seorang murid, nyatakan dua cara
anda untuk membuktikan kepada orang bukan Islam bahawa Islam adalah agama
kedamaian. (2 markah)
-Tidak bertindak kasar terhadap mereka
-Sedia memaafkan kesalahan mereka
(b)(ii) Terangkan dua akibat buruk terhadap sesebuah negara yang terjerumus
dalam kancah peperangan. (4 markah)
-Menarik minat mereka mendekati Islam
-Menggerakkan hati mereka untuk memeluk Islam
3(a)
Setiap umat Islam wajib berusaha menyampaikan dakwah Islam kepada orang bukan
Islam.
(i) Cadangkan dua strategi dakwah yang
boleh anda lakukan kepada rakan bukan Islam di sekolah. (4 markah)
-Mewujudkan suasana aman
-Menjaga hubungan baik dengan mereka
(ii) Pada pandangan anda, apakah halangan
yang mungkin dihadapi oleh sesetengah orang bukan Islam yang menyekat
keinginannya untuk menganut ajaran Islam. (2
markah)
-Tentangan daripada ahli keluarga yang masih beragama lain
-Kurangnya sokongan dan bantuan pihak luar/badan atau organisasi dakwah
(iii) Senaraikan empat pertubuhan dakwah
yang berperanan membantu permasalahan serta hal-ehwal orang yang baru memeluk
Islam (mualaf) di negara kita. (4 markah)
IKIM
JAKIM
PERKIM
YADIM
(b) Firman Allah S.W.T.:
Surah At-Taubah: (9:10)
Surah At-Taubah: (9:10)
لَا يَرْقُبُونَ فِي مُؤْمِنٍ إِلًّا وَلَا ذِمَّةً ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُعْتَدُونَ
Maksudnya:
Berdasarkan potongan ayat al-Quran di atas, tulis satu contoh bagi setiap hukum tajwid berikut: (4 markah)
Mereka tidak
memelihara (hubungan) kerabat terhadap orang-orang mukmin dan tidak (pula
mengindahkan) perjanjian. Dan mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
English translations:
They do not observe toward a believer any pact of
kinship or covenant of protection. And it is they who are the transgressors.
Berdasarkan potongan ayat al-Quran di atas, tulis satu contoh bagi setiap hukum tajwid berikut: (4 markah)
-Izhar Halki: مُؤْمِنٍ إِلًّا
-Alif Lam Kamariah: هُمُ الْمُعْتَدُونَ
-Mad Wajib Muttasil: وَأُولَٰئِكَ
-Mad Iwad: وَلَا ذِمَّةً
(c) Tulis semula perkataan berikut dengan
tulisan jawi. (6 markah)
-Televisyen
-Internet
-Majmuk
-Strategi
-Radio
-Elektronik
Soalan Ramalan SPM
(a) Jelaskan dua
bentuk layanan yang wajib diberikan kepada
orang bukan Islam. (4 markah)
-Memberi perlindungan sekiranya orang bukan Islam meminta perlindungan
-Menyampaikan ajaran Islam terhadap orang bukan Islam
-Menunjukkan contoh teladan yang baik terhadap orang bukan Islam
(b) Terangkan dua tujuan dituntut agar memberi layanan baik terhadap orang bukan Islam. (4 markah)
-Untuk menerangkan ajaran Islam terhadap mereka
-Supaya orang bukan Islam dapat mengenali agama Islam dengan lebih dekat
-Supaya pandangan serong orang bukan Islam dapat dihapuskan/ memandang
Islam adalah agama selamat dan damai
(c) Nyatakan dua cara berdakwah kepada orang bukan Islam. (2 markah)
-Mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan
-Bergaul dengan kawan bukan Islam dengan cara yang baik
Glossari penting
Dakwah
-Menyeru manusia ke jalan yang benar
-Rancangan yang teratur
Info Islam
Dakwah merupakan dasar hidup umat Islam
dalam menghadapi kehidupan ini. Dakwah bukan saja disampaikan melalui
percakapan tetapi juga dilakukan dengan tingkah laku yang mulia.
Sebagai memenuhi tugas sebagai da’i, kita hendaklah bersikap sabar
dalam membimbing manusia supaya beriman kepada Allah S.W.T..
Eksplorasi
Di Malaysia strategi dakwah lebih berkesan
jika menggunakan teknologi moden khususnya dalam keadaan masyarakat yang
majmuk. Bincangkan bentuk-bentuk teknologi moden yang boleh digunakan.
Tingkatan 5
Tingkatan 5
Bab 2 - Nabi
Muhammad s.a.w. Utusan Allah S.W.T.
Berikan Tumpuan Kepada
Sifat kasih sayang Rasulullah s.a.w.
terhadap umatnya dan kepentingan tawakal dalam berdakwah
RINGKASAN PELAJARAN
Peranan Rasul Yang Diutuskan
-Menyampaikan
ajaran Islam
-Pembawa berita gembira kepada orang beriman (nikmat
syurga)
-Pemberi amaran kepada orang kafir (azab neraka)
-Membawa manusia mentauhidkan Allah
Hikmat Rasul Dari Kalangan Manusia
-Membuktikan
manusia mampu melaksanakan syariat Allah
-Memudahkan
manusia menerima Islam
-Memudahkan
manusia mencontohi Rasulullah s.a.w.
-Memudahkan
manusia berkomunikasi dengan Rasulullah s.a.w.
Cara Mengasihi Rasulullah
-Membanyakkan
berselawat atas baginda
-Menyebut ucapan
selawat setiap kali menyebut atau mendengar nama baginda disebut
-Sentiasa
mengamalkan sunnah baginda
-Menziarahi
makam baginda
Bukti Kasih Sayang Rasulullah s.a.w.
Terhadap Umatnya
-Sentiasa mendoakan
kebaikan umatnya
-Akan memberi
syafaat di akhirat
-Tidak pernah
mendedami umatnya
-Sentiasa
mengharapkan umatnya mendapat hidayat Allah
Maksud Tawakal
-Berserah kepada Allah setelah berusaha
Konsep Tawakal
-Berusaha sedaya
upaya terlebih dahulu untuk mendapat perkara yang diingini
-Kemudian
berserah kepada Allah untuk menentukan hasilnya
Peranan Tawakal Dalam Berdakwah
-Menambah
keyakinan kepada pertolongan Allah sama ada cepat atau lambat
-Menanam sifat
sabar serta reda dengan hasil yang diperoleh
-Memastikan
pendakwah tidak putus asa dalam kerja-kerja dakwah
Hubungan Tawakal Dan Doa Dalam Berdakwah
-Keduanya
merupakan syarat kejayaan dalam berdakwah kerana tanpanya semangat dan
kegigihan pendakwah akan luntur apabila berhadapan dengan dugaan dan cubaan
Pengajaran Ayat
-Pengutusan
Rasul daripada jenis manusia membuktikan Islam mampu dilaksanakan oleh semua
manusia
-Kita mesti
mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan harian
-Sikap tawakal
adalah asas kejayaan dalam setiap perkara khususnya berdakwah
Ayat Bacaan: Ayat 41-80 Surah At-Taubah
Ayat Kefahaman: Ayat 128-129 Surah
At-Taubah
Maksudnya:
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang
rasul daripada kaummu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), berat penderitaanmu
dirasakan olehnya juga, dia sangat inginkan (keamanan dan keselamatan) bagimu,
amat belas kasihan lagi penyayang kepada orang-orang mukmin. Jika mereka
berpaling daripada (keimanan), maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah
bagiku (Yang memelihara dan menolongku), tiada Tuhan (yang berhak disembah)
selain Dia… Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dialah Tuhan yang memiliki
Arasy yang agung.
English Translations: Surah At-Taubah (128-129)
1. (a) Firman Allah S.W.T.:
Ayat di atas menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. dipilih daripada kalangan manusia.
i. Nyatakan dua tujuan Allah S.W.T.
mengutuskan Rasulullah s.a.w.. (2 markah)
-Menyampaikan ajaran Islam
-Pembawa berita gembira kepada orang beriman (nikmat syurga)
ii. Jelaskan dua hikmah Allah mengutuskan nabi dan rasul di kalangan manusia. (4 markah)
-Membuktikan manusia mampu melaksanakan syariat Allah
-Memudahkan manusia menerima Islam
b(i) Nyatakan dua tanggungjawab baginda s.a.w. ke arah membawa manusia pada jalan yang
benar. (2 markah)
-Menyeru manusia agar beriman kepada Allah
-Menyuruh manusia supaya hanya menyembah Allah
(ii) Jelaskan dua sebab manusia amat memerlukan bimbingan Rasulullah walaupun telah
dibekalkan akal fikiran dan ilmu pengetahuan. (4 markah)
-Akal terbatas dan tidak dapat berfikir perkara yang diluar jangkauan
akal
-Akal tidak dapat mengetahui perkara ghaib tanpa keterangan wahyu
(iii) Apakah tanggungjawab umat Islam
terhadap syiar Islam yang disampaikan oleh baginda s.a.w.? (4 markah)
-Melaksanakan tuntutan syiar Islam dalam semua aspek kehidupan
-Menyebarkan semua syiar Islam dikalangan umat Islam yang lain
2(a)(i) Nyatakan dua contoh sifat kasih
saying Rasulallah s.a.w amat terhadap semua umatnya. (2 markah)
-Sentiasa mendoakan kebaikan umatnya
-Akan memberi syafaat di akhirat
ii. Bagaimanakah anda dapat menghayati
sifat kasih sayang Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan seharian? (4 markah)
-Tidak bersikap dendam terhadap orang lain
-Sedia memaafkan kesalahan orang lain
iii. Jelaskan dua kelebihan yang akan diperoleh oleh mereka yang sentiasa mengasihi dan
menyayangi Rasulullah s.a.w.. (4 markah)
-Akan mendapat syafaat nabi s.a.w. di akhirat
-Akan dikasihi dan disayangi oleh Allah
(b) Tulis semula
petikan di bawah dengan tulisan jawi. (4 markah)
Perutusan rasul
di kalangan manusia adalah untuk memudahkan manusia mengikut tunjuk ajar rasul
dan membuktikan manusia mampu melaksanakan tuntutan ajaran Islam.
(c) Nyatakan nama hukum tajwid bagi kalimah yang bergaris di bawah. (4 markah)
i. -Qalqalah
Sughra
ii. -Izhar
Syafawi
iii.-Mad
Wajib Muttasil
iv.-Izhar
Halki
3. (a) Ayat 129 surah at-Taubah menjelaskan bahawa
bertawakal kepada Allah adalah asas dalam berdakwah.
i. Apakah maksud tawakal? (4 markah)
-Berserah kepada Allah setelah berusaha
ii.Bagaimanakah sifat tawakal dapat membantu
kejayaan ketika berdakwah? (4 markah)
-Menambah keyakinan kepada .pertolongan Allah sama ada cepat atau lambat
-Menanam sifat sabar serta reda dengan hasil yang diperoleh
iii. "Sikap berserah diri kepada
Allah semata-mata tanpa berusaha bukan konsep tawakal yang sebenar menurut
ajaran Islam"
Terangkan dua pendapat anda tentang
pernyataan di atas. (4 markah)
-Berusaha sedaya upaya terlebih dahulu untuk mendapat perkara yang
diingini
-Kemudiaan berserah kepada Allah untuk menentukan hasilnya
(b) Lengkapkan potongan ayat di bawah
dengan pilihan jawapan yang betul.
i.
ii.
ii.
iv.
(c) Potongan ayat al-Quran berikut tidak
disusun mengikut tertib seperti dalam al-Quran. Susun Upj semula potongan ayat
mengikut tertib. Anda dikehendaki menulis nombor ayat sahaja. (4 markah)
Soalan Ramalan SPM
1. Ayat 128 surah at-Taubah, menjelaskan
bahawa Rasulullah s.a.w. memiliki akhlak yang mulia dan sangat mengambil berat
tentang kebajikan umatnya.
(a) Berdasarkan ayat di atas, nyatakan empat sifat mulia baginda s.a.w. yang patut dicontohi oleh pelajar. (4 markah)
-Pemaaf
-Penyabar
-Tawaduk
-Istiqamah
-Berani
(b) Terangkan dua bukti bahawa baginda s.a.w. sangat mengambil berat akan kebajikan
umatnya. (4 markah)
-Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian umatnya di dunia dan di
akhirat
-Tidak pernah mendendami umatnya
(c) Bagaimanakah anda dapat membuktikan
kasih sayang kepada Rasulullah s.a.w.? (2 markah)
-Sentiasa berselawat ke atas baginda
-Mengamalkan segala ajaran yang disampaikan oleh baginda s.a.w.
Glosari
penting
Arasy
-Singgahsana Tuhan, syurga yang maha tinggi
Info Islam
Perkara yang patut dilakukan bagi
membuktikan kasih sayang kita kepada baginda s.a.w.:
-Sentiasa berselawat ke atas baginda
s.a.w.
-Mengamalkan sunnah baginda dalam
kehidupan seharian
-Mempraktikan akhlak
Nilai Murni
Para pelajar mestilah lembutkan hati agar
sentiasa memaafkan sesiapa sahaja sebagaimana Rasulullah s.a.w. walaupun mereka
pernah hendak membunuh baginda s.a.w..
Eksplorasi
Bincangkan dalam kumpulan ciri yang
dimiliki oleh baginda s.a.w. yang boleh dicontohi dalam kehidupan.
Tingkatan 5
Bab 3 – Batas-batas Pergaulan
Berikan Tumpuan Kepada
Cara memelihara diri dan kepentingan menutup
aurat
RINGKASAN PELAJARAN
Batas-batas Pergaulan
A. Cara Menjaga Maruah Diri
B. Kebaikan Menjaga Maruah Diri
C. Pengajaran Ayat
A. Cara Menjaga Maruah Diri
-Tidak melihat
perkara yang haram seperti VCD dan gambar lucah
-Tidak melihat
aurat bukan mahram kecuali yang dibenarkan oleh syarak
-Tidak melihat
perkara yang boleh menimbulkan keghairahan seks
Menutup Aurat
Batas Aurat Perempuan
-Dari pusat hingga lutut - sesama wanita Islam, lelaki mahram, dan
wanita ajnabi
Seluruh tubuh
kecuali muka dan dua tapak tangan - sesama wanita bukan Islam, lelaki ajnabi,
dan ketika solat.
Batas Aurat Lelaki
-Dari pusat hingga lutut - Wajib ditutup dalam semua keadaan kecuali
ketika bersama isteri.
Memelihara Kehormatan Diri
-Tidak mencari
kepuasan seksualsecara haram seperti berzina
-Menjauhi
tempat-tempat maksiat seperti kelab malam dan disko
B. Kebaikan Menjaga Maruah Diri
-Mengelak diri
daripada menjadi mangsa fitnah Menghindarkan diri daripada gangguan seperti
dicabul atau dirogol
-Terhindar
daripada terjerumus ke lembah maksiat seperti berzina dan minum arak -Dapat
menjaga maruah dan kesucian diri dan agama Islam
-Akan dipandang
tinggi dan mulia terutama oleh orang bukan Islam
C. Pengajaran Ayat
-Wajib bagi
lelaki dan wanita Islam menghindari daripada melihat perkara haram
-Umat Islam
wajib menjaga kemaluan daripada perkara yang diharamkan seperti zina
-Haram bagi
wanita melakukan perkara yang boleh membawa fitnah seperti berhias diri secara
berlebihan
Ayat Bacaan: Ayat 81-129 Surah An-Nur
Ayat Kefahaman: Ayat 30-31 Surah An-Nur
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki
yang beriman, supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang
perkara haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci
bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan
pandangan (daripada memandang perkara haram) dan memelihara kemaluan mereka.
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa)
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepada mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka...
English Translations - Surah
An-Nur (30-31)
Soalan Subjektif
(a) Firman Allah S.W.T.:
Ayat di atas memerintahkan setiap mukmin
dan mukminat agar sentiasa menjaga pandangan mereka serta memelihara kemaluan.
i. Berdasarkan ayat di atas, nyatakan
maksud "menjaga pandangan". (2 markah)
-Tidak memandang perkara-perkara yang diharamkan
ii. Terangkan dua contoh perbuatan yang
tidak menjaga pandangan mata. (4 markah)
-Melihat aurat yang bukan muhrim
-Melihat gambar/video/tayangan lucah
iii. Terangkan dua cara menjaga kemaluan seperti yang "dituntut dalam ayat di atas. (4
markah)
-Tidak melakukan perbuatan zina/ liwat / musahaqah
-Tidak dengan sengaja melakukan onani
(b) (i) Nyatakan dua
cara anda menjaga maruah diri dalam
pergaulan seharian. (2 markah)
-Berpakaian menutup aurat
-Tidak bergaul bebas/tanpa batas dengan lelaki bukan muhrim
(ii) Jelaskan dua kebaikan kepada individu yang menjaga kehormatan dirinya. (4 markah)
-Maruah diri terjaga/dipelihara
-Hidupnya sentiasa berada dalam rahmat/perlindungannya Allah
2(a) Allah melarang kaum wanita mendedahkan perhiasan diri°
kecuali yang zahir.
i. Nyatakan dua contoh perbuatan yang sering dilakukan oleh kaum wanita yang dianggap
mendedahkan perhiasan diri. (2 markah)
-Berhias secara berlebihan
-Menghentakkan kaki supaya kelihatan perhiasan yang
dipakai/menunjuk-nunjuk
ii. Mengapakah Islam melarang kaum wanita
mempertontonkan perhiasan dirinya kepada orang lain? (4 markah)
-Mengelak sikap takbur dan riak
-Menjauhi sifat dengki/iri hati sesama Islam
(b) Ayat 31: Surah an-Nur menyatakan
batas-batas aurat yang wajib ditutup oleh lelaki dan perempuan.
i. Nyatakan dua hikmah Islam mewajibkan umatnya agar menutup aurat. (4 markah)
-Untuk menjaga maruah diri dan agama Islam
-Untuk mengelak fitnah dan gangguan yang boleh memudaratkan
ii. Jelaskan batas aurat yang patut
dipatuhi bagi situasi yang berikut: (4 markah)
-Aurat wanita ketika bersama perempuan
Islam:
-Dari pusat hingga lutut
-Aurat lelaki ketika bersama lelaki bukan
mahram:
-Dari pusat hingga lutut
iii. Terangkan dua akibat terhadap seseorang yang mengabaikan tuntutan agar menutup aurat.
(4 markah)
-Mencemarkan maruah dan kehormatan diri/ dipandang hina/ dicaci
-Mendorong berlakunya perkara yang tidak baik/diganggu/dirogol
3. (a) Firman Allah S. W.T.:
Ayat di atas memerintahkan kaum wanita
agar tidak mendedahkan perhiasan diri serta sentiasa menutup aurat.
(i) Berdasarkan ayat di atas, nyatakan dua cara anda berpakaian menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh syarak.
(4 markah)
-Berpakaian yang bersopan/tidak seksi
-Berpakaian yang longgar/tidak ketat
(ii) Senaraikan dua jenis
pakaian yang diharamkan terhadap perempuan Islam (2 markah)
-Pakaian nipis yang menampakkan bentuk tubuh
-Pakaian yang menyerupai lelaki
(iii) Kawan anda berpakaian tidak menutup
aurat dengan alasan mengikut fesyen terkini. Apakah hujah anda bagi membetulkan
tanggapan salah sedemikian? (2 markah)
-Semua fesyen boleh dipakai asalkan menutup aurat
-Islam tidak anti berfesyen/ bergaya tetapi mestilah menepati ciri-ciri
yang digariskan oleh syarak iaitu bersopan dan tidak seksi/ mengghairahkan
(b) Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah
yang berikut: (4 markah)
-Izhar Halki
-Mad Wajib Muttasil
-Mad Silah Qasirah
-Mad Iwad
(c) Tulis semula pernyataan di bawah
dengan tulisan jawi. (6 markah)
i.
ii.
iii.
iv.
i. Allah telah menetapkan batas-batas
aurat lelaki dan perempuan secara terperinci.
ii. Aurat lelaki dan perempuan berbeza
dari sudut tubuh badan dan naluri.
iii. Umat Islam wajib mematuhi batas-batas
aurat demi kehormatan diri.
Soalan Ramalan SPM
i. Allah memerintahkan perempuan supaya
memelihara kehormatan daripada perkara yang diharamkan. Nyatakan maksud
“memelihara kehormatan diri”. (2 markah)
-Tidak mencari kepuasan seks secara haram
ii. Terangkan dua contoh
perbuatan oleh remaja kini yang tidak menjaga kehormatan diri. (4 markah)
-Melakukan perbuatan zina/liwat/musahaqah
-Melakukan onani
iii. Jelaskan dua akibat
terhadap individu yang tidak menjaga kehormatan diri. (4 markah)
-Maruah diri tercemar/dipandang hina
-Akan terdedah kepada perkara tidak baik seperti dirogol
Glosari penting
Perhiasan diri -Semua
peralatan dan perhiasan yang dipakai di badan yang boleh menyerlahkan
personaliti pemakainya
Aurat – Bahagian
tertentu pada tubuh seseorang yang wajib ditutup daripada bukan mahram
dengannya
Nilai Murni
Para pelajar hendaklah memelihara diri
daripada melihat gambar dan VCD lucah
yang banyak terdapat di pasaran kini.
Info Islam
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Ada dua
golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu kaum lelaki
memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain,
dan wanita-zvanita yang betpakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian tiada
menutup ‘aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama),
yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta
yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga bahkan tidak boleh menghidu
baunya, padahal bau syurga itu sebenamya dapat dihidu darijarak sekian, sekian
(yang cukup jauh).” (Hadis riwayat Muslim)
Eksplorasi
Bincangkan dalam kumpulan cara-cara
berkesan mendidik remaja agar mentaati batas pergaulan antara lelaki dan
perempuan yang ditetapkan oleh syarak
Tingkatan 5
Bab 4 – Hidayah Allah
Hidayah
Hidayah Milik
Allah S.W.T.
Golongan yang
Mendapat Hidayah
Allah S.W.T.
Golongan Yang Mendapat Hidayah Allah S.W.T.
-Selalu
bertasbih dan bertahmid kepada Allah S.W.T.
-Menjalankan
urusan jual beli tanpa lalai daripada mengingati Allah S.W.T.
-Sentiasa
mendirikan solat
-Mengeluarkan
zakat
-Takut kepada
pembalasan hari kiamat
Pengajaran Ayat
-Hidayah Allah
S.W.T. yang menerangi hati orang mukmin diumpamakan seperti cahaya yang
menerangi alam
-Manusia perlu
berusaha untuk mendapatkan hidayah
-Menuntut ilmu
adalah satu kewajipan dan merupakan salah satu cara untuk mendapatkan hidayah
Allah S.W.T.
Cara Mendapat Hidayah Allah S.W.T.
-Menuntut ilmu agar
dapat membezakan antara perkara yang benar dengan yang batil
-Beramal - dapat
membentuk seseorang menjadi hamba yang soleh
-Zikrullah -
dapat melembutkan hati dan mudah menerima kebenaran
Halangan Mendapat Hidayah Allah S.W.T.
-Berterusan
berada dalam kejahilan Tidak berusaha menuntut dan menambahkan ilmu
-Tidak mengamalkan
ilmu yang diperoleh
-Bersikap
sombong dan angkuh serta tidak boleh menerima kelemahan diri
-Sentiasa
berbuat maksiat
-Memakan makanan
yang haram
Ciri-ciri Kcmukjizatan Al-Quran
-Gaya bahasa
sangat indah hingga melemahkan ahli kesusasteraan Arab
-Mengandungi
pelbagai ilmu termasuk berkaitan dengan perkara ghaib
-Tidak boleh
ditiru oleh manusia hingga kini walaupun telah dicabar oleh Allah S.W.T.
-Kekal dan
terpelihara hingga kiamat Iramanya dapat melembutkan hati yang keras dan
mengasyikkan apabila didengar
Ilmu yang Wajib Dituntut
Ilmu Pardu Ain
-Ilmu yang wajib
dipelajari oleh setiap orang Islam bagi menyempurnakan kehidupan dunianya dan
agamanya
-Contoh - cara
bersolat, puasa, dan membaca al-Quran
Ilmu Fardu Kifayah
-Ilmu yang wajib
dipelajari oleh umat Islam yang mana kewajipan tersebut akan gugur apabila
sebahagian umat Islam melakukannya
-Contoh mempelajari
ilmu perubatan, kejuruteraan, dan perundangan
Ayat Bacaan: Ayat 1-37 Surah An-Nur
Ayat Kefahaman: Ayat 35 Surah An-Nur
Maksudnya:
Allah (pemberi
cahaya) yang menerangi langit dan bumi. 8andingan Nur Hidayah Petunjuk Allah (krtab sjc al-Quran) adalah seperti sebuah misykat yang di dalamnya berisi pelita
besar (lampu). Pelita itu di dalam glop kaca IkenM (Dan) kaca itu pula (jernih
terang) laksana bintang (yang bersinar cemerlang) seperti mutiara. Yang (lampu
itu) dinyakxjr dengan minyak daripada pokok yang banyak berkatnya (iaitu) pokok
zaitun. Yang bukan sahaja disinari matahari di sebelah timur (semasa terbit) dan di sebelah barat (semasa terbenam), tetapi
sentiasa terdedah kepada matahari.
Hampir-hampir minyak
itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun
tidak disentuh api. (Sinaran nur hidayah yang sedemikian bandingannya adalah
sinaran yang berganda-ganda). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing
sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada
nur hidayat-Nya itu. Dan Allah mengemukakan berbagai-bagai perumpamaan
(perbandingan) untuk manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
English
Translations:
Soalan Subjektif
1(a) Ayat di atas Allah S.W.T. membandingkan hidayah-Nya
seperti sebuah lampu.
(i) Nyatakan maksud perumpamaan
"hidayah seperti sebuah lampu". (2 markah)
- Nur dan hidayah-Nya yang menerangi hati orang mukmin diumpamakan
seperti sebuah lampu dalam kendil kaca, cahayanya memancar kegemerlapan
(ii) Nyatakan empat sebab manusia
memerlukan kepada hidayah Allah. (4 markah)
-Petunjuk ke jalan yang benar
-Pendorong ke arah kebaikan
-Pendorong untuk jihad dijalan Allah
-Pembentuk peribadi berakhlak mulia
(iii)Terangkan dua perbezaan sikap orang yang mendapat hidayah Allah dengan orang yang
tidak mendapat hidayah Allah. (4 markah)
Sikap orang mendapat hidayah:
-Beriman kepada Allah
-Suka melakukan kebaikan/amal soleh
Sikap orang tidak mendapat hidayah:
-Kufur kepada Allah/tidak patuh kepada Allah
-Suka melakukan maksiat/ kejahatan
(b) Berzikirullah merupakan antara cara untuk mendapatkan hidayah Allah
i. Nyatakan empat contoh amalan berzikir. (4
markah)
-Tahlil
-Tasbih
-Tahmid
-Takbir
ii. Terangkan dua cara untuk memperoleh hidayah Allah selain berzikir kepada Allah. (4 markah)
-Menuntut ilmu
-Beramal dengan ilmu
2(a) Hidayah adalah merupakan kurniaan Allah yang tidak
ternilai kepada manusia.
i. Senaraikan empat jenis hidayah yang Allah kurniaan kepada manusia. (4 markah)
-Hidayah pancaindera
-Hidayah akal fikiran
-Hidayah agama
-Hidayah taufik
ii. Jelaskan dua ciri seseorang yang telah mendapat hidayah Allah S.W.T.. (4 markah)
-Berubah tingkah lakunya daripada kufur kepada beriman
-Patuh pada suruhan Allah dan meninggalkan larangan-NYa
Terangkan dua sebab yang menghalang seseorang itu daripada mendapat hidayah Allah. (2 markah)
-Terus berada dalam kejahilan
-Tidak berusaha menuntut ilmu
(b) Lengkapkan potongan ayat di bawah dengan pilihan
jawapan yang betul. (4 markah)
(i)
(ii)
(ii)
(iv)
(c) Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah yang bergaris. (6 markah)
-Idgham Bila Ghunnah
-Ikfak Hakiki
-Mad Wajib Muttasil
-Mad Jaiz Munfasil
-Iklab
-Izhar Syafawi
3(a) Menuntut ilmu merupakan salah satu usaha untuk
memperoleh hidayah Allah.
i. Nyatakan dua jenis ilmu yang wajib dituntut oleh setiap umat Islam. (2 markah)
-Fardhu ain
-Ilmu fardhu Kifayah
ii. Jelaskan dua sebab menuntut ilmu menjadi fardu terhadap setiap muslim. (4 markah)
-Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. menitikberatkan
kepada ilmu kerana ia sangat penting untuk kehidupan manusia
-Kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan ilmu
yang ada pada bangsa tersebut
iii. Seorang yang berilmu akan mudah
mendapat hidayah Allah.
Terangkan dua hujah anda bagi menyokong pendapat di atas. (4 markah)
-Ilmu dapat membantu seseorang itu membezakan antara kebaikan dengan
keburukan
-Seseorang yang mempunyai ilmu hatinya mudah terbuka untuk menerima/
menghayati ajaran Islam
(b) Potongan ayat al-Quran berikut tidak disusun mengikut
tertib seperti dalam al-Quran. Susun semula potongan ayat tersebut mengikut
tertib. Anda dikehendaki menulis nombor ayat sahaja. (4 markah)
-(Jawapan: 3,2,1,4)
(c) Tulis semula petikan berikut dengan tulisan rumi. (6 markah)
-Orang mukmin meyakini hanya Allah yang layak bersikap takbur kerana itu
mereka sentiasa tawaduk dan akur dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada
diri mereka.
Soalan Ramalan SPM
Umat Islam wajib berusaha untuk mendapat hidayah
Allah.
(i) Senaraikan empat sifat golongan yang mendapat hidayah
Allah. (4 markah)
“Allah memimpin
sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada nur hidayah-Nya”.
-Bertasbih dan bertahmid kepada Allah
-Mendirikan solat fardu
-Mengeluarkan zakat
-Takut kepada pembalasan akhirat
(ii) Apakah yang anda faham tentang maksud
dalam ayat 35, surah an-Nur? (2 markah)
-Hidayah adalah milik Allah
-Manusia wajib berusaha menyampaikan dakwah dan Allah yang memberi
hidayah
(iii) Terangkan dua akibat terhadap seseorang yang tidak
mendapat hidayah Allah. (4 markah)
-Sentiasa berada dalam kejahilan/kesesatan
-Sentiasa bersikap sombong/tidak mahu menerima kelemahan diri
Glosari penting
Fardhu - Kewajipan yang dituntut oleh agama Islam
Info Islam
Ilmu bukan hanya maklumat tetapi nur yang
diletakkan di dalam had manusia.
Dengan ilmu inilah manusia mendekatkan
dirinya kepada Allah. Ilmu yang berkat ialah ilmu yang memberikan manfaat
kepada pemiliknya.
Nilai
Murni
Para pelaiar mesti sentiasa berdoa
kepada Allah untuk mendapat hidayah-Nya dalam menuntut ilmu agar memperoleh
kecemerlangan dan ilmu yang diberkati Allah.
Eksplorasi
Hasilkan buku skrap dalam kumpulan terdiri
daripada 5 orang dengan memfokuskan kepada contoh-contoh mereka pada masa
Rasulullah s.a.w. yang telah memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah.
Bab 5 - Peribadi
Mukmin
Beri Tumpuan Kepada
Ciri-ciri orang mukmin dan kepentingan
pembangunan berdasarkan keimanan.
RINGKASAN PELAJARAN
Maksud Sujud
-Tunduk, patuh,
dan akur di atas segala perintah Allah S.W.T. dan menjauhi larangan- Nya
-Tunduk -
mengerjakan sujud sajadah bagi menghormati ayat al-Quran, iaitu apabila membaca
atau mendengar ayat sajadah
Jenis-jenis Sujud
-Tilawah - apabila membaca atau mendengar
ayat sajadah
-Sahwi - menambah atau mengurangkan
rukun solat secara tidak sengaja atau meninggalkan sunat ab'ad
-Syukur - mendapat nikmat atau
terlepas daripada bala
Pengajaran Ayat
-Umat Islam disunatkan memperbanyak
solat dan berzikrullah
-Allah S.W.T. menjanjikan ganjaran
yang besar kepada sesiapa yang melazimi qiamullail
-Orang mukmin bersifat tawaduk kerana
menyedari kekurangan diri berbanding kebesaran Allah S.W.T.
Ciri-ciri Orang Beriman
-Sentiasa sujud
dan taat kepada perintah Allah S.W.T.
-Sentiasa
mengingati Allah S.W.T.
-Tidak bersikap
takbur
-Melazimi
mendirikan qiamullail
-Menginfakkan
harta ke jalan Allah S.W.T.
Kepentingan Pembangunan Yang Berasaskan
Keimanan
-Akan menjadikan
nilai-nilai akidah dan keimanan sebagai agenda utama seperti toleransi dan
qanaah
-Matlamat
pembangunan yang dibina adalah semata-mata kerana pengabdian diri kepada Allah
S.W.T.
-Segala
pembangunan akan dapat dikecapi oleh semua pihak
-Penerapan nilai-nilai
murni dalam pengurusan dan budaya kerja seperti adil dan amanah
Akibat Pembangunan Yang Berasaskan
Kebendaan
-Akan mendorong
sifat-sifat kehaiwanan sebagai agenda utama seperti penindasan dan kezaliman
-Matlamat
pembangunan yang dibina adalah semata-mata untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk
-Setiap pembangunan
hanya dikecapi oleh pihak tertentu sahaja
-Terserlah
nilai-nilai negatif dalam pengurusan dan budaya kerja seperti rasuah
Ayat Bacaan: Ayat 1-30 Surah As-Sajadah
Ayat Kefahaman: Ayat 15-16 Surah
As-Sajadah
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang
yang beriman kepada ayat-ayat (keterangan) Kami ialah orang-orang yang apabila
diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka serta-merta sujud (menandakan
taat dan patuh) dan bertasbih serta memuji Tuhannya, dan mereka tidak
menyombong diri. Mereka merenggangkan lambung dari tempat tidurnya (sedikit
sangat tidur kerana mengerjakan solat tahjud dan amal-amat soleh) kerana berdoa
kepada Tuhannya dengan perasaan takut (akan seksaan dan kemurkaan-Nya) dan
mengharapkan (rahmat-Nya) dan mereka membelanjakan sebahagian daripada rezeki
yang kami beri kepada mereka.
Soalan
Subjektif
(a) Firman Allah S.W.T.:
Ayat di atas menjelaskan bahawa antara sifat mukmin
ialah sujud kepada Allah,
(i) Nyatakan dua ciri lain orang mukmin. (2 markah)
-Sentiasa mengingati Allah
-Tidak takbur
(ii) Ayat yang bergaris di atas bermaksud
"Mereka segera sujud kepada Allah". Apakah yang anda faham tentang
maksud ayat tersebut? (2 markah)
-Tunduk dan patuh serta akur di atas segala perintah Allah dan menjauhi
larangan-Nya
-Mengerjakan sujud sejadah
(iii) Jelaskan dua cara orang mukmin sujud kepada Allah. (4 markah)
-Berlumba-lumba melakukan ibadat/mencari keredaan Allah
-Sentiasa mengelak diri daripada melanggar perintah Allah/jauhi maksiat/dosa
b(i) Jelaskan dua
kelebihan orang mukmin yang sentiasa
mengingati Allah. (4 markah)
-Mendapat ketenangan jiwa
-Menjauhi diri daripada maksiat/ dosa
(ii) Terangkan dua cara berdoa seperti yang dikehendaki dalam ayat di atas. (4 markah)
-Berdoa dengan perasaan takut akan kemurkaan Allah
-Berdoa dengan perasaan ingin memperolehi lagi keredaan Allah
2(a) Ayat 15, surah as-Sajadah menjelaskan tentang
cara-cara untuk menjadi mukmin yang soleh.
(i) Nyatakan dua cara tersebut selain tidak takbur. (2 markah)
-Sujud kepada Allah
-Sentiasa mengingati Allah
(ii)
Mengapakah orang mukmin bersifat tawaduk pencapaian dalam akademik. bukannya takbur? (4 markah)
-Kerana mereka menyedari kekurangan diri berbanding kebesaran Allah
-Kerana menyedari segala kekuatan dan kelebihan yang mereka miliki
adalah kurniaan Allah yang sementara
(iii) Cadangkan dua cara anda untuk menjauhi sifat takbur dalam diri. (4 markah)
-Sedia menerima dan akur akan kelemahan dan kekurangan diri
-Sedar bahawa segala apa yang kita miliki baik harta, pangkat, dan
darjat adalah sementara/ tidak kekal
(b) Antara sifat mukmin ialah sentiasa
berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan qiamullail.
(i) Nyatakan empat contoh amalan qiamullail. (4 markah)
-Solat sunat tahajud/taubat
-Membaca al-Qur'an
-Berzikir
-Berdoa
(ii) Terangkan dua ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang melazimi
qiamullail. (4 markah)
-Dapat mengecapi nikmat beribadat
-Diberkati dan dirahmati hidupnya oleh Allah
3(a) Firman Allah S. W.T.:
Ayat di atas Allah menyatakan antara sifat
orang mukmin ialah sentiasa infakkan harta ke jalan Allah.
(i) Nyatakan dua cara menginfakkan harta untuk mendapat keredaan Allah. (2 markah)
-Membantu fakir miskin
-Menderma kepada pertubuhan / badan dakwah
(ii) Harta yang ada pada kita adalah
amanah dari Allah.
Cadangkan dua cara berkesan membudayakan masyarakat agar sentiasa menginfakkan harta
yang dimiliki. (4 markah)
-Mendidik masyarakat bahawa harta yang dimiliki adalah kurniaan Allah
untuk dikongsi bersama mereka yang tidak berkemampuan/keluar zakat dan
bersedekah
-Mengingatkan masyarakat tentang janji Allah kepada mereka yang
menginfakkan harta dan balasan Allah kepada sesiapa yang ingkar untuk
bersedekah
(iii) Jelaskan dua kebaikan menghayati budaya infak dalam masyarakat. (4 markah)
-Dapat mengeratkan silaturahim
-Dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan/fakir miskin
-Dapat mengekalkan perpaduan sesama anggota masyarakat/ orang kaya
dengan miskin
(b) Nyatakan hukum tajwid dan cara bacaan
bagi kalimah yang bergaris.
Bil.
|
Nama Hukum Tajwid
|
Cara Bacaan
|
(i)
|
||
(ii)
|
||
(iii)
|
-
|
(6 markah)
-Mad wajib mustasil/panjang 2,4,5 harakat
-Mad Silah Tawilah/panjang 2 harakat
-Idgham Maal Ghunnah/dengung
(c) Tulis semula petikan berikut dengan
tulisan jawi. (4 markah)
Orang mukmin hendaklah berakhlak mulia dan berhemah
tinggi serta mengelak diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
menjatuhkan maruah diri seperti berkelakuan tidak senonoh di hadapan orang
ramai.
Soalan Ramalan SPM
1. Ayat 16, surah as-Sajadah menyatakan antara ciri
orang yang benar-benar beriman kepada Allah ialah menginfakkan harta untuk
jalan Allah.
a. Apakah maksud infak? (2 markah)
-Membelanjakan
sebahagian harta yang dimiliki ke jaan Allah
b. Nyatakan dua ciri lain orang yang
benar-benar beriman. (2 markah)
-Melazimi berqiamullail
-Berdoa dengan khusyuk dan tawaduk
c. Terangkan dua pengajaran yang boleh
diamalkan untuk mendapat keredaan Allah. (4 markah)
-Islam menggalakkan kita mencari harta
yang halal
-Kita dituntut agar sedia menginfakkan
harta yang dimiliki untuk jalan Allah
Glosari penting
Sujud - Duduk berlutut
sambil menundukkan kepala ke lantai
Info Islam
Bagi mewujudkan muslim yang soleh, seseorang itu perlu memiliki
ciri-ciri yang berikut:
-Keimanan yang utuh
-Amal ibadat yang menyeluruh meliputi
ibadat khusus dan ibadat umum
-Akhlak mulia
Nilai Murni
Para pelajar hendaklah mengamalkan sifat qanaah dalam menuntut ilmu
iaitu berasa cukup dengan apa sahaja pemberian Allah di samping terus berusaha
meningkatkan prestasi pencapaian dalam akademik.
Bab 6 - Kemulian Al-Quran
Ayat Bacaan: Ayat 1-24 Surah Al-Hasyr
Ayat Kefahaman: Ayat 21 -24 Surah Al-Hasyr
لَوْ أَنْزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: Ayat 21 -24 Surah Al-Hasyr
Jika
sekiranya kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, nescaya kamu akan
melihat gunung itu khusyuk (tunduk) serta berkecai pecah disebabkan takut
kepada Allah. Dan (ingatlah),contoh<ontoh perumpamaan itu kami kemukakan
kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.
Dialah Allah
yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui perkara ghaib dan perkara yang
nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dialah
Allah yang tiada Tuhan selain Dia. Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha
Suci, yang Maha Sejahtera (daripada segala kekurangan). Yang Maha Melimpahkan
keamanan, Maha melengkapi segala kebesaran-Nya, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha
Memiliki segala Keagungan. Maha Suci Allah dari segala apa yang mereka sekutukan
dengan-Nya.
Dialah
Allah yang mencipta (sekalian makhluk), Yang Mengadakan (daripada tiada kepada
ada), Yang Membentuk Rupa (makhluk-makhluknya menurut yang dikehendaki-Nya),
bagi Allah Yang Mempunyai Nama-nama yang Paling Baik dan semulia-mulianya. Bertasbih
kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa
(tiada tolok bandingnya) lagi Maha Bijaksana.
English
translations: Ayat 21 -24 Surah Al-Hasyr
If We had sent down this Qur'an upon a mountain, you would have
seen it humbled and coming apart from fear of Allah . And these examples We
present to the people that perhaps they will give thought.
He is Allah , other than whom there is no deity, Knower of the
unseen and the witnessed. He is the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
He is Allah , other than whom there is no deity, the Sovereign,
the Pure, the Perfection, the Bestower of Faith, the Overseer, the Exalted in
Might, the Compeller, the Superior. Exalted is Allah above whatever they
associate with Him.
He is Allah , the Creator, the Inventor, the Fashioner; to Him belong the best names. Whatever is in the heavens and earth is exalting Him. And He is the Exalted in Might, the Wise.
He is Allah , the Creator, the Inventor, the Fashioner; to Him belong the best names. Whatever is in the heavens and earth is exalting Him. And He is the Exalted in Might, the Wise.
Contoh Soalan Subjektif dan Jawapannya
1(a)
Kitab al-Quran mempunyai pelbagai keistimewaan.
(i) Nyatakan dua daripada keistimewaan tersebut. (2 markah)
-Mukjizat agung kepada Rasulullah
-Kandungannya lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia
(ii) Terangkan dua sebab al-Quran diturunkan kepada
manusia. (4 markah)
-Sebagai petunjuk/pembimbing kepada manusia menjalani kehidupan di dunia
ini agar diredai Allah
-Sebagai panduan kepada manusia melaksanakan syariat Allah
(iii) Isi kandungan al-Quran melengkapi semua aspek
kehidupan manusia.
Terangkan hujah anda bagi menyokong pernyataan di
atas. (2
markah)
-Perkara berkaitan dengan ibadat seperti solat, puasa, haji, dan
Iain-lain
-Perkara berkaitan dengan undang-undang seperti hukum hudud, harta
pusaka, dan Iain- lain
(b) Allah S.W.T. telah membuat perbandingan antara sifat
bukit dengan manusia apabila al-Quran diturunkan.
(i) Nyatakan maksud perumpamaan tersebut.
(2 markah)
-Sekiranya bukit mendengar ayat-ayat (diturunkan al-Quran) Allah nescaya
akan hancur berkecai kerana takut kepada Allah
-Tetapi manusia tidak takut kepada azab Allah sedangkan mereka mendengar
serta memahami ayat-ayat Allah
(ii) Jelaskan dua sebab Allah membuat perbandingan manusia dengan bukit apabila al-Quran
diturunkan. (4 markah)
-Sebagai peringatan kepada orang kafir yang keras hati
-Sebagai peringatan kepada orang yang tidak khusyuk membaca al-Quran
(iii) Allah menyebutkan bahawa gunung
ganang akan pecah sekiranya al-Quran diturunkan ke atasnya.
Terangkan dua iktibar yang dapat diambil daripada pernyataan di atas. (4 markah)
-Manusia hendaklah berfikir sejauhmana penghayatan mereka terhadap
al-Quran
-Manusia hendaklah mengakui akan keagungan al-Quran.
2(a) Al-Quran adalah sebuah kitab yang agung kerana ia
merupakan kalam Allah.
(i) Senaraikan dua bukti al-Quran sebagai mukjizat agung kepada Rasulullah s.a.w..
(2 markah)
-Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada
seluruh manusia
-Isi kandungan al-Quran meliputi semua
perkara yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat
(ii) Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca
dengan bertajwid dan dilagukan secara bertaranum, tetapi hendaklah dihayati
segala isi ajarannya.
Cadangkan dua cara anda untuk menjadi seorang yang menghayati al-Quran. (4 markah)
-Istiqamah membaca al-Quran
-Memahami dan mengamalkan kandungan al-Quran
(iii) Mengapakah terdapat sesetengah
individu tidak khusyuk ketika membaca al-Quran? (2 markah)
-Membaca al-Quran tidak secara bertajwid dan bertarannum
-Tidak hayati isi kandungan
(b) Lengkapkan potongan ayat di bawah
dengan pilihan jawapan yang betul
لَوْ أَنْزَلْنَا هَٰذَا - عَلَىٰ جَبَلٍ - خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ - الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ
(i) هَٰذَا الْقُرْآنَ
(ii) لَرَأَيْتَهُ
(iii) يَتَفَكَّرُونَ
(iv) عَالِمُ
(c) Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah yang bergaris. (6 markah)
-Idgham Bila Ghunnah
-Izhar Halki
-Mad Lin
-Alif Lam Syamsiah
-Mad Wajib Muttasil
-Mad Arid Lissukun
3(a) Firman Allah S.W.T.:
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah
S.W.T. memiliki nama yang indah, agung, dan lagi suci.
(i) Berdasarkan ayat di atas, senaraikan empat Asmaul
Husna. (4 markah)
-Al-Malik
-Al-Quddus
-As-Salam
-Al-Mukmin
(ii) Terangkan dua tujuan Allah menyebutkan sebahagian
nama-nama Allah S.W.T. yang indah di dalam al- Quran. (4 markah)
-Supaya manusia mengambil iktibar daripada nama-nama tersebut
-Untuk membuktikan bahawa al- Quran adalah sebuah kitab yang agung
(iii) Orang yang selalu menyebut dan mengingati
al-Asmaul Husna dijanjikan pelbagai kelebihan.
Nyatakan dua daripada kelebihan tersebut. (2 markah)
-Dimurahkan rezeki
-Dilindungi dari sebarang bahaya
(b) Potongan ayat al-Quran berikut tidak disusun
mengikut tertib seperti dalam al-Quran. Susun semula potongan ayat tersebut
mengikut tertib. Anda dikehendaki menulis nombor ayat sahaja. (4 markah)
-4, 2, 3, 1
(c) Tukarkan semula perkataan berikut
dengan tulisan rumi. (6 markah)
-Perumpamaan
-Penghayatan
-Keistimewaan
-Penyelewengan
-Perbandingan
-Peringatan
Contoh Soalan SPM
Allah menyatakan bahawa semua makhluk yang
ada di langit dan di bumi tunduk serta patuh kepada Allah.
Berdasarkan ayat di atas, nyatakan dua cara kepatuhan semua makhluk kepada Allah. (2 markah)
-Sentiasa bertasbih kepada Allah
-Mengikut semua ketentuan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah
kepada mereka
Jelaskan dua sebab terdapat segelintir manusia masih tidak patuh
kepada perintah Allah. (4 markah)
-Tidak mempunyai asas pegangan agama yang kukuh
-Tidak takut pada balasan Allah pada hari akhirat
Terangkan dua pengajaran yang dapat diteladani untuk menjadi hamba
Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat. (4 markah)
-Kita tidak sepatutnya menderhaka kepada Allah yang telah mencipta
manusia
-Kita hendaklah sentiasa mematuhi segala perintah Allah dengan reda
Glosari Penting
Asmaul Husna:
(1) Kitab yang diturunkan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk panduan hidup manusia
(2) Nama yang baik dengan sifat Allah
S.W.T.
Info Islam
Ada
hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim menjelaskan tentang fadilat membaca al-Quran iaitu “Sesiapa yang membaca satu huruf
dari kitab Allah (al-Quran) maka ia mendapat pahala untuk setiap huruf hasanah
dan setiap hasanal itu berlipat ganda 10 kali, saya tidak berkata: Alif, Lam,
Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu
huruf."
Eksplorasi
Keesaan
dan kebesaran Allah dapat dilihat melalui ayat al-Quran dan ciptaannya yang
menakjubkan.
Hasilkan
folio dengan menyenaraikan beberapa ayat al-Quran yang menjelaskan keesaan dan
kebesaran Allah S.W.T..
BAB 6
Bab 7 – Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam
Beri tumpuan kepada
Penekanan
kepada cara pengurusan masa dan bekalan untuk akhirat.
RINGKASAN PELAJARAN
Kemuliaan Al-Quran
Kemuliaan Al-Quran
Keistimewaan Al-Quran
Keistimewaan Al-Quran
-Merupakan mukjizat
agung yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
-Isi
kandungannya melengkapi semua urusan kehidupan
-Ajarannya
sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan di mana- mana sahaja
-la kekal
terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewangan hingga hari kiamat
Cara Menghayati Al-Quran
-Istiqamah dalam
membaca al-Quran
-Sentiasa
mempelajari dan mendalami isi ajaran al-Quran
-Berusaha
memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran
-Berusaha
membaca al- Quran secara bertajwid dan bertarannum
Pengajaran Ayat
-Allah S.W.T.
menyuruh umat Islam agar mengambil iktibar daripada peringatan yang terkandung
dalam al-Quran
-Gunung yang
kukuh akan runtuh jika diturunkan Al-Quran ke atasnya kerana keagungan al-Quran
-Haiwan dan
tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah S.W.T.
Cara Makhluk Selain Manusia Patuli kepada
Allah S.W.T.
-Sentiasa
bertasbih kepada Allah S.W.T.
-Mengikuti semua
ketentuan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka
-Contoh:
matahari dan bulan sentiasa beredar mengikut paksinya
Iktibar Perbandingan Antara Keingkaran
Manusia Dengan Sifat Bukit Yang Hancur Berkecai apabila Diturunkan al-Quran
-Untuk memberi
peringatan kepada orang kafir yang keras hati dan bersikap kasar
-Untuk memberi
peringatan kepada orang yang tidak khusyuk membaca al-Quran
Tujuan Allah S.W.T. Menyatakan Sebahagian
Nama dan Sifatnya yang Mulia
-Untuk
membuktikan al-Quran sebuah kitab yang agung
-Untuk
menunjukkan al-Quran sebagai kalam Allah S.W.T. yang sempurna kejadiannya
Hadis Al-Bukhari
Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar Radiyaallahu ‘Anhuma, katanya: Rasulullah
s.a.w. memegang bahuku seraya bersabda: Jadikanlah dirimu di atas dunia ini
sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu
petang, jangan tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu
pagi, jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal
semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup
untuk persediaan matimu.
Soalan Subjektif
1. (a)
Dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. memperingatkan bahawa kehidupan dunia
ini singkat seumpama kehidupan seorang perantau.
i. Apakah maksud perantau dalam hadis di
atas? (2 markah)
-Orang yang berada dalam perjalanan/pengembara
ii. Terangkan dua nasihat lain yang
patut diamalkan oleh setiap umat Islam bagi memperoleh kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat. (4 markah)
-Sedar bahawa kehidupan di dunia adalah sementara
-Jangan lalai dengan keseronokan dunia
-Hendaklah menguruskan masa dengan baik
iii. Jelaskan maksud potongan hadis (2 markah)
-Jadikanlah hidup di dunia ini seperti kehidupan seorang perantau
(b)
Islam memerintahkan umatnya supaya menghargai masa.
i. Jelaskan dua cara menguruskan
masa belajar yang berkesan bagi seseorang pelajar. (4 markah)
-Merancang penggunaan masa
-Mengisi masa dengan perkara yang berfaedah
-Tidak menangguhkan sesuatu kerja
ii. Orang yang menyegerakan segala urusan
hidupnya akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. dan rasul-Nya.
Terangkan dua hujah bagi
membenarkan pernyataan di atas. (4 markah)
-Orang yang menghargai masa merupakan manifestasi ciri orang bertakwa
-Menghargai masa dapat mendisiplinkan diri dan amat disukai oleh Allah
2.(a) Sabda Rasulullah s.a.w.:
Hadis di atas menerangkan tentang pesanan
Rasulullah kepada umatnya tentang kehidupan di dunia.
i. Berdasarkan hadis di atas, jelaskan
maksud "dunia tempat persinggahan". (2 markah)
-Hidup di dunia adalah perantara untuk menuju ke alam akhirat
ii. Rasulullah telah berpesan kepada umat
Islam agar membuat persediaan untuk hari akhirat.
Nyatakan dua pesanan Rasulullah
yang lain. (2 markah)
-Hendaklah menghargai masa
-Mengisi masa sihat dengan aktiviti berfaedah
iii. Jelaskan dua teknik pengurusan
masa yang patut dipraktikkan bagi merealisasikan tuntutan hadis di atas. (4 markah)
-Mengurus masa dengan bijak
-Menetapkan wawasan hidup
iv. Jelaskan dua akibat mengingkari
pesanan Rasulullah di atas. (4 markah)
-Hidup di dunia menjadi sia-sia
-Tidak mempunyai bekalan untuk hari akhirat
b. Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah yang
bergaris di bawah. (4 markah)
-Izhar Halki
-Mad Jaiz Munfasil
-Mad Wajib Muttasil
-Mad Iwad
3.(a) Dunia ini adalah tempat manusia mencari bekalan untuk hari akhirat.
i. Selain takwa, nyatakan dua bekalan
yang diperlukan oleh manusia untuk menghadapi hari akhirat. (2 markah)
-Sedekah jariah
-Amalan ibadat fardu/sunat
ii. Jelaskan maksud takwa. (2 markah)
-Mentaati segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan- Nya
iii. Terangkan dua cara untuk
memperolehi ketakwaan. (4 markah)
-Ikhlas kepada Allah ketika mengerjakan ibadat fardu seperti solat
-Berbuat baik semasa berhubung dengan manusia seperti ketika berjual
beli
-Menambah amalan dengan ibadat sunat
b. Tulis semula perkataan di bawah dengan
tulisan jawi. (4 markah)
i.Perantau
ii.Destinasi
iii.Menghargai
iv.Efektif
Soalan Ramalan
SPM
1. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dalam hadis di atas, Rasulullah berpesan
agar kita menghargai masa.
(a) Jelaskan persamaan kehidupan di dunia
dengan kehidupan seorang perantau berdasarkan hadis di atas. (2 markah)
-Masa kehidupan terlalu singkat
-Berusaha mencari bekalan
-Jangan leka akan keseronokan yang tersedia
(b) Jelaskan dua kelebihan menghargai masa. (4
markah)
-Dapat mendisiplinkan diri
-Kerja dilakukan dengan sempurna
(c) Terangkan dua akibat melengah-lengahkan sesuatu
urusan yang baik. (4 markah)
-Hidup dalam keadaan terburu-buru/gelisah
-Hasil kerja tidak kreatif
Glosari Penting
Perantau - Pengembara
Info Islam
Sikap menangguhkan kerja akan merugikan
diri sendiri kerana sukar untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Peringatan Allah
S.W.T. melalui firman-Nya: “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian…”
(Surah al-Asr: Ayat 1)
Nilai Murni
Umat Islam hendaklah bersedia dengan bekalan yang dibawa semasa merantau
dan bekalan amal untuk akhirat serta tidak lalai dengan keseronokan dunia yang
sementara.
Eksplorasi
“Usah
ditangguh amal bakti, ke hari yang belum dikenal pasti, mungkin hari menjengah
ke mari, kamu pula telah kembali” (kata-kata penyair)
Bincangkan dalam kumpulan tentang
keburukan sikap menangguhkan kerja berdasarkan maksud syair di atas.
Bab 8 – Orang Beriman Kekasih Allah
Beri tumpuan kepada
Penekanan
kepada cara pengurusan masa dan bekalan untuk akhirat
Kchidupan di
Dunia Ibarat Seorang Perantau
Kehidupan di
Dunia adalah Sementara
Pengajaran Ayat
Teknik
Pengurusan Masa yang Efektif
Kelebihan
Menyegerakan Segala Urusan
Bekalan Untuk
Hari Akhirat
Cara Memperoleh
Ketakwaan
Kehidupan di Dunia Adalah Sementara
-Tempoh hidup di
dunia adalah singkat berbanding kehidupan di akhirat yang kekal abadi
-Hidup di dunia
diumpamakan seperti seorang perantau dalam perjalanan yang jauh -Dunia ialah
tempat mencari bekalan secukupnya untuk ke akhirat dan tidak boleh leka dengan
keseronokan yang tersedia di atasnya
-Seorang
perantau tidak boleh seronok di tempat persinggahan ketika mendapatkan bekalan
sehingga terlupa ke destinasi yang hendak dituju
Pengajaran Hadis
-Tempoh hidup di
dunia terlalu singkat berbanding kehidupan di akhirat yang kekal abadi
-Kita mesti
menggunakan tempoh hidup di dunia sebaik mungkin
-Islam melarang
umatnya menangguh-nangguhkan urusan kehidupan
Teknik Pengurusan Masa yang Efektif
-Merancang
penggunaan masa dengan betul menyediakan jadual waktu
-Menguruskan
masa secara bijaksana - memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah
-Menetapkan wawasan
hidup - penggunaan diari dapat mengukur pencapaian wawasan yang digariskan
Kelebihan Menyegerakan Segala Urusan
-Dimuliakan oleh
Allah S.W.T. dan Rasul-Nya
-Kerja yang diamanahkan dapat dibuat dengan
berkualiti dan mengikut jadual
-Masa yang dilalui telah dipenuhi dengan
perkara yang berfaedah
-Kemajuan dan pembangunan negara berjalan
dengan lancar dan produktif
Bekalan untuk Hari Akhirat
Takwa - Iaitu sentiasa melaksanakan semua perintah Allah
S.W.T. serta menjauhi segala tegahan-Nya dengan penuh ketaatan
Cara Memperoleh Ketakwaan – (1) Ikhlas kepada Allah S.W.T. dalam
hubungan dengan Allah S.W.T. seperti solat dan dalam hubungan sesama manusia
seperti dalam berjual beli. (2) -Melakukan amalan sunat seperti berpuasa sunat
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya Allah S.W.T. berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, Aku
isytiharkan perang ke atasnya. Tiada amalan yang mendekatkan dirinya kepada-Ku
yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardukan. Hamba-Ku yang
mendekatkan diri kepada-Ku dengan sentiasa melakukan amalan sunat (di samping
amalan-amalan wajib). Aku akan mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya,
pendengarannya, penglihatannya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan
kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredaan dan
kawalan-Ku.Jika dia meminta kepada-Ku, Aku akan memperkenankannya dan jika dia
memohon perlindungan- Ku,Aku akan melindunginya.
Soalan Subjektif
1. (a)
Hadis di atas menerangkan tentang cara untuk menjadi kekasih Allah S.W.T..
i. Siapakah kekasih Allah S.W.T.? (2 markah)
-Orang mukmin yang banyak melakukan ibadat nawafil
ii.TerangkanduaamalanyangperludilakukanuntukmenjadikekasihAllahS.W.T..(4markah)
-Melaksanakan segala perkara yang difardukan ke atasnya dengan penuh
ketaatan
-Sentiasa melaksanakan ibadat sunat
iii. Jelaskan dua kelebihan orang
yang menjadi kekasih Allah S.W.T.. (4 markah)
-Allah akan memperkenankan doanya
-Allah akan memberi ganjaran pahala dan syurga
(b) Untuk mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T. kita
hendaklah berusaha mencapai taraf wali-wali Allah S.W.T..
i. Jelaskan maksud wali Allah. (2 markah)
-Manusia biasa yang beriman, bertakwa, beristiqamah melaksanakan
perintah Allah, dan menjauhi larangan-Nya secara zahir dan batin
ii. Apakah amaran Allah S.W.T. terhadap mereka yang memusuhi dan menentang
wais- wali-Nya? (2 markah)
-Allah memberi ancaman akan memerangi orang yang memusuhi para wali-Nya
iii. Terangkan dua kelebihan
yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada wali-wali-Nya. (4 markah)
-Doanya diterima oleh Allah
-Akan mendapat nikmat penghuni syurga
-Hidup sentiasa berada dalam rahmat Allah
2.(a) Hadis di atas menjelaskan tentang cara untuk mencapai darjat orang
soleh.
i. Berdasarkan hadis, nyatakan maksud
orang soleh. (2 markah)
-Orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah
ii. Jelaskan dua cara untuk menjadi orang soleh. (4 markah)
- Berilmu
-Beramal dengan ilmu
iii. Memiliki keperibadian mulia adalah
syarat untuk memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Terangkan dua pendapat anda tentang pernyataan di atas. (4 markah)
-Kehidupan sentiasa ke arah kepada kebaikan
-Dirinya sentiasa hampir dengan Allah
2.(b) Nyatakan hukum tajwid dan
cara bacaan bagi kalimah yang bergaris. (6 markah)
Bil.
|
Keratan
Ayat
|
Nama
Hukum Tajwid
|
Cara
Bacaan
|
(i)
|
|||
(ii)
|
|||
(iii)
|
-Mad Jaiz Munfasil – panjang 4,5,6 harakat
-Mad Silah Qasirah - panjang 2 harakat
-Idgham Maal Ghunnah - dengung dua harakat
2.(c) Tulis semula pernyataan di bawah
dengan tulisan jawi. (4 markah)
i. Menjadi anak yang soleh.
_______________________
ii. Mendekatkan diri kepada Allah
_______________________
3.(a) Hadis di atas ada menjelaskan tentang beberapa amalan nawafil.
i. Jelaskan maksud (_____) berdasarkan
hadis. (2 markah)
-Amalan-amalan yang hukumnya sunat dilakukan oleh setiap umat Islam
ii. Jelaskan kelebihan para wali di sisi
Allah. (4 markah)
-Sentiasa dikasihi dan dilindungi daripada kejahatan
-Memperoleh petunjuk dan diperkenankan doa
iii. Tuliskan empat contoh ibadat
nawafil. (4 markah)
-Solat sunat
-Puasa sunat
-Membaca al-Quran
-Berzikir
iv. Orang yang sentiasa melakukan ibadat
nawafil akan diberkati hidupnya oleh Allah S.W.T..
Terangkan dua kelebihan lain ibadat
nawafil. (4 markah)
-Allah dan rasul akan menyayanginya
-Allah akan memakbulkan doanya
-Allah melindunginya dari keburukan
(b) Tulis semula pernyataan di
bawah dengan tulisan jawi. (6 markah)
i. Sifat mahmudah ialah sifat terpuji yang
dianjurkan oleh Islam
ii. Orang yang memiliki peribadi mulia
sentiasa terarah kepada kebaikan
iii. Sifat berbaik sangka adalah contoh
sifat orang berakhlak mulia
Soalan Ramalan SPM
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Hadis di atas menyatakan beberapa amalan
yang boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah S.W.T..
(a) Siapakah orang yang hampir kepada Allah S.W.T.? (2 markah)
-Orang mukmin yang berilmu, beramal, dan berakhlak mulia
(b) Jelaskan dua cara untuk
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. (4 makah)
-Melaksanakan semua perkara fardu
-Sentiasa melakukan amalan sunat
(c) Terangkan dua kelebihan yang
akan diperoleh oleh orang yang hampir kepada Allah S.W.T.. (4 markah)
-Allah akan meredai dan mengasihinya
-Akan memperolehi keberkatan hidup
Glosari Penting
Nawafil – ibadat
sunat
Info Islam
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali- wali Allah
tidak ada kebimbangan (dari sesuatu tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula
tidak akan berdukacita. Wali-wali Allah itu ialah orang yang beriman serf a
mereka pula sentiasa bertakwa ”
(Surah Yunus: Ayat 63)
Eksplorasi
Hasan al-Basri merupakan antara insan yang
terpilih sebagai orang soleh dan wali Allah.
Hasilkan buku skrap tentang latar belakang
kehidupan Hasan al-Basri serta kata-kata hikmatnya.
Bab 9 – Iman Mutiara Hidup
Beri tumpuan kepada
Ciri-ciri
orang bertambah iman dan cara mendapat kemanisan iman.
Maksud Iman
Kemanisan Iman
-Maksud
-Kelebihan Mendapat Kemanisan Iman
-Cara Mendapat Kemanisan Iman
Ciri-ciri Orang
yang Bertambah Iman
Iman Bertambah
dan Berkurang
Maksud Iman
Bahasa: Mengiktiraf dan membenarkan sesuatu tanpa
mendustakannya
Istilah: Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan
lidah, dan mengamalkan dengan anggota badan
Kemanisan Iman
Maksud
Berasa gembira
dalam beribadat, sanggup menanggung kepahitan demi mendapat keredaan Allah
S.W.T. dan Rasul-Nya serta mengutamakan Allah S.W.T. dan rasul-Nya melebihi
harta benda di dunia
Cara Mendapat Kemanisan Iman
-Cintakan Allah
S.W.T. dan Rasul-Nya melebihi daripada segalanya
-Mengasihi
sesama manusia kerana Allah S.W.T.
-Benci kekufuran
sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka
Kelebihan Mendapat Kemanisan Iman
-Merasai nikmat
beribadat
-Akan membentuk
diri berakhlak mulia
-Dikasihi dan
dicintai oleh Allah S.W.T.
-Bersedia
berkhidmat untuk masyarakat
-Tidak berbuat
perkara yang boleh menyusahkan masyarakat
-Akan dihormati dan diteladani oleh masyarakat
Ciri-ciri Orang yang Bertambah Iman
-Mempunyai
pengetahuan mendalam tentang Allah S.W.T. dan rasul-Nya
-Banyak
mengerjakan ibadat sunat
-Membiasakan
diri berzikir kepada Allah S.W.T.
-Selalu berfikir
tentang kebesaran Allah S.W.T.
Iman Bertambah dan Berkurang
-Menurut Mazhab
Ahli Sunnah Waljamaah iman seseorang boleh bertambah dan berkurang
-Iman akan
bertambah dengan melakukan ibadat dan ketaatan serta meningkatkan ilmu
-Iman akan
berkurang apabila berbuat maksiat
Soalan Subjektif
1.(a) Menurut mazhab Ahli Sunnah Waljamaah, Iman seseorang boleh bertambah
dan berkurang.
i. Terangkan dua ciri orang yang
bertambah iman. (4 markah)
-Banyak melakukan ibadat sunat
-Melazimi berzikir kepada Allah
-Selalu berfikir akan kebesaran Allah
ii. Jelaskan dua perbuatan yang
boleh menyebabkan iman seseorang berkurang. (4 markah)
-Melakukan maksiat
-Tidak melaksanakan ibadat fardu
iii. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
Perbaharuilah
iman kamu, perbanyakkan menyebut lailahaillallah. Riwayat Ahmad.
Berdasarkan maksud hadis di atas,
i. Jelaskan dua kepentingan iman
dalam kehidupan setiap manusia. (4 markah)
-Menambahkan ilmu
-Memperbanyakkan amal ibadat
-Menunjukkan ketaatan tidak berbelah bagi
kepada Allah
ii.
Terangkan dua cara berkesan untuk meningkatkan iman. (4 markah)
-Dapat membentuk insan muslim sejati
-Dapat melahirkan generasi yang berakhlak
mulia
2.Orang beriman akan dapat merasakan
kemanisan iman jika terdapat beberapa perkara tertentu dalam dirinya.
(i) Jelaskan dua cara untuk
mendapatkan kemanisan iman. (4 markah)
-Cintakan Allah dan rasul-Nya lebih daripada
segalanya
-Mengasihi sesama manusia kerana Allah
-Benci kepada kekufuran
(ii) Terangkan dua kesan yang dapat
dilihat pada orang yang mencapai tahap kemanisan iman. (4 markah)
-Mendapat kelazatan beribadat
-Dapat membentuk seseorang berakhlak mulia
(b) (i) Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa iman hanya terletak di hati
dan tiada kaitan dengan tingkah laku.
Kemukakan dua hujah anda bagi
menolak pendapat tersebut. (4 markah)
-Iman berkait rapat dengan amalan seseorang
-Al-Quran sering menggandingkan antara lafaz
iman dengan amal soleh
(ii) Kita hendaklah sentiasa berusaha
memelihara iman daripada rosak
Terangkan dua cara terbaik untuk menjaga
iman daripada terbatal. (4 markah)
-Sentiasa mematuhi perintah Allah
-Tidak melakukan larangan Allah
-Memperbanyakkan amalan sunat
Soalan Objektif
1. Menurut Ahli Sunnah Waljamaah, iman
seseorang muslim itu akan
A sentiasa
berubah
B sentiasa
berkurang
C sentiasa
bertambah
D bertambah dan
berkurang
2. Apabila seseorang itu melakukan
maksiat, maka imannya akan
A semakin
bertambah
B tidak akan
berubah
C semakin
berkurang
D bertambah dan
berkurang
-Mendalami
ilmu agama
-Sentiasa
berzikir
-Rajin
melakukan ibadat sunat
3. Pernyataan di atas merujuk kepada
A ciri-ciri
wujudnya iman
B ciri orang
bertambah iman
C syarat untuk
dapat iman
D bukti iman
bertambah dan berkurang
4. Untuk merasakan kemanisan iman,
seseorang itu hendaklah
I cintakan Allah
S.W.T. dan rasul-Nya melebihi segalanya
II tidak
mengasihi sesama manusia kerana Allah S.W.T.
III benci kepada
maksiat
IV benci kepada
kekufuran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5. Kesan kemanisan iman yang dicapai oleh
seseorang dapat dilihat melalui _____
A rajin membawa
al-Quran
B suka bersolat
sunat
C kelazatan beribadat
kepada Allah S.W.T.
D selalu
menolong orang lain
Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang
betul.
1. Membenarkan di hati, mengikrar dengan
lidah dan mengamalkan dengan anggota badan dinamakan sebagai _____. -iman
2. Menurut mazhab Ahli Sunnah Waljamaah,
Iman amat berkait rapat dengan _____ seseorang. -amalan
3. Iman seseorang boleh bertambah dengan
melakukan ibadat, ketaatan dan meningkatkan _____. -ilmu
4. Orang yang mendapat__ tidak akan melakukan perkara
yang
menyusahkan orang lain, malah akan memberi
khidmat kepada masyarakat kerana perkara tersebut adalah sebahagian daripada
tuntutan fardu kifayah. –kemanisan iman
5. Orang yang tidak mendapat kemanisan
iman tidak akan dapat melaksanakan tuntutan ____dengan sempurna. –fardu
ain
Soalan Ramalan
SPM
-Berasa
gembira dalam melakukan ibadat
-Sanggup
menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah
-Mengutamakan
Allah dan rasul-Nya lebih daripada harta benda dunia
1. Pernyataan di atas merujuk kepada
A maksud iman
B maksud kemanisan iman
C ciri-ciri orang yang bertambah iman
D ciri-ciri orang yang iman yang kekal
Glosari penting
Iman - Kepercayaan akan
adanya Allah serta mematuhi perintah-Nya
Ikrar - Janji/Pengakuan
Eksplorasi
Bincangkan dalam kumpulan tentang peranan
qiamullail dan tadarus al-Quran mampu meningkatkan iman serta mendidik
keperibadian seseorang.
Bab 10 – Akidah Ahli Sunnah Waljamaah
Beri tumpuan kepada
Penekanan kepada prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan prinsip sesat
Syiah serta Khawarij.
Ringkasan
Pelajaran
Akidah Ahli Sunnah Waljamaah
1. Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah
2. Contoh Mazhab Yang Sesat
Mazhab Ahli
Sunnah Waljamaah
Takrif:
Kumpulan yang berpegang teguh dengan
ajaran al-Quran, sunnah Rasulullah s.a.w. dan perkara yang dibawa oleh para
sahabat
Pandangan dalam Isu Akidah
Meyakini al- Quran adalah kalam Allah
S.W.T. bersifat qadim
Orang mukmin dapat melihat Allah S.W.T. di
syurga
Pelaku dosa besar masih mukmin tetapi
dianggap fasik
Iman boleh bertambah dan berkurang
bergantung kepada amalan
Pegangan Akidah
Berpegang teguh dengan al-Quran dan
as-Sunnah
Berpegang dengan prinsip as-Salaf as-Soleh
Merujuk kepada al-Quran dan as- Sunnah
jika berlaku perselisihan fahaman
Tidak mengkafirkan orang yang tidak
sealiran dengan mereka
Kepentingan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah
Menyucikan akidah dari kesesatan
Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
kerana ia bersandarkan akidah yang'betul
Hidup akan diredai oleh Allah S.W.T.
kerana berada di jalan yang benar
Contoh Mazhab
Yang Sesat
a. Syiah
Pegangan Akidah
Syiah Imamiah
-Jawatan imam sama seperti kenabian
-Beramal dengan taqiah
-Mengharuskan nikah mutaah
Syiah Zaidiah
-Pelaku dosa besar berada antara kufur dan
iman
-Perlakuan manusia dilakukan oleh manusia
dan bukan Allah S.W.T.
Syiah ai-Batiniah
-Ali k.w. dan imam-imam mereka sebagai
Tuhan
-Menghalalkan arak
b. Khawarij
Beriktikad pelaku dosa besar adalah kafir
Mengkafirkan dan menghalalkan darah semua
umat Islam yang berbeza iktikad dengan mereka
Membataskan sumber syariat hanya kepada
al-Quran semata-mata
Menolak hadis sebagai sumber hukum
Soalan Subjektif
1. (a)
Rasulullah memberi jaminan bahawa sesiapa yang berpegang dengan akidah Ahli
Sunnah Waljamaah tidak akan sesat.
Mengapakah mazhab berkenaan dinamakan
dengan 'Ahli as-Sunnah'? (2 markah)
-Kerana mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah
(ii) Terangkan dua prinsip akidah
yang dipegang oleh mazhab Ahli Sunnah Waljamaah sehingga mereka tidak akan
sesat. (4 markah)
-Berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah
-Berpegang dengan prinsip- prinsip as-Salaf as-Soleh
(iii) Jelaskan dua kepentingan
dituntut agar berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah. (4 markah)
-Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kekesatan
-Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
(b) Syiah Imamiah merupakan antara
kumpulan syiah yang masih wujud sehingga kini.
i. Terangkan dua pendapat Syiah
Imamiah berkaitan jawatan pemimpin umat Islam atau imam. (4 markah)
-Jawatan imam hanya layak disandang oleh Ahli al-Bait
-Jawatan imam adalah anugerah Allah seperti kenabian
-Imam-imam adalah dianggap maksum
ii. Nyatakan dua pegangan mereka
yang berbeza dengan Ahli Sunnah Waljamaah.
(4 markah)
-Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahli al- Bait
-Beramal dengan taqiyah
2 (a) (i) Siapakah pengasas Syiah Zaidiyah? (2 markah)
- Zaid bin Ali Zainalabidin
ii. Jelaskan perbezaan pendapat antara
Syiah Zaidiyah dengan Ahli Sunnah Waljamaah berkaitan pelaku dosa besar. (4 markah)
-Ahli Sunnah Waljamaah: Pelaku dosa besar masih dianggap muslim tetapi
dikira sebagai fasik
-Syiah Zaidiyah: Pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran
Umat Islam hendaklah berhati- hati dengan
fahaman songsang yang merosakkan akidah yang tersebar di kalangan masyarakat
kini dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
(iii) Syiah Zaidiyah menolak kemaksuman
para imam kecuali Ali, Fatimah, Hasan, dan Husin.
Terangkan dua pegangan syiah lain
yang turut ditolak oleh mereka. (4 markah)
-Menolak konsep taqiyah
-Menolak kepercayaan bahawa Muhamad al-Mahdi sebagai Imam Mahdi
(b)
Syiah Batiniah merupakan kumpulan syiah yang paling radikal dan sesat.
(i) Mengapakah kumpulan tersebut dinamakan
sebagai 'Batiniah'? (2 markah)
-Kerana pandangan mereka yang menganggap al-Quran mempunyai makna zahir
dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka
(ii) Jelaskan dua pegangan songsang
Syiah Batiniah yang amat bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah. (4 markah)
-Beriktikad bahawa Ali dan imam-imam mereka sebagai Tuhan
-Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak
(iii) Terangkan dua cara
memantapkan akidah agar tidak terpesong dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah. (4
markah)
-Mempelajari asas akidah berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah
-Belajar dengan guru yang diiktiraf keilmuannya
Soalan Objektif
-Berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah
-Merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah jika berlaku
selisih pendapat
-Tidak mengkafirkan orang yang tidak seaiiran dengan
mereka
1. Prinsip akidah di atas menjadi pegangan
A Syiah
B Khawarij
C Qadiani
D Ahli Sunnah
Waljamaah
Pandangan Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah dalam Isu Akidah:
-Iman boleh bertambah dan kurang
-Y: _______
-Al-Quran bukan makhluk
2. Y merujuk kepada _____
A Boleh melihat Allah S.W.T. di syurga
B Pelaku dosa
besar dianggap munafik
C Boleh beramal
dengan taqiyyah
D Menolak hadis sebagai sumber hukum
3. Antara berikut, yang manakah benar
tentang q qadak dan qadar menurut
pandangan Ahli Sunnah Waljamaah?
I Semua perkara
sama ada baik atau buruk ditentukan oleh manusia
II Perbuatan
manusia dilakukan oleh manusia dan bukan Allah S.W.T.
III Semua yang
berlaku di alam ini terjadi dengan kebijaksanaan Allah S.W.T.
IV Allah S.W.T.
yang berkuasa mengatur segala yang terjadi di alam ini
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
-Menolak hadis yang boleh diriwayatkan oleh Ahli
al-Bait
-Beramal dengan taqiyyah
-Mengharuskan nikah mutaah
4. Penyataan di atas menjadi iktikad
A Ahli Sunnah Waljamaah
B Syiah Zaidiyah
C Syiah Imamiah
D Taslim
5. Berikut adalah langkah-langkah yang
digariskan ig-i oleh Ahli Sunnah Waljamaah untuk memelihara akidah, kecuali _____.
A beramal hanya bersandarkan dalil al-Quran
B belajar daripada guru yang diiktiraf
keilmuannya
C membina kekuatan
akidah dengan berdoa
D tidak bergaul dengan golongan yang mengamalkan
ajaran sesat
Soalan Struktur
Isi tempat
kosong dengan jawapan yang betul.
1. Mazhab yang muncul setelah berlaku
perpecahan di kalangan umat Islam ialah _____. -iman
2. Puak Syiah ialah golongan yang
menyokong cita-cita untuk melantik _____ khalifah selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w.. -amalan
3. Syiah Imamiah beramal dengan _____,
iaitu menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang
yang berbeza iktikad dengan mereka. -ilmu
4. _____ ialah orang yang tidak mempunyai
pegangan agama. – kemanisan iman
5. Orang yang tidak taat kepada Allah
S.W.T. dan rasul-Nya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa
kecil digelar _____. -fardu
ain
Soalan Ramalan SPM
Ahli Sunnah Waljamaah meyakini bahawa
al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat ______.
Glosari
Penting
Akidah -
Nilai
Murni
Umat Islam hendaklah berhati-hati dengan
fahaman songsang yang merosakkan akidah yang tersebar di kalangan masyarakat
kini dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
Bab 11 – Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam
Beri tumpuan kepada
Ciri-ciri ajaran sesat dan contoh kumpulan ajaran sesat.
Ringkasan Pelajaran
Ajaran Sesat
Takrif
Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai
ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
Keburukan
Ajaran Sesat
Merosakkan akidah
Masa terbuang dengan perkara yang sia-sia
Minda dan pemikiran terkongkong
Meruntuhkan institusi kekeluargaan
Menggugat perpaduan rakyat dan kaum
Mencetus keganasan
Cara
Menangani Ajaran Sesat
Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam
yang sebenar
Menyebarkan ajaran Islam secara meluas
Penguatkuasaan undang-undang yang tegas
Melaksanakan program pemulihan akidah
Ciri-ciri
Ajaran Sesat
Mencemarkan kesucian al-Quran dan
as-Sunnah
Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah
Islam
Mendewa-dewakan pemimpin
Mengubah bentuk-bentuk ibadat
Mengubah konsep dosa dan pahala
Mendakwa boleh melakukan perkara pelik
yang berkaitan dengan perkara ghaib
Cara-cara
Menangani Ajaran Sesat
Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam
yang sebenar
Menyebarkan ajaran Islam secara meluas
Penguatkuasaan undang-undang yang tegas
Melaksanakan program pemulihan akidah
Contoh
Ajran Sesat
(1) Taslim (2) Qadiani (3) Bahai
Taslim
Pengasas: Hj Muhammad bin
Shafie dan lebih terkenal dengan nama Hj Muhammad Matahari
Tempat dan Tarikh Muncul: Pada
1879M di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Ciri-ciri
Kesesatan
Beriktikad bahawa alam ini bersifat Qadim
Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut
nafsu
Menghapuskan penzinaan melalui nikah batin
Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan
neraka
Bersolat secara niat sahaja
Qadiani
Pengasas: Mirza Ghadam
Ahmad Qadiani
Tempat dan Tarikh Muncul:
Pada 1889M di India
Ciri-ciri
Kesesatan
Beriktikad pengasasnya (Mirza Ghulam
Ahmad) sebagai al-Mahdi, Nabi jelmaan Tuhan Krisna, dan mempunyai sejuta
mukjizat
Beriktikad Allah S.W.T. menurunkan kitab
suci kepada Mirza yang dinamakan Al-Tazkirah
Mengubah ayat al-Quran mengikut fahaman
sendiri
Menghukum kafir kepada pengikut lain
selain daripada pengikut Qadiani
Bahai
Pengasas: Husin
Aki al-Mauzahdatani
Tempat dan
tarikh muncul: Pada 1847M di Iran
Ciri-ciri
Kesesatan
Beriktikad pengasasnya (al- Mazandarani) adalah jelmaan Tuhan
Beriktikad semua agama adalah sama dan digabungkan dalam Bahai
Kitab mereka al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi
Mengagungkan kod 19
Menghapuskan jihad dalam semua bentuk
Soalan Subjektif
1(a) (i) Apakah maksud ajaran sesat
menurut pandangan Islam? (2 markah)
-Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan
hakikatnya bercanggah dengan al- Quran dan as-Sunnah
ii. Jelaskan dua akibat terhadap
individu yang mengamalkan ajaran sesat. (4 markah)
-Akidahnya akan rosak
-Mindanya akan tertutup
iii. Terangkan dua langkah yang
patut dilaksanakan oleh pihak berkuasa bagi menangani ajaran sesat daripada
terus menular dalam masyarakat. (4 markah)
-Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu
-Melaksanakan program pemulihan akidah
(b)
(i) Siapakah pengasas ajaran sesat Taslim? (2 markah)
-Haji Muhamad bin Syafie
(ii) Terangkan dua ciri kesesatan
ajaran Taslim. (4 markah)
-Iktikad alam bersifat qadim
-Mengharuskan perzinaan melalui nikah batin
(iii) Jelaskan dua perbezaan antara
ajaran sesat Taslim dengan Bahai. (4 markah)
Taslim
-Asal Puiau Pinang
-Alam sifat qadim
Bahai
-Asal dari Iran
-Alam sifat baqa’
2 (a) Qadiani adalah satu daripada kumpulan ajaran sesat.
(i) Terangkan asas usul nama Qadiani. (2 markah)
-Nama Qadiani adalah sempena nama tempat lahir pengasasnya Qadian, di
India
(ii) Di manakah tempat munculnya ajaran
tersebut? (1 markah)
-Muncul di Guspadur, India pada tahun 1889 Masihi
(iii) Pengasas ajaran Qadiani mendakwa
bahawa dirinya sebagai Imam Mahdi.
Jelaskan dua dakwaan sesat
pengasasnya yang lain. (4 markah)
-Mendakwa dirinya sebagai nabi
-Mendakwa dirinya sebagai jelmaan Krisna
(b) Ajaran Bahai mula tersebut di Malaysia
pada tahun 1953 Masihi.
(i) Siapakah yang bertanggungjawab
menyebarkannya di Malaysia? (1 markah)
-Yan Kee Leong
(ii) Nyatakan empat iktikad ajaran
sesat Bahai. (4 markah)
-Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah
-Beriktikad semua agama adalah sama dan digabungkan dalam agama Bahai
-Beriktikad alam ini bersifat baqa’
-Beriktikad Nabi Isa mati disalib
(iii) Cadangkan dua cara terbaik
untuk menghindari diri daripada mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. (4 markah)
-Melengkapkan diri dengan kefahaman ajaran Islam yang sebenar
-Sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah
Soalan Objektif
-Muncul di Iran pada 1227 Hijrah
-Lanjutan kepada ajaran al-Babiyah
-Pengasasnya digelar sebagai Bahaullah
1. Pernyataan di atas adalah merujuk
kepada ajaran sesat
A Taslim
B Qadian
C Bahai
D Syiah
2. Tempat munculnya ajaran sesat Taslim
ialah
A di Cuspadur,
India
B di Qadian,
India
C di Acre,
Palestin
D di Bayan Lepas,
Pulau Pinang
3. Manakah pernyataan yang benar tentang
ajaran Qadiani?
I memansuhkan agama Islam
II Beriktikad pengasasnya
mempunyai sejuta mukjizat
III mengistiharkan Qadian
sebagai tempat menunaikan haji
IV Bersolat Sembilan rakaat
dan tiga kali sehari
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Beriktikad
bahawa:
-Semua agama sama
-Alam bersifat baqa'
-Pengasasnya adalah jelmaan Allah
4. Pemyataan di atas merujuk kepada ciri
ajaran sesat
A Bahai
B Qadiyani
C Syiah
D Khawarij
5. Orang yang bertanggungjawab membawa
ajaran Qadiani di Malaysia ialah _____.
A Maulana Muhamad
Sadiq
B Yan Kee Leong
C Muhamad bin
Syafie
D Husin Ali
Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang
betul.
1. Pengasas ajaran sesat Qadiani ialah
_____ - Mirza
2. Mendakwa Nabi Isa a.s. telah meninggal
dunia dan dimakamkan di Srinagar, India merupakan pegangan sesat ajaran _____ -
Qadini
3. Kumpulan Bahai telah beriktikad bahawa
kitab mereka yang bernama _____ telah memansuhkan semua kitab samawi. –
al-Bayan
4. Ajaran Bahai telah menganggap dan
mengisytiharkan kiblat baru mereka bertempat di ______ -Acre,
di Palestine
5. Ajaran ____telah mengharuskan perzinaan
melalui konsep nikah batin. -Taslim
Soalan Ramalan SPM
1. Antara pernyataan yang berikut yang
manakah ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim?
I Beriktikad alam ini bersifat kekal
II Menghapuskan jihad
III Menolak kewujudan hari kiamat, syurga,
dan neraka
IV Bersolat hanya dengan niat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
GJosan Penting
Glosari Penting
Memansuhkan - membatalkan
Nikah batin – Perkahwinan orang laut yang tidak mengikut ajaran agama Islam
Info Islam
Ajaran sesat muncul selepas wafatnya
Rasulullah s.a.w. dengan lahirnya beberapa orang yang mendakwa dirinya sebagai
nabi seperti Musailamatul Kazab, Talhah al- Asady dan sebagainya. Ajaran sesat
lahir bukan sahaja dalam agama Islam, malah semua agama dan bangsa menghadapi
cabaran kelahiran ajaran sesat. Contohnya tragedi Guyana yang telah sanggup
membunuh diri dengan meminum racun yang diketuai oleh Jim Jones dan pengikutnya
seramai 912 orang.
Eksplorasi
Baru-baru ini negara kita dikejutkan
dengan pengakuan seorang lelaki bahawa beliau adalah nabi untuk orang Melayu.
Bincangkan dalam kumpulan tentang
punca-punca yang mendorong kemunculan ajaran sesat khususnya di negara kita.
Bab 12 –
Perkhawinan Islam
Beri tumpuan kepada
Konsep dan hukum-hukum perkahwinan menurut ajaran Islam.
Ringkasan
Pelajaran
Perkahwinan dalam Islam
Maksud
Bahasa: Himpun atau cantum
Istilah: Akad yang menggunakan lafaz
nikah atau kata lain yang memberi makna nikah bagi menghalalkan lelaki dan
perempuan melakukan persetubuhan
Galakan Berkahwin
Dijamin oleh Allah S.W.T. akan dimurahkan
rezeki
Dapat menjauhkan diri daripada melakukan
dosa dan maksiat
Hikmat Berkahwin
Menjamin kesihatan diri dan terhindar
daripada melakukan maksiat dan jenayah
Memenuhi tuntutan seks melalui jalan yang
halal
Mendapat anak melalui cara yang sah dan
halal
Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
Memberi ketenteraman jiwa dan perasaan
Konsep
Untuk memenuhi fitrah manusia yang perlu
kepada pasangan dan teman hidup
Hukum Perkahwinan
Harus - Tiada tuntutan yang mendesak
untuk berkahwin
Wajib - Mampu zahir dan batin, jika
tidak berkahwin akan terlibat dengan zina
Sunat - Mampu zahir dan batin, jika
tidak berkahwin tidak akan terlibat dengan zina
Makruh - Tidak mampu zahir j dan batin tetapi ingin berkahwin
Haram - Tidak mampu zahir dan batin
atau diyakini akan menzalimi pasangannya
Perkhawinan
Yang Tidak Mengikut Undang-undang
Implikasi Perkhawinan Yang Tidak Mengikut
Undang-undang
Boleh dikenakan tindakan undang- undang
Dipandang serong oleh masyarakat
Nama baik keluarga akan tercemar
Menimbulkan pergaduhan dalam masyarakat
Boleh memutuskan tali silaturahim
Langkah Memastikan Perkhawinan Mengikut
Undang-undang
Ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan
peranan yang sewajarnya dalam memastikan setiap perkahwinan itu sah mengikut
ketetapan syarak
Mempergiatkan siri penerangan berkaitan
dengan undang-undang Keluarga Islam
Penguatkuasaan yang tegas dengan
mengenakan hukuman berat kepada yang ingkar
Soalan Subjektif
1.(a) Perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam adalah
selari dengan fitrah manusia.
i. Jelaskan maksud nikah menurut pandangan
Islam. (2 markah)
-Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi
makna nikah, yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan
ii. Terangkan dua konsep
perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam. (4 markah)
-Orang yang berkahwin wajib memikul tanggungjawab terhadap
rumahtangganya
-Lelaki sebagai suami dan juga bapa berkewajipan memberi nafkah kepada
isteri dan anak- anak
iii. Nyatakan dua asas yang
menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan berdasarkan ayat di atas. (2 markah)
-Kasih sayang dan kasihan belas
-Pergaulan yang baik
(b)
Para ulama telah menetapkan hukum perkahwinan itu berbeza-beza mengikut keadaan
individu.
i. Bilakah hukum berkahwin menjadi haram?
(2 markah)
-Bagi orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin
-Atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap isterinya
ii. Jelaskan dua pendapat anda
mengenai rasional ulama menetapkan hukum perkahwinan itu berbeza-beza. (4 markah)
-Mengelak orang yang tidak layak berkahwin daripada menyusahkan
pasangannya
-Mengelak penipuan pihak-pihak yang berniat jahat
iii. Ali mempunyai keinginan untuk
berkahwin, tetapi tidak mampu menyediakan keperluan diri dan keluarga.
Cadangkan dua tindakan yang patut
beliau lakukan. (4 markah)
-Berpuasa sunat
-Mengelak diri dari membaca atau menonton sesuatu yang boleh menaikkan
nafsu seks
2.(a) (i) Ilmu pra perkahwinan amat
penting terutama kepada bakal pengantin.
Jelaskan dua persediaan yang patut
dilakukan oleh setiap bakal pengantin sebelum memasuki alam perkahwinan. (4 markah)
-Mendalami ilmu berkaitan rumahtangga
-Mendidik diri agar berakhlak mulia
ii. Perkahwinan yang disyariatkan
mempunyai pelbagai hikmat.
Terangkan dua kebaikan perkahwinan
dari sudut membendung gejala maksiat dan sosial. (4 markah)
-Merupakan jalan halal menyalurkan nafsu seksual
-Dapat menghubungkan ikatan tali persaudaraan
-Melahirkan generasi yang berakhlak mulia hasil ikatan nikah yang sah dan
berkat
(b) Setiap pasangan yang hendak
berkahwin wajib mengikut prosedur perundangan yang ditetapkan mengikut negeri
masing-masing.
i. Terangkan dua faktor yang
mendorong sesetengah pasangan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa. (4 markah)
-Perkahwinan tidak mendapat restu ibu bapa
-Ingin mengambil jalan mudah tanpa melalui pelbagai prosedur
ii. Apakah kesan terhadap perkahwinan yang
tidak mengikut Undang-undang Keluarga Islam? (2 markah)
-Perkahwinan tidak diiktiraf oleh undang-undang negara
iii. Terangkan dua peranan ibu bapa
dalam memastikan setiap perkahwinan anak-anak mereka menepati Undang-undang
Keluarga Islam. (4 markah)
-Mendidik anak-anak agar mengetahui tentang hukum berkaitan perkahwinan
-Tidak menentukan pasangan anak-anak membuta tuli tanpa bertanya
pendapat mereka terlebih dahulu
Soalan Objektif
1. Pilih pernyataan yang benar
tentang perkahwinan dalam Islam.
I Menghalalkan
lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan
II Hukumnya
wajib kerana diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
III Akad
menggunakan lafaz nikah sahaja
IV Akad wajib
mempunyai dua orang saksi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Situasi
Mampukah dari segi zahir dan batin
Takut terlibat denan zina
Sihat tubuh badan
2. Hukum berkahwin bagi individu yang
mempunyai situasi di atas ialah A makruh
B sunat
C haram
D wajib
Keadaan Harus Berkahwin
-X: _____
-Tiada perkara yang mengharamkannya berkahwin
3. X dalam rajah di atas merujuk kepada
A sihat tubuh
badan
B tiada tuntutan
mendesak untuk berkahwin
C tidak dapat
mengawal nafsu
D tidak mampu
menunaikan nafkah zahir dan batin
4. Apakah kesan terhadap masyarakat
apabila terdapat pihak yang tidak mengikut Undang- undang Keluarga Islam semasa
proses perkahwinannya?
A Menjadi mundur
B Tidak
dihormati oleh agama lain
C Menjadi
kucar-kacir
D Tiada
kerjasama dan persefahaman
5. Manakah berikut bukan hikmat
disyariatkan perkahwinan dalam Islam?
A Mengatasi
masalah kemiskinan
B Memupuk kasih
sayang
C Mengeratkan
silaturahim
D Mendapat
ganjaran pahala
Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang
betul.
1. Allah S.W.T. mensyariatkan _____ kepada
manusia adalah selaras dengan
kehendak fitrah mereka yang memerlukan
pasangan dan teman hidup. – perkahwinan/nikah
2. Hukum berkahwin bagi mereka yang tidak
mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri ialah _____ -
makruh
3. Perkahwinan dapat menjauhkan diri
daripada maksiat terutamanya jenayah _____ yang boleh menyebabkan pelbagai
penyakit. - zina
4. Semua pihak terutama ibu bapa dan
masyarakat bertanggungjawab memastikan setiap perkahwinan itu sah mengikut
hukum syarak dan mengikut peruntukan ______ - Undang-undang
keluarga Islam
5. Perkahwinan dapat menjadikan _____antara
pihak lelaki dan perempuan serta merapatkan hubungan antara masyarakat.
-silatulrahim
Solan Ramalan SPM
1. Allah memberi jaminan bahawa orang yang mendirikan
rumah tangga akan ______
I dimurahkan rezeki
II mendapat kemiskinan
III dijauhi daripada maksiat
IV dijauhi daripada syurga
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Glosari Penting
Fitrah - Sifat manusia jadi dalam diri manusia
Silaturahim – Hubungan persaudaraan
Bab 13 – Khafiat Perkhawinan Dalam Islam
Beri tumpuan kepada
Ciri bakal suami, bakal isteri, dan
kepentingan rukun-rukun nikah.
Ringkasan
Pelajaran
Pemilihan Calon Suami dan Isteri
1. Ciri-ciri Bakal Suami dan Isteri
2. Golongan Wanita Yang Haram Dikahwini
1.Ciri-ciri Bakal Suami dan
Isteri
Harta atau kekayaan
Keturunan
Kecantikan rupa paras
Pegangan agama
2. Golongan Wanita Yang Haram
Dikahwini
a. Selama-lamanya
b. Sementara Waktu
a.Selama-lamanya
Keturunan
Ibu, nenek dan ke atas
Anak, cucu, dan ke bawah
Adik-beradik
Penyusuan
Ibu susuan
Anak susuan
Adik-beradik susuan
Persemendaan
Ibu tiri
Menantu perempuan
Ibu mertua
b.Sementara Waktu
Wanita yang bukan Islam
Wanita yang masih bersuami
Wanita yang masih dalam idah
Wanita yang dicerai dengan talak tiga
Wanita yang hamil kerana berzina
Peminangan dan
Batas-batas Pergaulan
Meminang
Wanita yang Sah Dipinang
Batas Pergaulan dalam Pertunangan
Meminang
Maksud- Lamaran seorang lelaki kepada seorang
perempuan untuk dijadikan isteri
Wanita Yang Sah Dipinang
Bukan isteri orang
Bukan tunangan orang
Bukan mahram dengan bakal suami
Tidak dalam ihram haji atau umrah
Batas Pergaulan dalam Pertunangan
Masih dianggap ajnabi
Haram bergaul bebas dan keluar berdua-duaan
tanpa ditemani mahram
Rukun
Nikah
1. Bakal Suami
2. Bakal Isteri
3. Wali
4. Dua Orang aksi
5. Sighah (Ijab dan Kabul)
Bakal
Suami
Syarat
Islam
Lelaki dan bukan khunsa
Tidak beristeri empat pada satu masa
Bukan mahram dengan bakal isteri
Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
Bakal
Isteri
Syarat
Islam atau ahli kitab
Benar-benar wanita
Bukan isteri orang
Tidak dalam idah raj’ie
Bukan mahram dengan bakal suami
Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
Wali
Jenis Wali
Wali Nasab
-Wali Mujbir: Bapa dan datuk yang berhak mengahwinkan gadis tanpa persetujuan si gadis
-Wali Bukan Mujbir: Selain bapa dan datuk seperti adik-beradik lelaki seibu sebapa atau
sebapa
Wali Haki
Dilantikoleh sultan atau pemerintah yang
terdiri daripada kadi dan hakim Mahkamah Syariah
Kepentingan Wali
Untuk menentukan sesuatu perkahwinan itu
sah di j mana pernikahan menjadi I tidak sah tanpa kehadiran I wali
Dua
Orang Saksi
Syarat
Islam
Lelaki
Adil
Mempunyai pancaindera yang sempurna Baligh
Memahami lafaz ijab dan kabul
Kepentingan Saksi
Menjamin sesuatu perkahwinan itu sah
Untuk memuliakan dan memberkati
perkahwinan
Dapat memberi keterangan jika berlaku
apa-apa pertikaian antara suami isteri
Untuk mengelakkan daripada berlakunya
fitnah kepada pasangan di kemudian hari
Sighah
(Ijab dan Kabul)
Maksud
Ijab: Lafaz yang diucapkan oleh wali atau jurunikah
Kabul: Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal
suami
Syarat Ijab
Berlaku dalam satu majlis
Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
Tidak menggunakan bahasa sindiran
Lafaz jelas dan difahami oleh wali
Syarat Kabul
Lafaz kabul mesti diucapkan selepas ijab
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
Disebut nama bakal isteri
Tidak berlafaz taklik
Mahar dan Walimatulurus
Mahar
Maksud - Pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada berbentuk wang
atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah
Jenis Mahar
Mahar Musamma - Mahar yang ditetapkan
kadarnya mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak
Mahar Misil - Mahar yang ditentukan
kadarnya mengikut kadar mahar saudara perempuan yang telah berkahwin
Hikmat Mahar
Lambang kasih sayang dan keikhlasan suami
Memberi kegembiraan kepada isteri untuk hidup
bersama suami
Memuliakan dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita
Walimatulurus
Maksud - Kenduri yang diadakan bagi
meraikan pasangan yang baru dan selamat melangsungkan perkahwinan
Adab Walimatulurus
Jamuan diadakan secara sederhana dan tidak
membazir
Jauhi unsur maksiat dan khurafat seperti
menepung tawar
Hikmat Walimatulurus
Melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T.
Sebagai medium hebahan mengenai
perkahwinan yang berlangsung
Menuruti ajaran Islam dan sunnah Nabi
s.a.w.
Soalan Subjektif
1.(a) Rasulullah s.a.w. telah menggariskan beberapa ciri utama sebagai
panduan memilih bakal calon suami dan isteri.
i. Nyatakan empat ciri tersebut. (4 markah)
-Berilmu
-Bertanggungjawab
-Bertimbang rasa
-Beriman
ii. Mengapakah Islam mengutamakan
pemilihan pasangan hidup yang berasaskan agama dan takwa? (2 markah)
-Supaya perkahwinan beroleh kebahagiaan sepanjang hayat
iii. Terangkan dua akibat mengabaikan saranan
Rasulullah s.a.w. dalam memilih pasangan hidup. (4 markah)
-Perkahwinan tidak kekal lama
-Tidak dapat mengecapi kebahagiaan dan kenikmatan berumah tangga
(b) (i) Jelaskan perbezaan maksud antara wali nasab dengan wali hakim. (2 markah)
-Wali nasab: Wali yang mempunyai hubungan kekeluargaan (darah)
-Wali hakim: Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk
mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali nasab
ii. Jelaskan dua sebab kuasa wali nasab akan
berpindah kepada wali hakim. (4 markah)
-Tidak ada wali nasab mengikut susunan
-Wali aqrab tidak dapat dikesan
-Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah
-Wali aqrab berada dalam penjara
iii. Nyatakan dua syarat saksi nikah. (2 markah)
-Islam
-Baligh
iv. Nyatakan satu contoh sighah nikah. (2 markah)
-Contoh lafaz ijab: “Aku nikahkan engkau dengan anakku Fatimah binti
Abdullah dengan mas kahwin RM3 000 tunai”
2.(a)
Suami wajib membayar mahar kepada isteri semasa perkahwinan.
(i) Apakah maksud mahar? (2 markah)
-Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam
bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah
ii. Nyatakan syarat benda atau barang yang sah untuk dijadikan mahar. (2 markah)
-Semua barang atau manfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah
seperti wang, emas, dan seumpamanya
iii. Suami membayar mahar kepada isteri
sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumah tangga.
Jelaskan dua hikmat lain diwajibkan mahar.
(4 markah)
-Melahirkan keikhlasan suami atas perkongsian hidup
-Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumah tangga
-Sebagai persiapan pertama suami untuk memikul tanggungjawab memberi
nafkah kepada isteri
(b)
Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan untuk meraikan pasangan yang baru berkahwin.
i. Jelaskan dua adab mengadakan walimatulurus
seperti yang dianjurkan oleh Islam. (4 markah)
-Diadakan secara sederhana
-Tidak secara berlebihan sehingga membawa pembaziran
ii. Terangkan dua hikmat digalakkan mengadakan
walimatulurus selain kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.. (4 markah)
-Melahirkan kesyukuran kepada Allah
-Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin
-Mengikut ajaran agama/Sunnah Rasulullah
Soalan Objektif
Golongan
Wanita yang Haram Dikahwini untuk Sementara
-Wanita
yang bersuami
-P:______
-Wanita
yang diceraikan dengan talak tiga
1. P dalam carta
di atas ialah
A ibu tiri
B ibu mertua
C anak saudara
D wanita masih dalam idah
2. Amalan pihak lelaki memberikan hadiah kepada pihak perempuan sebagai
tanda mengisytiharkan pertunangan tidak bertentangan dengan syarak, tetapi
dengan syarat
I dipersetujui oleh kedua belah pihak
II berupa benda yang berharga
III tidak berlaku pembaziran
IV tidak ada unsur maksiat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3. Menurut Imam Syafie, melihat bakal tunangan masing-masing secara
berulang kali hukumnya
A harus
B sunat
C haram
D makruh
4. Antara berikut, yang manakah bukan
kepentingan dua orang saksi dalam akad perkahwinan?
A Mengelak berlaku fitnah
B Memuliakan perkahwinan
C Menjamin sesuatu perkahwinan itu sah
D Bertindak sebagai jurunikah kepada
pasangan
Unsur khurafat yang Wajib Dijauhi semasa Mengadakan Walimatulurus
-Percampuran bukan mahram tanpa batas
-Q: ______
5. Q merujuk kepada
A upacara bermain kompang
B mengadakan pertunjukan silat
C mengadakan upacara tepung tawar
D upacara ucapan selamat kepada pengantin
Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang
betul.
1. ______ ialah lamaran daripada seorang
lelaki kepada perempuan untuk
dijadikan isterinya. - Meminang
Soalan 2 adalah berdasarkan rajah berikut:
Perempuan yang Haram Dikahwini untuk
Selama-lamanya
Keturunan
2. ______ - Susuan
Persemendaan
Soalan 3 adalah berdasarkan rajah berikut:
Rukun Nikah
1. Bakal suami
2. Bakal isteri
3. ______ - Wali
4. Dua orang saksi
5. Sighah
4. Semasa dalam tempoh pertunangan,
perhubungan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan masih lagi dianggap
sebagai ______ - ajnabi
5. Hukum mengadakan walimatulurus ialah
_____ -sunat muakat
Soalan Ramalan
SPM
Soalan 1 adalah berdasarkan rajah berikut.
Jenis-jenis Mahar
1. _____ -Mahar musamma
2. Mahar Misil
Glossari
penting
Tepung tawar - Tepung beras yang dicampur dengan air dan daun
setawar kemudian direnjis untuk menjampi dan Iain-lain
Eksplorasi
Dewasa ini sudah menjadi satu trend di
kalangan umat Islam meletakkan mahar dan hantaran berdasarkan sebab-sebab
tertentu sehingga jumlahnya mencapai ribuan ringgit.
Bincangkan dalam kumpulan tentang
pandangan Islam terhadap perkara tersebut dan sejauh manakah ia menepati konsep
perkahwinan dalam Islam.
Bab 14 – Tanggung Jawab Suami Isteri
Beri tumpuan kepada
Tanggungjawab suami isteri dalam menguruskan rumah
tangga serta akibat pengabaiannya.
Ringkasan Pelajaran
Tanggungjawab Suami dan Isteri
1. Tanggungjawab Suami
2. Tanggungjawab Isteri
3. Kesan Pengabaian Tanggungjawab
4. Tangungjawab Bersama
5. Persiapan Ke Arah Keluarga Bahagia
1. Tanggungjawab Suami
Memberi nafkah zahir dan batin
Memberi didikan agama secukupnya kepada
isteri
Memberi layanan yang baik, lemah lembut,
dan penyayang kepada isteri
2. Tanggungjawab Isteri
Mentaati suami
Menjaga maruah dan kehormatan diri
Menjaga harta suami
Memberi layanan yang baik dan mesra kepada
suami
Menetap di rumah suami
3. Kesan Pengabaian Tanggungjawab
Kerukunan rumah tangga akan tergugat
Membawa kepada perceraian rumah tangga
Anak-anak akan terbiar tanpa penjagaan dan
didikan yang sempurna
Tiada persefahaman antara suami dengan
isteri
Pertengkaran antara suami dengan isteri
mudah tercetus walaupun disebabkan oleh perkara yang kecil
Kepercayaan dan keyakinan isteri kepada
suami sebagai ketua keluarga akan hilang
4. Tanggungjawab Bersama
Memelihara dan mendidik anak berlandaskan
Islam Menghubungkan silaturahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak
Memenuhi keperluan masing-masing mengikut
kehendak syarak Saling menghormati dan menjaga keaiban masing-masing
Saling menasihati dan tegur-menegur kepada
kebaikan
5. Persiapan ke Arah Keluarga Bahagia
Mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama
khususnya ilmu berkaitan dengan kekeluargaan
Mempunyai perancangan awal dalam kewangan
keluarga agar tidak menjadi bebanan apabila berkahwin
Berusaha menghiasi diri dengan sifat
mahmudah seperti sabar, saling menghormati, dan lemah lembut
Soalan Subjektif
1. (a)
Suami bertanggungjawab memberi asuhan dan didikan yang secukupnya kepada
isteri.
i. Terangkan dua aspek pendidikan
yang menjadi tanggungjawab suami terhadap isteri. (4 markah)
-Pendidikan ilmu fardu ain
-Pendidikan berkaitan urusan kehidupan kekeluargaan dan kemasyarakatan
ii. Jelaskan dua kebaikan terhadap
isteri dan rumah tangga apabila suami menyempurnakan tanggungjawab berkenaan.
(4 markah)
-Rumah tangga akan damai dan bahagia
-Isteri mengecapi ketenteraman jiwa
iii. Kelalaian suami menunaikan
tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga merupakan antara faktor yang membawa
kepada keruntuhan rumah tangga masa kini.
Nyatakan dua faktor yang lain. (2 markah)
-Suami dan isteri tidak menunaikan perintah Allah
-Sikap ego dan pentingkan diri sendiri antara suami dan isteri
(b) Firman Allah S.W.T.:
Ayat di atas menyatakan bahawa isteri yang
solehah ialah mereka yang taat dan memelihara kehormatan diri.
i. Bagaimanakah isteri menunjukkan
ketaatannya terhadap suami? (2 markah)
-Isteri wajib mentaati suami kecuali dalam perkara-perkara yang
berlawanan dengan syariat
ii. Jelaskan dua cara isteri
menjaga maruah dan kehormatan diri ketika ketiadaan suami. (4 markah)
-Tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah
-Tidak membenarkan orang lain memasuki rumah
-Menjaga akhlak diri dan aurat
iii. Terangkan dua akibat terhadap
isteri yang tidak taat dan tidak memelihara kehormatan diri. (4 markah)
-Haram dan berdosa besar
-Boleh menyebabkan diceraikan suami
2(a) (i) Jelaskan dua tanggungjawab bersama yang
wajib dilaksanakan oleh suami isteri dalam rumah tangga. (4 markah)
-Mendidik dan memelihara anak- anak
-Menghubungkan silaturahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak
-Saling menghormati dan menjaga keaiban
-Saling menasihati dengan lembut dan berhikmah Kerukunan rumah tangga
berkekalan
ii. Terangkan dua kebaikan terhadap
rumah tangga apabila suami isteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing
dengan sempurna. (4 markah)
-Kerukunan rumah tangga berkekalan
-Hidup berumah tangga aman dan bahagia
iii. Apakah kesan buruk apabila suami
isteri mengabaikan tanggungjawab masing-masing? (2 markah)
-Kerukunan rumah tangga tergugat
-Anak-anak menjadi mangsa dan terabai
2(b) Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan sebuah
keluarga yang bahagia.
i. Terangkan dua ciri keluarga
bahagia menurut pandangan Islam. (4 markah)
-Suami, isteri, dan anak taat kepada perintah Allah
-Isteri dan anak mendapat didikan agama secukupnya sejak awal
-Terhasil persefahaman antara suami dengan isteri
-Terikatnya sikap hormat- menghormati
ii. Jelaskan dua persiapan yang
perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk mencapai matlamat keluarga
bahagia. (4 markah)
-Melengkapi ilmu pengetahuan agama khususnya berkaitan kekeluargaan
-Mempunyai perancangan ekonomi yang kukuh
-Mendidik diri berakhlak mulia dan meninggalkan tabiat buruk
Soalan Objektif
1. Mengapakah Islam menetapkan tanggungjawab tertentu ke atas suami dan
isteri dalam rumah tangga?
A Supaya suami dan isteri berasa iri hati
atas tanggungjawab masing-masing
B Untuk mengelak perasaan tidak puas hati
antara suami dengan isteri
C Untuk membentuk sebuah rumah tangga yang
harmoni dan bahagia
D Untuk mendidik suami dan isteri agar
prihatian terhadap rumah tangga yang dibina
Tanggungjawab
isteri:
-Mentaati
suami
-Memelihara
kehormatan diri
-P: _______
2. P adalah mewakili
A memberi nafkah zahir
B menjaga harta suami
C tinggal di rumah isteri
D mengajar ilmu agama kepada suami
-Saling
menasihati dengan lembut
-Saling
menghormati
-Saling
menjaga keaiban
3. Pernyataan di atas merujuk kepada tanggungjawab
A suami
B isteri
C suami isteri
D anak-anak
4. Antara tanggungjawab suami dalam memberi layanan yang baik terhadap
isteri ialah
I bersikap lemah-lembut
II ramah mesra terhadap isteri
III menunaikan keperluan seks isteri
IV mengikut semua kehendak isteri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Zainah
suka menceritakan keaiban suami dan rahsia rumah tangga kepada rakan-rakan
sepejabatnya supaya mereka dapat mengambii iktibar daripadanya
5. Apakah hukum perbuatan tersebut?
A Harus
B Haram
C Makruh
D Sunat
Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang
betul.
Soalan 1 dan Soalan 2 adalah berdasarkan rajah berikut:
Nafkah Zahir yang Menjadi Tangungjawab
1.
________ - Perubatan
2.
________ - Pakaian
3.
Tempat tinggal yang sesuai
4.
Makan
3. Isteri hendaklah sentiasa menjaga maruah dan
kehormatan dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan _____ -
fitrah
4. Hukum isteri keluar dari rumah tanpa izin suaminya
walaupun untuk menunaikan fardu haji dan umrah ialah - haram
5. Anak-anak yang terdidik dalam institusi keluarga
yang harmoni dan _____ akan melahirkan generasi yang bijak dan cemerlang. - bahagia
Soalan Ramalan SPM
1. Q dalam rajah di atas ialah _____
A memberi layanan yang baik
B memelihara kehormatan diri
C mentaati isteri
D menjaga harta isteri
Glosari Penting
Keaiban: Cacat/cela/noda
Bab 15 – Masalah Rumah Tangga Dan
Penyelesaiannya
Beri tumpuan kepada
Jenis dan cara penyelesaian masalah rumah tangga yang diharuskan oleh
syarak.
Ringkasan
Pelajaran
Talak
Maksud Talak
Bahasa: Cerai atau melepaskan ikatan
Istilah: Merungkai ikatan perkahwinan
melalui lafaz talak, cerai, atau yang mengandungi makna kedua-duanya
Rukun dan Syarat
Suami - Berakal, baligh, dan tidak dipaksa
Isteri - Dari isteri yang sah
Lafaz talak - Membawa maksud perceraian
sama ada sarih atau kinayah
Hukum Talak
Harus - Sebagai langkah terakhir untuk
mengatasi masalah rumah tangga
Jenis Talak
-Aspek Hukum
Talak Sunni: talak
yang sesuai dengan hukum syarak seperti bercerai dengan talak satu
Talak Bidie:
talakyangmenyalahihukum syarak seperti menceraikan isteri dalam haid
-Aspek Kesan
Talak Raj’ie: Talak
yang boleh dirujuk dalam masa idah tanpa akad nikah yang baru iaitu talak I dan
2
Talak Bain: Talak
yang tidak boleh dirujuk kecuali melalui akad nikah baru
Hikmat Talak
Peluang bagi pasangan yang tiada
persefahaman untuk memulakan kehidupan baru
Menginsafkan suami isteri akan kesalahan masing-masing
Peluang pasangan memperbaiki diri
Mengurangkan tekanan perasaan dan jiwa
Menyedarkan pasangan akan kepentingan
menghayati ajaran Islam
Rujuk
Maksud Rujuk
Bahasa: Kembali atau pulang
Istilah: Suami mengambil kembali
isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya
Rukun dan Syarat Rujuk
Suami - Berakal, baligh, dan
dengan kemahuan sendiri
Isteri - Pernah disetubuhi oleh
suami dan dicerai dengan talak 1 atau
Sighah - Guna lafaz rujuk dan
tiada bertaklik
Hikmah Rujuk
Peluang pasangan kembali bersatu setelah
menyedari kesilapan masing-masing 1 Peluang pasangan untuk
memperbaiki kelemahan yang lepas 1 Elak anak terbiar dan hilang kasih
sayang daripada ibu bapa
Memberi ketenangan jiwa dan perasaan
setelah merasai kepahitan bercerai
Idah
1. Maksud Idah
2. Jenis dan Tempoh Idah
3. Hikmat Idah
Idah
1. Maksud Idah
Bahasa: Tempoh
Istilah: Tempoh masa larangan berkahwin
yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami
2. Jenis dan Tempoh Idah
Penceraian
-Hamil – sehingga anak lahir
-Ada haid - selepas 3 bulan
-Tiada haid - 3 bulan
-Tidak disetubuhi – tiada idah
Kematian Suami:
-Hamil – sehingga anak lahir
-4 bulan 10 hari – bagi yang berhaid,
putus haid atau belum disetubuhi
3. Hikmat Idah
-Memastikan bersih daripada bekas suami
-Penghormatan suami yang meninggal
-Peluang isteri membuat persediaan hidup
baru
Fasakh
Maksud Fasakh
Hikmat Fasakh
Sebab Fasakh
Kesan Fasakh
1. Maksud Fasakh
Bahasa: Batal
Istilah: Membatalkan perkahwinan kerana memenuhi
syarat nikah atau kerana berlaku dalam rumah berlaku dalam rumah tanpa ucapan
talak
2. Hikmat Fasakh
Peluang isteri membuat tuntutan pembatalan
terhadap perkahwinannya
Elak sikap zalim suami terhadap isteri
Peluang isteri memilih jalan terbaik
baginya
3. Kesan Fasakh
Suami isteri tidak boleh rujuk dalam
tempoh idah
Rujuk hanya boleh dibuat melalui akad
nikah dan mahar yang baru
4. Sebab Fasakh
Suami tidak mampu zahir dan batin kepada
isteri
Suami berpenyakit yang diubati seperti
Aids
Suami bertindak zalim terhadap isteri -
memukulnya
Suami atau isteri murtad
Khuluk
1. Maksud Khuluk
2. Sebab Isteri Harus Membuat Tuntutan Khuluk
Maksud Khuluk
Bahasa: Mencabut atau
menanggalkan
Istilah: Perceraian antara suami
isteri menggunakan lafaz talak atau khuluk dan kedua-dua lafaz tersebut
dikaitkan dengan bayaran tertentu.
Sebab Isteri Harus Membuat
Tuntutan Khuluk
Suami tidak mahu menceraikan dengan cara
biasa (talak)
Suami tidak menunaikan tanggungjawab
Isteri bertemu dengan lelaki pilihan hati
Nusyuz
Maksud Nusyuz
Bahasa: Derhaka atau ingkar
Istilah: Keengganan isteri
menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah menurut hukum
syarak
Perkara yang Dianggap
Nusyuz
Enggan melayan suami tanpa keuzuran (seks)
Keluar rumah tanpa izin suami dan tanpa
alasan yang munasabah
Bertindak kasar terhadap suami
Ingkar perintah suami bagi perkara yang
tidak bertentangan dengan syarak
Adab Mendidik Isteri yang
Nusyuz
Memberi nasihat dengan penuh hikmah
Berpisah tempat tidur selama tiga hari
Memukul dengan tujuan menginsafkan dan
mendidik
Zihar
Maksud Zihar
Akibat Zihar
Hukum dan Kifarat Zihar
Maksud Zihar
Bahasa: Belakang
Istilah: Suami menyamakan isterinya atau
anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana wanita yang mahram baginya
Akibat Zihar
Suami mendapat kemurkaan Allah S.W.T.
Suami isteri haram melakukan persetubuhan
sehingga bayaran kifarat diselesaikan
Menjatuhkan maruah isteri
Hukum dan Kifarat Zihar
Hukumnya haram dan berdosa besar
Suami haram bersetubuh dengan isteri
kecuali setelah membayar kifarat mengikut tertib seperti berikut:
-Memerdekakan seorang hamba
-Berpuasa selama dua bulan berturut-turut
-Memberi makan 60 orang miskin dengan
kadar secupak bagi setiap orang
Li'an
Maksud
Sebab Berlaku Li’an
Hikmah Li’an
Implikasi Sumpah Li’an
Maksud Li’an
Bahasa: Laknat atau kutukan
Istilah:
-Sumpah suami yang disertakan laknat dari
Allah S.W.T. untuk menolak hukum qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri
atau untuk menafikan nasab isteri
-Sumpah isteri yang disertakan kemurkaan
Allah S.W.T. untuk menolak tuduhan zina yang dibuat oleh suami
Sebab Berlaku Li’an
-Suami menuduh isterinya berzina, tetapi
tidak dapat mengemukakan empat orang saksi yang boleh menyokong kebenaran
tuduhannya
-Suami tidak mengakui anak yang dikandung
oleh isterinya
Hikmah Li’an
Suami dapat membuat penyelesaian yang adil
dan diredai oleh Allah S.W.T.
Suami dapat pertahan kesucian nasabnya
dari dicemari oleh isteri yang melakukan zina Sebagai perlindungan kepada
isteri daripada tuduhan si suami Isteri dapat menjaga maruahnya dari tercemar
dengan bersumpah li’an
Implikasi Sumpah Li’an
Suami isteri akan terpisah selama- lamanya
sebagai Talak Ba’in
Haram selama-lamanya berkahwin semula
Allah S.W.T. akan melaknat ke atas suami
dan isteri jika mereka berdusta
Suami akan dilepaskan hukuman qazaf dan
isteri terlepas daripada dikenakan had zina
Anak yang dinafikan dalam sumpah akan
ternafi nasab kepada suami
Soalan Objektif
-Menceraikan
isteri ketika dalam haid
-Menceraikan
isteri terus dengan taiak tiga
1. Pernyataan di atas merujuk kepada jenis talak _____
A sunni
B bid'ie
C raj'ie
D bain
Kata
suami kepada isterinya:
"jika
engkau keluar dari rumah tertalak dengan satu talak"
2. Lafaz di atas merujuk kepada talak secara _____
A taklik
B khuluk
C sunni
D bid'ie
Mengelak
sifat ego suami
Mengelak
isteri derhaka kepada suami
Cara
sah bagi isteri melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan
3. Pernyataan di atas merujuk kepada _____
A zihar
B talak
C lian
D khuluk
Norma
suka bercakap kasar dengan suami dan serta selalu membenarkan lelaki yang tidak
disukai suaminya memasuki rumah semasa ketiadaan suami
4. Perbuatan beliau di atas merujuk kepada
A zihar
B lian
C nusyuz
D khuluk
Kata
Samad kepada isterinya:
“Aku
ceraikan engkau dengan bayaran RM2 000"
5. Lafaz di atas merujuk kepada ____
A khuluk
B zihar
C taklik
D lian
Kata
Rizal kepada isterinya:
"Engkau
bagiku seperti belakang ibuku"
6. Ungkapan di atas merujuk kepada _____
A khuluk
B zihar
C taklik
D talak
Suami
berkata kepada isterinya
I "Abang rujuk awak"
II "Abang pegang awak kembali"
III "Baliklah ke rumah kita semula"
IV "Abang sedia rujuk dengan awak jika
sudi"
7. Berdasarkan ungkapan di atas, manakah menunjukkan lafaz rujuk secara
sindiran (kinayah)?
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
"Apabila
seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, dia enggan, lalu suaminya
tidur dalam keadaan marah, para malaikat akan melaknatnya hingga subuh".
8. Hadis di atas menjadi dalil bagi _____
A nikah
B zihar
C fasakh
D nusyuz
9. Manakah antara berikut hikmat fasakh kepada isteri?
Peluang isteri memperbaiki kesilapan yang
Peluang isteri membuat tuntutan pembatalan
perkahwinan
Mengelak kemudaratan kepada isteri jika
perkahwinan diteruskan
Peluang isteri memilih suami mengikut
kehendak hati
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
10. Antara implikasi sumpah lian kepada suami dan isteri ialah _____
I suami isteri bercerai secara talak
raj'ie
II suami isteri berpisah hanya sementara waktu
sehingga suami membayar kifarah
III perkahwinan suami isteri terbatal
IV suami dile paskan daripada hukuman
qazaf
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Soalan Subjektif
1(a) Sabda Rasulullah s.a.w.:
Berdasarkan maksud hadis di atas,
i. Bilakah suami wajib menceraikan
isterinya? (2 markah)
-Apabila suami tidak dapat melaksanakan kewajipan seperti memberi nafkah
ii. Jelaskan dua keburukan talak
terhadap isteri. (4 markah)
-Memberikan tekanan perasaan jika suami menceraikannya tanpa sebab
-Isteri wajib menjalani tempoh idah terlebih dahulu sebelum boleh
berkahwin dengan lelaki lain
iii. Terangkan dua pengajaran yang
boleh diteladani daripada hadis di atas. (4 markah)
-Talak diharuskan syarak sebagai jalan penyelesaian terakhir bagi
mengatasi masalah rumah tangga
-Syarak menganggap talak sebagai perkara yang dibenci oleh Allah
(b) (i) Harus bagi isteri menuntut
fasakh untuk menjaga kemaslahatan kedua-dua belah pihak.
Apakah maksud "menuntut fasakh"?
(2 markah)
-Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang dipenuhi
semasa akad
ii. Senaraikan empat sebab
membolehkan isteri menuntut fasakh. (4 markah)
-Suami tidak memberi nafkah
-Suami berpenyakit
-Suami hilang
-Suami murtad
iii. Bagaimanakah cara yang dianjurkan
oleh Islam bagi suami yang ingin mengambil semula isterinya yang terpisah
secara fasakh? (2 markah)
-Hendaklah berkahwin semula melalui akad nikah yang baru
iv. Terangkan dua hikmat diharuskan
fasakh. (2 markah)
-Elak kemudaratan ditanggung isteri jika perkahwinan diteruskan
-Peringatan agar suami bertanggungjawab dalam rumah tangga
2(a) Nusyuz adalah perbuatan yang diharamkan dalam syarak.
i. Nyatakan maksud nusyuz. (2 markah)
-Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang
munasabah mengikut hukum syarak
ii. Senaraikan empat perkara yang
boleh membawa kepada nusyuz. (4 markah)
-Isteri
melakukan kekasaran kepada suami sama ada dengan perkataan dan perbuatan
-Isteri melakukan kecurangan terhadap suami
-Keluar rumah tanpa izin suami
-Ingkar perintah suami
iii. Nyatakan dua adab yang patut
dilakukan oleh suami terhadap isteri yang nusyuz. (2 markah)
-Beri nasihat dengan hikmah
-Memisahkan tempat tidur
iv. Jelaskan dua kesan buruk nusyuz
terhadap isteri. (4 markah)
-Akan hilang hak nafkah daripada suami
-Akan hilang giliran bermalam jika bermadu
(b)
Perbuatan zihar adalah haram dan berdosa besar.
i. Terangkan maksud zihar. (2 markah)
-Suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau
mana-mana perempuan mahramnya
ii. Mengapakah zihar ditegah dalam Islam?
(2 markah)
-Kerana mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah
iii. Jelaskan dua akibat daripada
perbuatan zihar terhadap suami dan isteri. (4 markah)
-Suami berdosa besar dan mendapat kemurkaan Allah
-Suami isteri haram melakukan persetubuhan
-Boleh menjatuhkan maruah suami
-Suami wajib membayar kifarat zihar
iv. Cadangkan dua langkah mengelak
daripada berlaku zihar oleh suami. (4 markah)
-Memahami konsep zihar yang sebenar
-Berusaha menahan kemarahan agar tidak cepat ungkapkan kata-kata zihar
Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang
betul.
1. Omar telah menceraikan isterinya yang
baru dikahwini selama dua bulan tanpa sebab munasabah.
Hukum talak tersebut ialah ______ - makruh
Menceraikan isteri dengan
talak satu dan dua
Menceraikan isteri ketika
suci dari haid
2. Pernyataan di atas merujuk kepada talak
______ - sunni
3. _______ ialah talak yang disandarkan
kepada suatu syarat. – Talak taklik
Soalan 4 adalah berdasarkan rajah berikut:
Bahagian Talak Bain
-4. ______ - bain kubra
-Bahagian sughra
5. Ahmad telah menceraikan isterinya
ketika sedang dalam keadaan haid. Jenis talak tersebut ialah ______ - Bid’ie
6. Hukum suami merujuk isteri yang masih
berada dalam tempoh idah raj'ie tanpa persetujuan bekas isteri ialah _____ - sah
rujuk
Kata suami: "Aku rujuk engkau selama
tiga bulan sahaja".
7. Hukum rujuk bagi ungkapan di atas ialah
______ - tidak sah
8. Nora telah kematian suaminya dan belum
disetubuhi. Tempoh idahnya ialah ______ - tidak sah
9. Isteri yang berada dalam tempoh idah
talak bain berhak mendapat ______ - tiada idah
10. ______ialah sumpah yang berlaku antara
suami dan isteri yang disertakan
dengan laknat daripada Allah S.W.T.
disebabkan suami gagal membuktikan tuduhan kecurangan isterinya. - Lian
Soalan Ramalan SPM
Soalan 1 dan Soalan 2 adalah berdasarkan
rajah berikut:
Rukun Talak
1. _____ - suami
2. _____ - isteri
3. Lafaz talak
Bab 21 – Perkembangan Pendidikan Pada
Zaman Kerajaan Abbasiyah
Beri tumpuan kepada
Faktor perkembangan ilmu dan bidang ilmu
yang diterokai pada zaman kerajaan Abbasiyah.
RINGKASAN PELAJARAN
Perkembangan Pendidikan pada Zaman
Kerajaan Abbasiyah
-Faktor Perkembangan llmu
-Institusi Pendidikan yang Wujud
-Ilmu yang Diterokai
-Penemuan Baru yang Diperoleh
Faktor Perkembangan llmu
-Usaha dan galakan khalifah sendiri
-Giatnya aktiviti penterjemahan dalam
pelbagai bidang ilmu
-Kestabilan politik dan kukuhnya kewangan
kerajaan Abbasiyah
-Dasar kerajaan yang memberi keutamaan
kepada ilmu pengetahuan
-Kewujudan prasarana pendidikan untuk
rakyat menimba ilmu
-Pemberian pelbagai insentif oleh kerajaan
kepada para ilmuan dan sarjana
Perpustakaan
Institusi Pendidikan yang Wujud
a. Istana
- Berfungsi sebagai pusat penyelidikan ilmiah seperti Baitul Hikmah di Baghdad
b. Masjid
– Berfungsi sebagai tempat beribadat dan pusat penyebaran ilmu
c. Perpustakaan – Berfungsi sebagai pusat penyelidikan ilmiah seperti
Baitul Hikmah di Baghdad
d. Pusat Pengajian - Didirikan oleh khalifah, menteri, dan orang kaya di
atas tanah milik kerajaan, wakaf, atau persendirian seperti al-Madrasah al-Nizamiyyah
Ilmu yang Diterokai
a. Ilmu Berteraskan Akal (Ilmu Nakliah)
-Tafsir Al-Quran – Ibnu Jarir al-Tabari
b. Hadis – Al-Bukhari r.h. melalui
kitabnya Sahih Bukhari
c. Fekah – Imam Syafie r.h. yang
mengasaskan Mazhab Syafie
d. Tauhid – Imam al-Ghazali r.h.
Ilmu Berteraskan Akal (Ilmu Nakliah)
-Matematik - Muhammad bin Musa al-
Khawarizmi
-Falak - al-Battani
-Kimia -Jabir bin Hayyan
-Fizik - al-Hassan bin al-Haitham
-Geografi - al- Syarif al-ldrisi
-Perubatan - Ibnu Sina
Penemuan Baru Yang Diperoleh
Matematik
-Memperkenalkan sistem angka dalam abjad
Arab
-Memperkenalkan bilangan sifar (0) dalam
sistem angka
Falak
-Mengukur jarak antara bumi dengan
matahari
-Mencipta alat pengukur sudut Astrolabe
Kimia
-Penemuan asid galian seperti asid nitrik
-Teori penghasilan lcohol
Fizik
-Mencipta teori pergerakan jirim dan daya
graviti
-Mencipta cermin mata
Geografi
-Membuat ukuran tepat keluasan permukaan
bumi
-Menghasilkan
peta dunia pertama berbentuk glob
Soalan Subjektif
1. (a) i. Terangkan dua langkah yang telah diambil oleh kerajaan Abbasiyah bagi memajukan lagi
bidang pendidikan. (4 markah)
Menggalakkan aktiviti - penterjemahan pelbagai bidang ilmu
Dasar kerajaan Abbasiyah yang memberi keutamaan kepada bidang pendidikan
Mewujudkan pelbagai prasarana pendidikan yang mencukupi
ii. Jelaskan dua bukti bidang pendidikan berkembang pesat pada zaman kerajaan Abbasiyah.
(4 markah)
Terbinanya banyak perpustakaan yang besar
Giatnya aktiviti penterjemahan pelbagai disiplin ilmu
(b) Perpustakaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu
pengetahuan dan penyelidikan ilmiah pada zaman Abbasiyah.
i. Nyatakan dua nama perpustakaan yang ditubuhkan pada zaman kerajaan Abbasiyah selain
Baitul Hikmah. (2 markah)
Perpustakaan Iskandariah di Mesir
Perpustakaan Darul Hikmah di Kaherah
ii. Jelaskan dua peranan perpustakaan pada zaman Abbasiyah. (4 markah)
Tempat sarjana mengkaji dan merujuk pelbagai disiplin ilmu
Tempat pelajar mentelaah ilmu
iii. Terangkan dua kegiatan Baitul Hikmah dalam bidang pendidikan. (4 markah)
Pusat pertemuan para sarjana
Pusat penterjemahan
2.(a) i. Ilmu falak adalah bidang ilmu yang maju pada zaman
Abbasiyah.
Nyatakan dua penemuan baru yang telah dicapai oleh sarjana Islam ketika itu.
(4 markah)
Mengukur jarak antara bumi dengan matahari
Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang
Menjelaskan sistem geologi bumi
Mencipta alat pengukur sudut, iaitu astrolabe
ii. Al-Hasan bin Al-Haitham merupakan ahli
fizik yang disegani pada zaman kerajaan Abbasiyah.
Nyatakan dua pencapaian beliau yang menakjubkan. (2 markah)
Menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahaya pada retina
Menghasilkan lebih 200 karya dalam bidang fizik
iii. Jelaskan dua usaha yang dilakukan oleh kerajaan Abbasiyah bagi menggiatkan lagi
perkembangan ilmu perubatan pada ketika itu. (4 markah)
Membina dua buah hospital di Baghdad
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pernah meminta nasihat daripada
pakar-pakar perubatan di Baghdad dan India
(b) i. Jelaskan dua
faktor yang menyebabkan perkembangan ilmu
naklin dan akli0 seimbang pada zaman kerajaan Abbasiyah.
(4 markah)
Dasar kerajaan Abbasiyah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan
Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
ii. Terangkan dua kesan hasil perkembangan pesat kesepaduan ilmu nakli dan akli pada zaman
Abbasiyah kepada tamadun dunia khususnya di Eropah. (4 markah)
Melahirkan umat Islam yang kuat mental dan fizikal Ilmu dan teknologi
yang dikuasai oleh umat Islam telah dipindahkan ke Eropah
Tercetusnya zaman pembaharuan atau renaissance di Eropah
Soalan Objektif
1. Mengapakah perkembangan pendidikan pada zaman
Abbasiyah lebih pesat berbanding pada zaman Umaiyah?
A Kerajaan Abbasiyah lebih menumpukan kepada usaha
penyebaran Islam
B Kerajaan Abbasiyah lebih mengutamakan pembukaan
wilayah baru
C Kerajaan Umaiyah sentiasa dilanda masalah
pemberontakan
D Khalifah Umaiyah tidak minat kepada ilmu pengetahuan
2. Siapakah khalifah Abbasiyah yang menyediakan
sudut-sudut dan tempat tertentu diistananya untuk para sarjana Islam
menyampaikan ilmu?
A Harun Al-Rasyid
B Al-Muktadidubillah
C Al-Makmum
D jaafar Al-Mansur
Fungsi Istana Khalifah pada Zaman
Abbasiyah
X - _____
Pusat penyampaian ilmu
3. X dalam rajah di atas ialah _____
A pusat penterjemahan
B tempat ulama bermuzakarah
C pusat penyelidikan ilmiah
D pusat latihan para ilmuan
4. Kota yang menjadi pusat pada zaman kerajaan
Abbasiyah ialah _____
A Andalus
B Basrah
C Baghdad
D Kufah
5. Manakah yang berikut adalah ilmu fizik yang berjaya
dihasilkan pada Abbasiyah?
I Mengukur jarak antara bumi dan matahari
II Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya
III Mencipta cermin mata
IV Mencipta astrolabe
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Masjid pada zaman kerajaan Abbasiyah merupakan
tempat ibadat serta pusat penyebaran ilmu di mana pada ketika itu masjid
dipenuhi dengan _____ sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. –
halaqah ilmu
2.Bidang Ilmu yang Diterokai Pada Zaman Abbasiyah
-2. _______ -
ilmu berteraskan akal
-Ilmu berteraskan wahyu
3. Ilmu dan teknologi yang dikuasai oleh umat Islam
pada zaman Abbasiyah telah dipindahkan ke Eropah hingga berkembang pada zaman _____ - pembaharuan/Renaissance
Soalan 4 dan Soalan 5 berdasarkan jadual di bawah.
Nyatakan bidang kepakaran tokoh-tokoh berikut
pada zaman Abbasiyah.
Bil – Tokoh – Bidang ilmu
4. - Ibnu Sina - ______ - perubatan
5. - Al-khawarizmi - _____ - matematik
Soalan Ramalan SPM
Soalan 1 dan Soalan 2 adalah berdasarkan rajah berikut:
Institusi Pendidikan pada Zaman Abbasiyah
1. ______ - Masjid
2. ______ - Pusat
Pengajian
-Istana Khalifah
-Perpustakaan
Glosari Penting
Nakli: Berasaskan wahyu/syariat
Akli: Akal fikiran
Nilai Islam
Murid-murid perlu mempelajari ilmu fardu
kifayah bersandarkan kepada ilmu fardu ain supaya ilmu yang dimiliki diredai
Allah S.W.T. dalam memperoleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
Bab 22 – Perkembangan Sains dan Teknologi Pada
Zaman Kerajaan Abbasiyah
Beri tumpuan kepada
Faktor perkembangan pesat sains dan
teknologi zaman Abbasiyah dan kesan penemuannya.
RINGKASAN PELAJARAN
Sejarah Penguasaan Sains dan Teknologi
-Penguasaan Andalus dan Sicily di Itali
oleh umat Islam telah menjadi tumpuan para pencinta ilmu terutamanya dari
Eropah
-Hasilnya umat Islam berjaya menguasai
ilmu Sains dan Teknologi daripada orang Rom, Parsi, dan Yunani 1
Mereka mendominasikan bidang mereka cipta peralatan berasaskan Sains dan
Teknologi, menghasilkan penemuan baru, dan membetulkan sebahagian kesalahan
fakta sains terdahulu
Faktor Perkembangan Sains dan Teknologi
Giat dan
Terancangnya Aktiviti Penterjemahan
Berlaku pada zaman khalifah al- Makmun di
mana Baitul Hikmah adalah pusat penterjemahan negara dan aktiviti ilmiah
Galakan Khalifah
Mengadakan seminar perubatan pada setiap
musim haji
Menyediakan peruntukan besar dalam penyelidikan
sains dan teknologi
Membina banyak pusat penyelidikan sains
Globalisasi Ilmu
Andalus menjadi tumpuan Eropah untuk
menimba ilmu pengetahuan dari cendiakawan muslim
Sicily pula menyimpan banyak khazanah ilmu
terutamanya astronomi dan perubatan
Kesan Penguasaan Sains dan Teknologi
Umat Islam telah hidup lebih maju
berbanding umat lain Status dan kebolehan umat Islam diiktiraf serta diakui di
mata dunia Menarik minat ramai orang bukan Islam untuk memeluk Islam
Keimanan umat Islam terhadap kebesaran serta
keunggulan Allah S.W.T. sebagai Penjipta semakin tinggi Saintis Muslim semakin
giat berlumba-lumba menerokai ilmu- ilmu baru dalam bidang sains dan teknologi
Kepentingan Menguasai Ilmu Sains dan
Teknologi
Ini kerana ilmu sains dan teknologi akan
memudahkan urusan hidup manusia yang semakin kompleks serta meningkatkan
keyakinan umat Islam terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T.
Soalan Subjektif
1.(a) i. Jelaskan secara ringkas perkembangan dan
penguasaan umat Islam dalam bidang sains dan teknologi pada zaman Abbasiyah. (4
markah)
-Perkembangan sains dan teknologi disuburkan dengan kemunculan para
cendekiawan dan saintis muslim terkemuka
-Andalus dan Sicily menjadi tumpuan pencinta ilmu khususnya dari Eropah
-Hasilnya umat Islam berjaya menguasai ilmu sains dan teknologi daripada
orang Rom, Parsi, dan Yunani
-Umat Islam berjaya membuat pelbagai penemuan baru dan membetulkan
sebahagian kesalahan fakta sains terdahulu
ii. Terangkan dua langkah yang telah dilakukan oleh para khalifah Abbasiyah untuk memajukan
bidang ilmu sains dan teknologi. (4 markah)
-Mengadakan seminar perubatan pada setiap musim haji
-Menyediakan peruntukan yang banyak dalam bidang penyelidikan sains dan
teknologi
-Membina pusat penyelidikan sains
(b) (i) Jelaskan dua
faktor yang mendorong perkembangan pesat
sains dan teknologi pada zaman kerajaan Abbasiyah. (4 markah)
-Giatnya aktiviti penterujemahan
-Galakan daripada khalifah Abbasiyah
-Perkembangan globalisasi ilmu
ii. Sebagai seorang murid, terangkan dua langkah yang patut dilakukan bagi mengembalikan semula kecemerlangan dan
kegemilangan dalam bidang sains dan teknologi seperti zaman Abbasiyah. (4 markah)
-Hendaklah gigih menuntut ilmu terutama sains dan teknologi
-Mencontohi sifat dan sikap umat Islam terdahulu khususnya kesungguhan -meraka
yang meneroka pelbagai bidang ilmu
2(a) i. Nyatakan dua hasil penemuan baru yang berjaya dicapai oleh umat Islam dalam bidang
sains dan teknologi pada zaman kerajaan Abbasiyah. (4 markah)
-Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang
-Penemuan asid galian
-Teori penghasilan alcohol
-Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya
-Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob
-Mencipta ubat untuk penyakit kronik
ii. Terangkan dua kesan penemuan sains dan teknologi pada zaman Abbasiyah kepada umat Islam.
(4 markah)
-Kehidupan umat Islam - maju
-Telah meningkatkan keimanan umat Islam terhadap pencipta-Nya
-Status umat Islam amat tinggi di mata masyarakat dunia sehingga ramai
tertarik untuk memeluk Islam
(b) i. Jelaskan dua
peranan Kota Andalus dalam memastikan perkembangan sains dan teknologi pada
zaman Abbasiyah. (4 markah)
-Menjadi pusat tumpuan masyarakat Eropah menimba ilmu pengetahuan
-Menjadi tempat rujukan dan kajian para pelajar termasuk orang bukan
Islam
ii. Ilmu sains dan teknologi telah mendominasikan
kehidupan manusia di era globalisasi kini.
Terangkan dua kepentingan umat Islam menguasai ilmu sains dan teknologi dalam
era globalisasi. (4 markah)
-Umat Islam tidak akan ketinggalan terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi
-Dapat menambahkan keimanan dan keyakinan terhadap Allah
-Dapat menyedari akan kewujudan dan kekuasaan- Nya melalui pelbagai
hasil penemuan yang diperolehi
Soalan Objektif
1. Antara bukti kecintaan khalifah Abbasiyah terhadap
ilmu pengetahuan terutamanya sains dan teknologi ialah _____
I membayar upah menghasilkan kitab emas
pada kadar timbangan kitab
II pernah menerima kitab sebagai terhadap
tentera Rom
III menerima pembayaran jizyah dalam buku
IV menerima pembayaran zakat dalam buku
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
-Terletak
di I tali
-Menyimpan
banyak khazanah ilmu pengetahuan terutama ilmu astronomi dan perubatan
2. Nama kota yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas
ialah _____
A Kaherah
B Baghdad
C Rome
D Sicily
3. Apakah nama tempat pada zaman kerajaan Abbasiyah
yang telah menjadi tumpuan masyarakat Eropah untuk menambah ilmu yang
dihasilkan oleh cendikiawan Muslim?
A Baghdad
B Cyprus
C Sicily
D Andalus
-Memerintahkan
sekumpulan ahli falak muslim mengukur lilitan bumi
-Jarak
yang diukur hanya lebih 0.46% daripada jarak terkini, iaitu 40 068 km
4. Siapakah khalifah Abbasiyah yang dimaksudkan di
atas?
A Al-Makmum
B Abu Jaafar al-Maksum
C Harun Al-Rasyid
D Al-Mahdi
5. Siapakah khalifah Abbasiyah yang telah membina
balai cerap untuk ahli astronomi melakukan penyelidikan dan pencerapan?
A Abu Abbas Al-Saffah
B Al-Makmum
C Abu Jaafar Al-Maksum
D Harun Al-Rasyid
Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Umat Islam berjaya menguasai ilmu sains
dan teknologi daripada tangan orang Rom, Yunani, dan _____ - Parsi
2. Pusat penterjemahan negara pada zaman
kerajaan Abbasiyah ialah _____ - Baitul Hikmah
Soalan 3 berdasarkan rajah berikut:
Faktor yang Mendominasikan Perkembangan Sains
dan Teknologi pada Zaman Abbasiyah:
-Galakan khalifah
3. ______ -Aktiviti penterjemahan
-Globalisasi ilmu
4. Khalifah _____ pada zaman Kerajaan Abbasiyah telah memerintahkan
agar direka peralatan-peralatan khusus untuk membantu penyelidikan dalam bidang
astronomi. -Al-Makmum
5. Kota _____ telah menjadi tempat tumpuan
masyarakat Eropah untuk menimba ilmu pengetahuan yang dihasilkan oleh para
cendikiawan muslim dalam bidang sains dan teknologi. -Andalus
Soalan Ramalan SPM
1. Siapakah khalifah Abbasiyah yang telah
membina makmal pembedahan pertama di pelabuhan sungai Dajlah?
A Khalifah Al-Makmum
B Khalifah Harun Al-Rasyid
C Khalifah Al-Muktasim
D Khalifah Abu Jaafah
Al-Mansur
Glosari Penting
Dominasi: _____
Menguasai dan menunjukkan kekuasaan terhadap sesuatu seperti
perkembangan ilmu
Yunani: _____
Negara Greece (di Eropah)
Astronomi: _____
Ilmu falak (pengetahuan tentang bintang yang melibatkan kajian tentang
kedudukan dan pergerakan bintang)
Info Islam
Murid-murid hendaklah mengintegrasikan
ilmu fardu ain dengan ilmu berkaitan sains dan teknologi sekiranya ingin
menjadi remaja yang maju dar’vpaiia
aspek material dan spritual.
Eksplorasi
Satu fakta yang tidak dapat disangkal
ialah kelemahan penguasaan pelajar dalam subjek sains dan matematik baik di
peringkat sekolah rendah, menengah, dan universiti.
Bincangkan dalam kumpulan tentang
langkah-langkah untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan pelajar dalam
subjek berkenaan.
No comments:
Post a Comment