Thursday 26 January 2017

SPM Pendidikan Islam - Tingkatan 4

Kandungan
Manusia Perlu Bersyukur
Rasul Penyampai Wahyu
Larangan Mempersendakan Agama
Hidayat Milik Allah
Akidah Teras Kehidupan
Ciri-Ciri Mukmin Berjaya
Nasihat Luqman Al-Hakim
Makanan Yang Baik
Perpaduan Teras Kemajuan
Perkara-perkara Yang Membatalkan Iman

SPM Pendidikan Islam
Tingkatan 4
Bab 1 -Manusia Perlu Bersyukur
Manusia Perlu Bersyukur, daripada surah al-An'am ayat 6.
Firman Allah SWT dalam surah al-An'am, ayat 6

أَلَمْ يَرَوْا كَمْأَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ
  
Firman Allah SWT dalam surah al-An'am, ayat 6 yang bermaksud:
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan ke atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.
English translations: Surah Al-An'am (6:6):
Have they not seen how many generations We destroyed before them which We had established upon the earth as We have not established you? And We sent [rain from] the sky upon them in showers and made rivers flow beneath them; then We destroyed them for their sins and brought forth after them a generation of others.

Perkara-perkara pentingyang perlu dikuasai dalam tajuk ini ialah:
Maksud ayat
Nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada manusia
Cara bersyukur
Balasan azab Allah SWT kepada kaum-kaum terdahulu yang melakukan kemungkaran
Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi
Akibat tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.
Pengajaran ayat

Contoh soalan peperiksaan yang lalu:
Ayat di atas menjelaskan tentang kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah SWT. 
Berdasarkan ayat tersebut;
Nyatakan sebab mereka dibinasakan.
Senaraikan dua contoh nikmat Allah SWT kepada hamba-Nya.
Bagaimanakah anda menghargai nikmat yang Allah SWT kurniakan?
Nyatakan dua cara untuk memelihara nikmat alam sekitar.
Teknik menjawab
Calon hendaklah mengenai pasti bentuk kata tugas yang digunakan dalam soalan, contohnya:
Nyatakan; calon hanya perlu memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut.
Senaraikan; calon hanya perlu menyenaraikan secara ringkas tanpa penghuraian yang panjang.
Jelaskan atau terangkan; perlu kepada isi dan sedikit penerangan kepada isi yang dikemukakan.

Selain itu, calon dinasihatkan memberi jawapan yang lebih daripada apa-apa yang diminta oleh soalan, contohnya senaraikan dua, nyatakan dua dan jelaskan dua atau terangkan dua.

Contoh jawapan yang lemah:
(i) Nyatakan sebab mereka dibinasakan;
Mereka mengejek nabi kerana membina bahtera di padang pasir yang kering kontang. Menolak ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi pada ketika itu.
Kaum-kaum terdahulu dibinasakan kerana mereka ingkar dengan perintah Allah. Allah mengutuskan para rasul untuk menyeru mereka beribadah kepada Allah tetapi mereka ingkar, oleh itu mereka telah dibinasakan.
Kelemahan jawapan calon di atas ialah memberi huraian kepada soalan nyatakan yang akan merugikan masa untuk menjawab soalan-soalan berikutnya.

Jawapan contoh:
(i) Sebab mereka dibinasakan ialah;
(a) Melanggar perintah Allah SWT
(b) Mereka kufur kepada Allah SWT
(c) Keangkuhan mereka
(d) Tidak bersyukur
(ii) Dua contoh nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada mereka ialah;
(a) Kekayaan harta
(b) Kemewahan hidup
(c) Kesihatan tubuh
(d) Kekuasaan serta
(e) Kemerdekaan
(f) Kecerdasan
(g) Sungai
(i) Hujan

(iii) Cara menghargai nikmat yang Allah SWT kurniakan;
(a) Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan zikrullah, selawat dan tasbih
(b) Menggunakan nikmat ke arah kebaikan tanpa melakukan pembaziran dan tidak membelanjakan kepada perkara-perkara maksiat
(c) Berakhlak mulia dan tidak sombong serta bakhil memberi bantuan kepada orang yang memerlukan

(iv) Dua cara untuk memelihara nikmat alam sekitar ialah;
Menjaga kebersihan alam sekitar
Memelihara dan memulihara alam sekitar
Menghindari daripada melakukan pembakaran terbuka
Menggunakan sumber alam secara terancang untuk kebaikan semua makhluk
Membuang sampah di tempat yang sesuai


RINGKASAN PELAJARAN
(1) Antara bentuk-bentuk nikmat Allah  S.W.T. kepada manusia termasuklah:
-nikmat Islam dan keimanan kepada Allah S.W.T..
-kesempumaan fizikal dan pancaindera.
-akal fikiran yang membolehkan manusia membezakan antara perkara yang baik dan buruk.
-keamanan dan keharmonian dalam hidup.
-sumber alam untuk memenuhi keperluan hidup manusia.
(2) Manusia wajib bersyukur kepada Allah S.W.T. di atas segala nikmat yang diterima. Antara cara-cara kita bersyukur adalah:
-memelihara keimanan terhadap Allah S.W.T..
-menggunakan akal fikiran dan pancaindera ke jalan yang baik.
-tidak melakukan perkara yang memudaratkan kesihatan.
-menjaga keamanan dan mengelakkan huru-hara
-mengusahakan sumber-sumber alam mengikut keperluan.
(3) Islam mewajibkan umatnya bersyukur kerana:
-sebagai bukti keimanan terhadap Allah S.W.T..
-bertujuan untuk menyempurnakan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T..
-dapat membantu mengelakkan diri daripada bencana.
-dapat menambah nikmat yang diperoleh.
-membawa kepada keredaan Allah S.W.T..
(4) Pengajaran ayat:
-Umat Islam diseru agar mengambil iktibar daripada peristiwa kaum ‘Ad, Tsamud, dan Lut kerana mereka kufurdan mendustakan agama Allah S.W.T..
-Manusia wajib mensyukuri segala nikmat dengan menggunakannya pada jalan kebaikan.
-Setiap manusia wajib melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini dengan mengabadikan diri kepada Allah S.W.T..

Soalan Contoh Serta Jawapan
1. Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah membinasakan umat terdahulu kerana tidak mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.
(i) Senaraikan dua bentuk kebinasaan tersebut.
(ii) Nyatakan dua kaum terdahulu yang telah dibinasakan.
(iii) Terangkan dua pengajaran daripada ayat di atas.

Jawapan:
(i) Dua bentuk kebinasaan tersebut ialah;
(a) Gempa bumi yang dahsyat
(b) Tiupan angin puting beliung
(c) Halilintar yang kuat
(ii) Dua kaum terdahulu yang telah dibinasakan ialah;
(a) Kaum Thamud
(b) Kaum Nabi Lut a.s.
(c) Kaum Nabi Noh a.s.
(iii) Dua pengajaran ayat;
(a) Kita hendaklah mengurus dan mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya mengikut syariat Allah SWT.
(b) Kita hendaklah sentiasa bersyukur akan segala nikmat kurniaan Allah SWT untuk mendapat keredaan-Nya.
(c) Umat Islam hendaklah sentiasa melaksanakan segala perintah Allah SWT supaya hidup diberkati.
(d) Kita hendaklah menjaga kesucian agama Islam dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
(e) Umat Islam hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah kaum terdahulu.
(f) Kita semua akan menerima kerugian dan musibah sekiranya ingkar dengan nikmat Allah SWT.

LATIHAN
1. Dalam ayat 6 daripada surah al-An’am, Allah SWT telah menjelaskan tentang kaum terdahulu yang telah dibinasakan kerana melakukan kemungkaran. Senaraikan dua kemungkaran tersebut.
2. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan semua kurniaan Allah SWT. Apakah maksud bersyukur?
3. Umat yang ingkar akan dihapuskan oleh Allah SWT dengan dua cara. Jelaskan cara-cara tersebut.
4. Terangkan dua sebab yang mendorong manusia melakukan kemungkaran.
5. Mengapakah umat terdahulu dibinasakan seperti yang dijelaskan dalam ayat 6, surah al-An'am?
Jelaskan cara bersyukur melalui hati, lidah dan anggota badan.
7. Anda dipilih untuk menyampaikan syarahan bertajuk “Tanda-Tanda Mensyukuri Nikmat Allah” senaraikan tanda-tanda tersebut.
8. Terangkan dua usaha yang patut anda lakukan agar tidak termasuk dalam golongan tersebut.


Jawapan contoh
1. Dua kemungkaran tersebut ialah:
(a) Mempersendakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud a.s.
(b) Menuduh nabi Salleh a.s. sebagai pendusta.
(c) Menolak ajaran Nabi Lut a.s.
(d) Melakukan homoseks
(e) Menafikan adanya Tuhan

2. Maksud bersyukur ialah berterima kasih kepada Allah atas segala nikmatyangdikurniakan dengan melakukan segala perintah dan meninggalkan larangannya.

3. Allah menghapuskan umat yang ingkar dengan:
(a) Menghapuskan mereka secara keseluruhan sama ada beriman atau sebaliknya
(b) Melenyapkan kemerdekaan dan kekuatan sehingga menjadi umat yang lemah

4. Dua faktor yang mendorong manusia melakukan kemungkaran ialah:
(a) Angkuh dan sombong
(b) Kurang pengetahuan agama
(c) Menyalahgunakan nikmat Allah
(d) Tidak yakin dengan kebenaran ahQuran
(e) Suka menipu dan berbohong untuk kepentingan diri
(f) Terlalu kasih akan dunia atau cinta akan kemewahan dunia

5. Sebab mereka dibinasakan ialah
(a) Dosa mereka
(b) Tidak bersyukur
(c) Kekufuran mereka
(d) Keangkuhan mereka
(e) Melanggar perintah Allah
(f) Tidak mahu memerhati dan memikirkan nikmat Allah

6. Cara bersyukur melalui hati, lidah dan tubuh badan ialah:
Anggota/Cara Bersyukur
1. Hati          
(a) Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat - Contoh: Melazimi zikir
(b) Ikhlas melakukan ibadat atau pekerjaan
2. Lisan       
(a) Sentiasa menyebut Alhamdulillah ketika mendapat nikmat
(b) Sentiasa membasahi lidah dengan tahmid dan takbir
(c) Sentiasa membaca al-Quran
3. Tubuh badan
(a) Menggunakan nikmat Allah untuk kebaikan
(b) Mengeluarkan zakat dan memberi sedekah
(c) Melakukan ibadat wajib dan sunat

7. Tanda-tanda tersebut ialah
Sentiasa memelihara dan memulihara alam dengan baik
Merancang pembangunan alam berlandaskan syariat
Menjaga khazanah alam dengan sempurna
Mengamalkan sikap prihatin terhadap kemakmuran alam

8. Dua usaha
(a) Saya akan sentiasa mentaati segala perintah serta menjauhi semua larangan Allah SWT agar mendapat rahmat dan keredaan-Nya.
(b) Sentiasa mengamalkan sunah Rasulullah SAW agar mendapat syafeat baginda di akhirat kelak.
(c) Selalu menghadiri majlis ilmu yang berkaitan dengan Islam agar dapat mengukuhkan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT.
(d) Selalu bergaul atau berkawan dengan rakan yang baik supaya alhlak terpelihara.

Tingkatan 4
Bab 2 – Rasul Penyampai Wahyu
Surah Al-An’am
Ayat bacaan: Ayat 36-58
Ayat pemahaman: Ayat 50

قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa khazanah Allah ada padaku dan aku juga tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada katnu bahawa aku seorang malaikat, Aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah, adakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Tidakkah kamu memikirkannya.
English translations: Surah Al-An’am (6:50)
Say, [O Muhammad], "I do not tell you that I have the depositories [containing the provision] of Allah or that I know the unseen, nor do I tell you that I am an angel. I only follow what is revealed to me." Say, "Is the blind equivalent to the seeing? Then will you not give thought?"

(1) Rasul ialah lelaki pilihan yang diutuskan oleh Allah S.W.T. untuk menyampaikan wahyu-Nya.
(2) Antara tugas-tugas rasul adalah:
-menunjukkan akidah yang benar kepada manusia agar tidak tersesat.
-menjelaskan syariat dan peraturan Allah S.W.T. termasuk cara-cara beribadat.
-mendidik manusia dengan akhlak yang mulia dan cara hidup bermasyarakat.
-memberikan khabar gembira buat orang beriman dan khabar bencana bagi mereka yang ingkar.
(3) Manusia sangat memerlukan pimpinan wahyu kerana:
-akal fikiran manusia lemah dan tidak mampu membezakan antara kebaikan dengan keburukan.
-wahyu menerangkan kewujudan Allah S.W.T. serta perkara ghaib yang tidak dapat difikirkan oleh akal fikiran manusia.
-jika manusia hanya berpandukan akal fikiran semata-mata mereka akan hanyut oleh nafsu, sebaliknya wahyu mengajar perkara yang wajib dan yang dilarang oleh Allah S.W.T..
(4) Perkara-perkara ghaib ialah:
-pengetahuan Allah S.W.T., contohnya kiamat, kejadian manusia, dan rezeki.
-perkara lepas, contohnya kisah-kisah para nabi dan umat terdahulu.
-perkara yang di luar kemampuan manusia, contohnya malaikat, syurga, dan jin.
-perkara yang akan berlaku, contohnya kemunculan Nabi Isa,
-perkara yang diketahui manusia melalui ilmu dan kajian, contohnya jenis-jenis tumbuhan, logam, dan batu-batan.
(5) Pengajaran ayat:
-Rasul adalah manusia biasa yang diamanatkan untuk menyampaikan risalah Allah S.W.T..
-Manusia hendaklah berfikir berdasarkan wahyu untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
-Golongan yang paling mulia di sisi Allah S.W.T. ialah golongan yang bertakwa.

Latihan
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1(a) Ayat di atas menerangkan hanya Allah S.W.T. mengetahui khazanah-Nya.
-Batu permata antara khazanah Allah S.W.T.
(i) Selain Batu permata, nyatakan dua contoh khazanah Allah S.W.T.. (2 markah)
-hasil galian dalam bumi
-pelbagai jenis tumbuhan
(ii) Jelaskan dua cara menjaga khazanah Allah S.W.T. (4 markah)
-memelihara dan mengekalkan keindahan alam; memanfaatkan segala khazanah untuk faedah manusia
b(i) Apakah maksud rasul? (2 markah)
-seorang lelaki yang menerima wahyu daripada Allah untuk dirinya dan wajib menyampaikannya kepada orang lain.
b(ii) Terangkan dua peranan rasul. (2 markah)
-membimbing manusia ke jalan yang benar
-memperbetulkan akidah manusia
- menjadi contoh dan membimbing manusia
(c)(i)Nyatakan dua sebab rasul dilantik daripada kalangan manusia. (4 markah)
-hanya manusia yang mengetahui kemahuan manusia
-memudahkan rasul menyampaikan ajaran Allah kepada manusia
(c)(ii)Mengapakah manusia memerlukan bimbingan rasul walaupun telah dikurniakan akal fikiran? (4 markah)
-rasul adalah utusan Allah yang menyampaikan ajaran yang benar daripada Allah
-manusia tidak mengetahui hakikat sesuatu perkara tanpa bimbingan rasul
2(a) Ilmu pengetahuan sangat penting kepada kehidupan manusia.
(i) Jelaskan dua kepentingan ilmu pengetahuan kepada pembangunan alam. (4 markah)
-dapat membangunkan alam dengan baik
- pembangunan dilakukan tanpa mendatangkan akibat buruk kepada makhluk Allah yang lain
(ii) Terangkan dua tujuan Allah S.W.T. menggalakkan manusia membuat kajian terhadap rahsia alam.
-dapat mengetahui kekuasaan dan kebesaran Allah
-supaya dapat diambil faedah untuk kesejahteraan manusia
(b) Nyatakan hukum tajwid dan cara bacaan bagi kalimah yang bertanda/bergaris. (6 markah)


قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
- Ikhfak Hakiki dibaca dengung
- Mad Jaiz Munfasil dibaca panjang 2/4/5 harakat
- Mad Arid Lissukun dibaca panjang 2/4/6 harakat

(c) Tukarkan pemyataan ayat di bawah ke dalam tulisan jawi. (6 markah)
(i) Berakhlak mulia menyebabkan seseorang itu dipandang mulia.
(ii) Islam menentukan peraturan dalam kehidupan manusia.
(iii) Amalan bersedekah boleh menyembuhkan penyakit.

SOALAN RAMALAN SPM
Apakah maksud perkara ghaib? (2 markah)
-perkara yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia dan hanya diketahui oleh Allah
Nyatakan dua bahagian perkara ghaib berserta contohnya. (4 markah)
-hanya diketahui oleh Allah contohny a masa berlakunya kiamat
-Allah hanya memberitahu mengenainya kepada malaikat contohnya rezeki manusia


Tingkatan 4
Bab  3 – Larangan Mempersendakan Agama
Surah Al-An'am
Ayat Pemahaman: Surah Al-An'am (6:70)

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ
Maksudnya:
Dan jauhkanlah diri daripada orang-orangyang menjadikan agama mereka sebagaipermainan dan hiburan. Mereka telah terripu oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar mereka tidak terjerumus ke dalam neraka di akhirat, kerana perbuatan mereka yang buruk dan keji. Tidak akan ada baginya pelindung dan pemberi syafaat kecuali Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, nescaya tidak akan diterima lagi. Mereka ini adalah golongan yang dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab perbuatan mereka sendiri. Mereka diberi minuman daripada air panas yang menggelegak dan ditimpakan az.ab disebabkan mereka kufur.
English Translations: Surah Al-An'am (6:70)
And leave those who take their religion as amusement and diversion and whom the worldly life has deluded. But remind with the Qur'an, lest a soul be given up to destruction for what it earned; it will have other than Allah no protector and no intercessor. And if it should offer every compensation, it would not be taken from it. Those are the ones who are given to destruction for what they have earned. For them will be a drink of scalding water and a painful punishment because they used to disbelieve.

RINGKASAN PELAJARAN
1. Manusia dilarang melakukan perbuatan mempersendakan agama Islam yang suci.
2. Golongan yang mempersendakan agama Islam ialah musyrikin, munafik, murtad, dan 'asi.
3. Antara contoh perbuatan menghina atau mempersendakan agama adalah:
-melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah Islam seperti memijak al-Quran dan meninggalkan solat dengan sengaja.
-menyatakan sesuatu yang menghina Islam seperti mengatakan Islam agama yang ketinggalan zaman.
-terpengaruh dengan kemewahan dan hiburan di dunia serta meninggalkan segala suruhan Allah S.W.T..
4. Kesan orang yang mempermainkan agama Islam:
-akidahnya terbatal.
-tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T..
-dihumban ke dalam neraka dan diazab.
5. Umat Islam wajib memelihara kesucian Islam agar mendapat keredaan dan nikmat syurga daripada Allah S.W.T. di akhirat kelak.
6. Kemewahan dan kekayaan di dunia tidak akan menjamin seseorang itu masuk ke syurga tanpa keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T..
7. Pengajaran ayat:
-Setiap orang Islam wajib memelihara kesucian agama Islam dan berpegang teguh dengan ajaran- Nya.
-Allah S.W.T. telah menjanjikan balasan yang pedih bagi golongan yang mempersendakan agama.
-Sesiapa yang menjauhi perkara yang dilarang akan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah S.W.T..

Jawab semua soalan.
1(a) Ayat di sebelah menerangkan bahawa Islam melarang umatnya mempersendakan agama.
(i) Nyatakan dua golongan yang mempersendakan agama. [2 markah]
-musyrikin
-munafik
-fasik
-murtad
(ii) Nyatakan dua contoh perbuatan menghina agama. [2 markah]
-meninggalkan solat dengan sengaja
-memijak Al-Quran
(iii) Terangkan dua akibat mempersendakan agama kepada individu. [4 markah]
-mendapat azab pedih di akhirat
- tidak memperoleh rahmat Allah
-dimurkai Allah
(b)(i)Jelaskan dua sebab seseorang melakukan perbuatan yang mempersendakan agama. [2 markah]
-terpengaruh dengan kemewahan hidup di dunia; jahil dalam ajaran agama; merasa megah dengan harta atau pangkat yang dimiliki
(ii) Terangkan dua tindakan anda terhadap golongan yang mempersendakan agama. [4 markah]
-menyuruhnya bertaubat kepada Allah; menegahnya daripada melakukan perbuatan tersebut
2(a) Allah S.W.T. melarang perbuatan mempersendakan agama.
(i) Jelaskan dua cara untuk menjauhi perbuatan mempersendakan agama. [2 markah]
-mendampingi alim ulama
-menjauhkan diri daripada golongan yang suka mempersendakan agama
-mendekatkan diri kepada Allah
(ii) Terangkan dua kesan kepada masyarakat Islam jika perbuatan mempersendakan agama tidak dibendung. [4 markah]
-masyarakat Islam akan berpecah
-masyarakat Islam tidak dihormati oleh penganut agama lain
(iii) Terangkan dua pengajaran daripada ayat di sebelah. [4 markah]
-menjaga kesucian agama Islam adalah kewajipan semua umat Islam
-orang yang mempersendakan agama akan diseksa di akhirat kelak
(b) Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah yang bergaris/bertanda.


أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ
(i) Qalqalah
(ii) Izhar Syafawi
(iii) Idgham Maal Ghunnnah
(iv) Iqlab
(c) Tulis semula petikan berikut dalam tulisan jawi.
-Islam amat mementingkan persaudaraan antara masyarakat. Persaudaraan Islam ialah persaudaraan yang berasaskan kepada ikatan akidah Islamiah.

SOALAN RAMALAN SPM
(a) Jelaskan dua ciri orang yang mempermainkan agama. (2 markah)
- mempersendakan ajaran Islam.
- mempermain-mainkan syariat Allah.
(b) Terangkan dua cara memelihara kesucian agama Islam. (4 markah)
- mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh- sungguh.
- menghalang mana-mana pihak yang melakukan perkara yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam.

Nilai Murni
Sentiasa mendalami ilmu akidah supaya tidak terpesong daripada ajaran Islam.


Tingkatan 4
Bab 4 – Hidayah Milik Allah
Surah al-An ’am
Ayat bacaan: Ayat 125
Ayat pemahaman: Ayat 125


فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Maksudnya:
Sesiapa yang Allah kehendaki memheri hidayat kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (terbuka hati) untuk menerima agama Islam. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang- orang yang tidak beriman.
English translations: Surah al-An ’am: (6:125)
So whoever Allah wants to guide - He expands his breast to [contain] Islam; and whoever He wants to misguide - He makes his breast tight and constricted as though he were climbing into the sky. Thus does Allah place defilement upon those who do not believe.


RINGKASAN PELAJARAN
Maksud hidayat ialah petunjuk ke jalan yang benar yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada golongan yang terpilih. Cara memperoleh hidayat ialah:
-patuh dan taat dengan perintah Allah S.WT.
-melakukan sesuatu dengan ikhlas.
-memperbanyakkan amalan-amalan sunat.
-berakhlak mulia.
Ciri-ciri golongan yang mendapat hidayat termasuklah mereka yang sentiasa berasa cenderung menerima ajaran Islam serta gembira apabila melakukan kebaikan. Orang yang tidak mendapat hidayat pula akan sentiasa berasa gelisah dan sukar untuk menerima kebaikan. Manusia wajib berusaha mendapatkan hidayat dengan cara memperbanyakkan melakukan taubat dan berdoa
agar termasuk di dalam golongan yang dipilih Allah S.W.T. untuk diberi hidayat.
Hidayat amat penting kepada manusia kerana dengan adanya hidayat, jiwa menjadi tenang, gemarkan kebaikan, dan bakal mendapat keredaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat.
Pengajaran ayat:
Hanya Allah S.W.T. yang berkuasa memberi hidayat kepada manusia sebagai bimbingan ke jalan yang benar.
Hidayat Allah S.W.T. dapat menyelamatkan daripada kesesatan dan azab api neraka.
Berdoa adalah antara usaha yang afdal untuk memperoleh hidayat Allah S.W.T..

LATIHAN
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1(a) Ayat di sebelah menjelaskan bahawa Allah S.W.T. yang dikehendaki-Nya.
(i) Apakah maksud hidayat? (2  markah)
-ialah petunjuk Allah kepada kebenaran untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
(ii) Jelaskan ciri-ciri orang yang mendapat hidayat Allah S.W.T.. (4 markah)
-patuh dan taat kepada perintahAllah
-menghindari diri daripada tipu daya syaitan
(iii) Terangkan dua kesan hidayat kepada manusia. (4 markah)
-sentiasa berusaha menimba ilmu agama
-sentiasa menunaikan perintah Allah dan melakukan kebaikan
1(b)(i). Jelaskan dua cara untuk memperoleh hidayat. (4 markah)
-sentiasa berdoa untuk memohon hidayat Allah
-melakukan amal kebajikan
1(b)(ii) Terangkan dua perbuatan yang menghalang seseorang daripada mendapat hidayat. (4 markah)
-melakukan maksiat
-makanmakanan yang haram
-tidak bersikap ihsan sesama manusia
1(c) Nyatakan dua ciri orang yang sesat.  (2 markah)
- bersikap sombong dan menolak kebenaran
- sentiasa memusuhi Islam

2(a) Manusia hendaklah berdoa memohon hidayat daripada Allah S.W.T..
(i) Nyatakan dua kepentingan hidayat kepada manusia. (2 markah)
-membawa manusia kepada jalan yang benar
-terhindar daripada kesesatan/ mendapat keredaan Allah
 (ii) Jelaskan dua perbezaan antara golongan yang mendapat hidayat dengan golongan yang tidak mendapat hidayat.   (4 markah)
-golongan yang mendapat hidayat taat perintah Allah, manakala yang tidak mendapat hidayat malas melakukan suruhan Allah; golongan yang mendapat hidayat rajin menuntut ilmu dan menghormati alim ulama. manakala golongan yang tidak mendapat hidayat memusuhi orang yang berilmu dan bertakwa
(iii) Bagaimanakah sikap orang yang tidak mendapat hidayat Allah S.W.T.? (4 markah)
-sombong dan berbangga dengan nikmat yang diperoleh
-benci atau memusuhi golongan yang bertakwa

(b) Firman Allah S.W.T.:
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
Al-Mu'minun: (23:6) Berdasarkan potongan ayat di atas, tulis satu contoh bagi setiap hukum tajwid berikut: (4 markah)
-Wajibul Ghunnah:  فَإِنَّهُمْ
-Izhar Syafawi:   عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ - فَإِنَّهُمْ 
-Mad Jaiz Munfasil: عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ
-Mad Arid Lissukun:  مَلُومِينَ

(c) Tulis pernyataan di bawah dengan tulisan jawi. (4 markah)
(i)Sanggup berkorban demi memelihara persaudaraan sesama Muslim.
(ii) Perpaduan sesama Muslim mesti diasaskan atas dasar kalimah tauhid.
(iii) Menggunakan nikmat dengan cara yang bermanfaat.
(iv) Kecekalannya dikenang walaupun telah meninggal dunia.

SOALAN RAMALAN SPM  
Apakah yang dimaksudkan dengan hidayat? (2 markah)
Nyatakan dua tanda orang yang memperoleh hidayat. (4 markah)

Nilai Murni
Menghindari diri daripcida sikap menobur fitnoh, menuduh don menghino orang lain.

Tingkatan 4
Bab 5 – Akidah Teras Kehidupan
Surah al-An’am
Ayat bacaan: Ayat 161-165
Ayat pemahaman: Ayat 161 - 165
Ayat hafazan: Ayat 162 -163

قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ


Surah al-An’am: Ayat 161 -165
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku telah diberi petunjuk oleh Tuhanku jalan yang lurus, agama yang tetap teguh iaitu agama nabi Ibrahim yang ikhlas dan dia bukan golongan musyrikin. Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menverah diri (kepada Allah). Katakanlah: Patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi semua. Tiadalah (kejahatan) yang dilakukan tiap-tiap orang melainkan dia sendiri yang menanggung dosanya. Seseorang itu tidak menanggung dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan. Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi ini dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
English translations: Surah al-An’am: (6:161 -165)
  

RINGKASAN PELAJARAN
1. Selain dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini, manusia dicipta untuk mencapai beberapa matlamat dalam kehidupan, iaitu:
-menjadi hamba dengan cara menyembah Allah S.W.T..
-memelihara kesucian agama Islam dengan melaksanakan segala suruhan Allah S.W.T. dan meninggalkan segala larangan-Nya.
-mendapat keredaan dan keampunan Allah S.W.T. dengan meletakkan setiap amalan semasa hidup hanya kerana Allah S.W.T.dan mengejar kenikmatan syurga selepas kematian kelak.
2. Setiap manusia akan menanggung segala perbuatannya sama ada kebaikan mahupun kejahatan sebagai tanda kekuasaan dan keadilan Allah S.W.T..
3. Manusia diberi bentuk kenikmatan yang berbeza antara satu dengan lain. Ini bertujuan untuk menguji keimanan
seseorang dan tahap kesyukuran di atas nikmat yang dikurniakan.
4. Sesiapa yang bersyukur dan beriman pasti akan mendapat keuntungan di akhirat dan sebaliknya mereka yang kufur akan diberi balasan neraka jahanam.
5. Sebagai hamba yang beriman kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya, kita wajib mematuhi segala ajaran dan meninggalkan segala larangan-Nya.
6. Pengajaran ayat:
-Hanya Islam agama yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
-Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara sama ada mendatangkan pahala atau dosa.
-Setiap manusia perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan sama ada besarataupun kecil.

LATIHAN
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1 (a) Ayat di sebelah menjelaskan bahawa Islam adalah agama cara hidup yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada umat manusia.
(i) Jelaskan dua sebab Islam disebut sebagai ad-din (cara hidup) manusia. (2 markah)
-Islam mampu mengatur kehidupan manusia kerana ajarannya meliputi seluruh aspek kehidupan manusia
-Islam meliputi pelbagai ilmu untuk kehidupan manusia
(ii) Jelaskan dua matlamat hidup manusia. (2 markah)
-menghambakan diri kepada Allah; memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat
-untuk mendapat keredaan Allah
(b) (i) Jelaskan dua peranan ikrar dalam ayat tersebut untuk membentuk umat yang cemerlang. (4 markah)
-melakukan segala suruhan Allah dengan bersungguh- sungguh; segala apa yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata
(b)(ii) Jelaskan dua tugas seorang Muslim di dunia ini. (2 markah)
-melakukan amal ibadat dengan ikhlas
-sentiasa mempertingkatkan usaha untuk mendapat hidayah Allah
-tidak melakukan kerosakan terhadap alam ini
2 (a)(i) Jelaskan dua faktor yang menyebabkan manusia mengingkari perintah Allah S.W.T.. (4 markah)
-jahil dalam ajaran agama
-merasa megah dengan nikmat yang dimiliki
(ii) Terangkan dua sebab manusia bertanggungjawab terhadap semua perbuatannya. (4 markah)
-manusia diberikan akal untuk membezakan antara perkara yang baik atau buruk
- manusia diturunkan al-Quran untuk membimbing mereka ke jalan kebenaran
(iii) Terangkan tanggungjawab manusia dari segi imarah. (2 markah)
-membina prasarana dalam berbagai-bagai bidang pembangunan untuk membentuk negara yang maju dan makmur
 (b) Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah yang bergaris/bertanda. (4 markah)
Ikhfak Hakiki
Mad Arid Lissukun
Alif Lam Qamariah
Mad Wajib Muttasil
(c) Susun semula ayat al-Quran berikut mengikut tertib seperti dalam al-Quran. Anda dikehendaki menulis nombor sahaja mengikut susunan ayat yang betul. (4 markah)


1 وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
2 قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ


3 لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ
4 أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Jawapan: 2, 1, 3, 4
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 
لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

(d) Tulis semula pernyataan ayat di bawah dengan tulisan jawi. (4 markah)
(i) Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah.
(ii) Menunaikan perintah Allah dengan bersungguh-sungguh.
(iii) Menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
(iv) Manusia akan ditimpa dengan pelbagai bencana di dunia.

SOALAN RAMALAN SPM
Ayat 161-165 surah al-An’am menerangkan bahawa Allah S.W.T. melantik manusia sebagai khalifah di bumi dan manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya.
(i) Jelaskan tiga tugas manusia sebagai khalifah Allah S.W.T. di bumi ini. (3 markah)
(ii) Terangkan dua akibat tidak melaksanakan perintah Allah S.W.T.. (4 markah)

Tingkatan 4
Bab 6 – Ciri-ciri Mukmin Bejaya
Surah al-Mukminun
Ayat bacaan: Ayat 1-35
Ayat pemahaman: Ayat 1-11
Ayat hafazan: Ayat 1-11

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ


Maksudnya:
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang- orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan yang tiada guna dan orang-orang yang mengeluarkan zakat dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba mereka, maka mereka itu tidak tercela. Sesiapa mencari yang dibalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah dan janji, dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang- orang yang akan mewarisi, iaitu yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
English translations: Surah al-Mukminun (23:1-11)
Certainly will the believers have succeeded:
They who are during their prayer humbly submissive
And they who turn away from ill speech
And they who are observant of zakah
And they who guard their private parts
Except from their wives or those their right hands possess, for indeed, they will not be blamed -
But whoever seeks beyond that, then those are the transgressors -
And they who are to their trusts and their promises attentive
And they who carefully maintain their prayers -
Those are the inheritors
Who will inherit al-Firdaus. They will abide therein eternally.
  
RINGKASAN PELAJARAN
1. Antara ciri mukmin yang berjaya ialah:
-golongan yang khusyuk dalam solat.
-golongan yang menjauhi perkara yang sia-sia.
-golongan yang mengeluarkan zakat.
-golongan yang menjaga kemaluannya kecuali kepada isteri atau hamba-hamba mereka.
-golongan yang menjaga amanah dan janji.
-golongan yang tetap memelihara solat.
2. Antara cara untuk khusyuk di dalam solat adalah:
-ikhlas beribadat dan menumpukan perhatian kepada Allah S.W.T..
-menjaga kebersihan diri, pakaian, dan tempat solat.
-memahami maksud ayat yang dibaca.
-memandang ke tempat sujud dan solat di tempat yang tenang dan sunyi.
3. Lagha bermaksud perbuatan atau perkataan yang sia-sia atau yang tidak memberi faedah. Contoh perkara lagha adalah seperti yang berikut:
-bercakap perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa
-mengumpat dan menghina orang lain
-setiap manusia perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan sama ada besar ataupun kecil.


LATIHAN
Jawab soalan-soalan yang berikut.
(a) Ayat di sebelah menjelaskan ciri- ciri mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat.
(i)Senaraikan empat ciri orang-orang yang berjaya dalam ayat tersebut. (4 markah)
-beriman kepada Allah
-khusyuk dalam solat
-meninggalkan perkara sia-sia
-menjaga kehormatan diri
(ii) Apakah maksud menjaga kehormatan diri? (2 markah)
- menjaga maruah diri daripada tercemar oleh perbuatan yang dilarang oleh agama
(iii). Jelaskan dua cara menjaga kehormatan diri. (4 markah)
-menutup aurat dengan sempurna
-tidak melakukan perbuatan mungkar

(b) Lagha adalah amalan yang ditegah dalam Islam.
(i) Nyatakan dua contoh perbuatan lagha yang dilakukan oleh pelajar. (2 markah)
-membuang masa dengan sia-sia
-melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah
(ii) Jelaskan dua kesan perbuatan lagha kepada seorang pelajar. (4 markah)
-menjatuhkan maruah sebagai peiajar Islam
-pelajar akan mundur dalam pelajaran
(iii) Bagaimanakah cara seorang pelajar menjauhi perbuatan lagha? (4 markah)
-menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid/surau
-melakukan amal-amal kebajikan yang mendatangkan faedah

2 (a)(i) Jelaskan dua kepentingan khusyuk dalam solat. (4 markah)
-ibadat solat akan diterima oleh Allah, membentuk keperibadian yang mulia
(ii) Terangkan tiga cara untuk mendapat khusyuk dalam solat. (6 markah)
-memahami ayat-ayat al-Quran
-tidak memikirkan perkara-perkara lain
-menyempurnakan segala syarat dan rukun solat
(b) Susun semula ayat al-Quran berikut mengikut tertib seperti dalam al-Quran. Anda dikehendaki menulis nombor sahaja mengikut susunan ayat yang betul. . (4 markah)
1-وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
2-أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
3-وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
4-إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ

Jawapan: 3, 1, 4, 2
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

(c) Lengkapkan potongan ayat di bawah dengan pilihan jawapan yang betul. (4 markah)
1 وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ
 وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ 2
أُولَٰئِكَ هُمُ 3
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا 4
Jawapan
1. رَاعُونَ
2. يُحَافِظُونَ
3. الْوَارِثُونَ
4.خَالِدُونَ

(d) Tulis semula perkataan di bawah dengan tulisan jawi. (4 markah)
Menggalakkan:       
Bertanggungjawab:            
Kehormatan:           
Pembangunan: 


Tingkatan 4
Bab 7 – Makanan Yang Baik
Surah Luqman
Ayat hafazan: Ayat 12 - 19

 وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman hikmah kebijaksanaan (Kami perintahkan kepadanya), bersyukurlah kepada Allah. Sesiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka faedahnya itu kembali kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang tidak bersyukur, maka tidak menjadi hal kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Kay a Lagi Maha Terpuji. Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku janganlah kamu mensyirikkan Allah kerana perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar. Dan Kami mewajibkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibu telah mengandungkan dengan menanggung kepayahan demi kepayahan dan tempoh bercerai susu ialah dalam masa dua tahun. Oleh itu, bersyukurlah kepada-Ku dan kedua-dua ibu bapamu...
English translations. Surah Luqman (31:12-19)
And We had certainly given Luqman wisdom [and said], "Be grateful to Allah ." And whoever is grateful is grateful for [the benefit of] himself. And whoever denies [His favor] - then indeed, Allah is Free of need and Praiseworthy.
And [mention, O Muhammad], when Luqman said to his son while he was instructing him, "O my son, do not associate [anything] with Allah . Indeed, association [with him] is great injustice."
But if they endeavor to make you associate with Me that of which you have no knowledge, do not obey them but accompany them in [this] world with appropriate kindness and follow the way of those who turn back to Me [in repentance]. Then to Me will be your return, and I will inform you about what you used to do.
[And Luqman said], "O my son, indeed if wrong should be the weight of a mustard seed and should be within a rock or [anywhere] in the heavens or in the earth, Allah will bring it forth. Indeed, Allah is Subtle and Acquainted.
O my son, establish prayer, enjoin what is right, forbid what is wrong, and be patient over what befalls you. Indeed, [all] that is of the matters [requiring] determination.
And do not turn your cheek [in contempt] toward people and do not walk through the earth exultantly. Indeed, Allah does not like everyone self-deluded and boastful.
And be moderate in your pace and lower your voice; indeed, the most disagreeable of sounds is the voice of donkeys."

RINGKASAN PELAJARAN
Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
-jangan melakukan perbuatan syirik.
-berbuat baik kepada ibu bapa.
-bersyukur di atas segala nikmat pemberian Allah S.W.T..
-menjaga waktu solat dan mengamalkan perkara- perkara kebaikan serta mencegah kemungkaran.
-sentiasa bersabar menghadapi setiap ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T..
-janganlah menyombong diri di muka bumi.
Maksud menjaga solat adalah:
-mendirikan solat fardu pada waktunya.
-mengerjakannya dengan penuh khusyuk.
-menunaikan solat dengan ikhlas tanpa menganggap solat sebagai satu beban.
Kepentingan menjaga solat ialah:
-mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
-jiwa menjadi tenteram dan tenang.
-memupuk nilai berdisiplin.
Islam melarang umatnya daripada bersikap sombong atau bangga diri dalam pergaulan sesama manusia.
Pengajaran ayat:
-Orang yang beriman akan menjaga kualiti solatnya dengan sebaik-baiknya.
-Orang yang bersikap sombong diri serta angkuh dibenci Allah S.W.T. serta dihina oleh masyarakat.
-Setiap manusia yang beriman seharusnya menerima segala ujian Allah S.W.T. kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Tingkatan 4
Bab 8 – Makanan Yang Baik


Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA. meriwayatkan kata Rasulullah SA.W. bersabda: Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada semua rasul dengan firman-Nya: Wahai sekalian rasul! Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi: Wahai sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah Kami beri rezeki kepada katnu. Kemudian baginda menyebut seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut tnasai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa) wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya.

RINGKASAN PELAJARAN
Hadis ini menggesa umat Islam agar memastikan segala makanan, minuman, dan pakaian mereka hendaklah diperoleh dengan cara yang halal dan suci.
Kebaikan menjaga makanan dan minuman ialah:
-membantu perkembangan fizikal dan mental yang sihat dengan bekalan vitamin dan zat yang secukupnya.
-badan akan sentiasa cergas dan bertenaga.
-hidup akan sentiasa diredai Allah S.W.T. kerana kita menjauhi larangan Allah S.W.T..
Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram ialah:
-doa akan diperkenankan oleh Allah S.W.T..
-menjaga kewarasan akal fikiran sepanjang masa.
-maruah diri akan terpelihara daripada melakukan perkara mungkar.
-menjamin kesihatan tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
Umat Islam dibenarkan makan makanan yang asalnya haram sekiranya tidak terdapat makanan yang halal atau
berada di dalam keadaan darurat. Ini dinamakan sebagai rukhsah.
Hikmah rukhsah adalah:
-untuk menyelamatkan nyawa manusia kerana Islam sangat mementingkan keselamatan.
-menunjukkan bahawa Islam agama yang mudah dan adil.
Pengajaran hadis:
-Umat Islam hendaklah prihatin terhadap makanan, minuman, dan pakaian supaya tidak melanggar hukum syarak.
-Bahan makanan dan minuman yang diambil mestilah daripada sumber yang halal dan baik bagi menjamin kebaikan kepada anggota badan seseorang dan mengelakkan daripada makanan haram yang boleh membawa kepada kemudaratan.
Oleh itu, umat Islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah S.W.T.


LATIHAN
Jawab soalan-soalan yang berikut.
(a) Hadis di sebelah menyuruh umat Islam supaya makan makanan yang halal dan baik.
(i) Senaraikan empat ciri makanan yang halal dan baik. (4 markah)
-disembelih dengan cara Islam
-tidak memudaratkan kesihatan
-diusahakan oleh orang Islam
-makanan diperoleh daripada sumber yang halal
(ii) Jelaskan dua kelebihan makan makanan yang halal. (4 markah)
-terhindardaripadapenyakit
-menjamin kesihatantubuh badan
(iii) Cadangkan dua cara menentukan makanan yang halal. (2 markah)
-memastikan makanan yang dibeli ada tanda halal yang diiktiraf
-makanan tersebut dikeluarkan oleh syarikat orang Islam
(b) i. Nyatakan dua ciri makanan dan minuman yang haram.          (4 markah)
-dibeli dengan wang yang haram; tidak disembelih dengan cara Islam; minuman yang memabukkan
(ii) Jelaskan tiga akibat makan makanan yang haram. (6 markah)
-doa tidak dimakbulkan Allah SWT
-mudah mendapat penyakit
-memudaratkan kesihatan

2(a) Islam menggalakkan umatnya berdoa memohon sesuatu kepada Allah S.W.T..
(i) Nyatakan dua adab berdoa. (2 markah)
-dalam keadaan suci dan bersih: menghadap arah kiblat
(ii) Jelaskan dua sebab doa seseorang tidak dimakbulkan Allah S.W.T., (2 markah)
-makan makanan yang haram; minum minuman yang haram; berpakaian tidak menutup aurat dan bertentangan dengan syarak
(b) Terangkan dua pengajaran daripada hadis di sebelah. (2 markah)        
-berhati-hati dalam memilih makanan dan minuman; Allah tidak memakbulkan doa hambanya yang mengambil makanan dan minuman yang haram; umat Islam wajib memakai pakaian yang menutup aurat dan bersih
(c) Tukarkan petikan di bawah ke tulisan rumi. (4 markah)
-Kita wajib menunaikan amanah dan menepati janji terhadap Allah dan manusia. Mereka yang mengkhianati janjinya termasuk dalam golongan munafik

SOALAN RAMALAN SPM
Hadis di atas menggesa umat Islam supaya memilih makanan dan minuman yang baik.
(i) Nyatakan dua ciri makanan yang baik. (2 markah)
-makanan yang diusahakan oleh orang Islam; tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan anggota badan dan akal fikiran seseorang
(ii) Terangkan dua syarat yang mengharuskan seseorang makan makanan yang haram ketika darurat. (2 markah)
-makan bertujuan untuk menyelamatkan nyawa; hanya makanan itu sahaja yang ada pada ketika itu
iii. Terangkan hubungan antara makanan dengan ibadat. (2 markah)
-makan makanan yang halal ibadat yang dilakukan diterima Allah; makan makanan yang haram adalah penghalang kepada sesuatu ibadat
Nilai Murni
Kita hendaklah mengambil makanan yang seimbang bagi menjamin kesihatan tubuh badan.

Tingkatan 4
Bab 9 – Perpaduan Teras Kemajuan


Maksudnya: Abu Hurairah RA. berkata Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Janganlah kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipujangan benci-membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atasjualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi, tidak boleh membiarkannya dalam kehinaan, tidak boleh membohonginya dan menghina sesama Islam. Takwa itu di sini. kata Nabi sambil menunjuk ke dadanya tiga kali. Memadai seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya. Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain haram darah, harta, dan kehormatannya.

RINGKASAN PELAJARAN
Perpaduan dalam Islam adalah bermula daripada persaudaraan yang berasaskan keimanan kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.
Orang Islam hendaklah meninggalkan beberapa amalan buruk yang boleh memecahbelahkan masyarakat Islam iaitu:
-menyimpan perasaan hasad dengki sesama Islam.
-menipu sesama Islam.
-benci-membenci saudara seagama.
-memalingkan muka (tidak bertegur sapa).
-menzalimi orang lain.
-berbunuhan sesama Islam.
-menghina sesama Islam atau membiarkan saudara seislam berada di dalam kehinaan.
Dengki bermaksud perasaan tidak puas hati terhadap nikmat yang diperoleh oleh orang lain dan berharap agar nikmat tersebut ditarik oleh Allah S.W.T..
Tuntutan dalam hadis adalah:
-menjaga tali persaudaraan sesama Islam agar sentiasa kukuh.
-bergaul dengan cara yang baik demi mencapai kesepakatan.
-bercakap benar dan tidak menipu antara satu dengan lain.
-tidak menghina atau memperlekehkan sesama umat Islam.
Langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan:
-mengamalkan sikap bantu-membantu sesama manusia.
-menghormati hak dan kepentingan orang lain agar tidak berlaku perpecahan.
-mengamalkan sikap bertolak-ansur dan sentiasa berbincang untuk mencapai kata sepakat.
-mengamalkan sikap prihatin sesama anggota masyarakat seperti ziarah-menziarahi.
Kesan sekiranya perpaduan tidak dipupuk adalah:
-wujud perpecahan di dalam masyarakat Islam serta berlakunya pergaduhan dan huru-hara.
-umat Islam akan dipandang rendah oleh umat lain.
-hilang semangat kerjasama dan menyukarkan pelaksanaan sesuatu perkara yang melibatkan orang ramai.
Pengajaran hadis:
-Semua umat Islam adalah bersaudara. Oleh itu, kita wajib memelihara hak dan kehormatan umat Islam yang lain.
-Perpaduan merupakan asas untuk mencapai kejayaan dalam hidup bermasyarakat.
-Setiap ahli masyarakat wajib menjaga keharmonian dan perpaduan.


LATIHAN
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1(a) Hadis di sebelah menjelaskan antara sifat yang menjadi perpecahan umat Islam ialah hasad.
(i) Apakah maksud hasad? (2 markah)
-dengki, iri hati atau kurang senang dengan kelebihan orang lain atau berharap nikmat tersebut hilang dan berpindah kepadanya
(ii) Jelaskan dua akibat mengamalkan sifat hasad kepada individu. (4 markah)
-menimbulkan pergaduhan dalam kalangan umat Islam
-wujud suasana benci-membenci antara satu dengan yang lain
(iii) Bagaimanakah cara untuk menghindari sifat tersebut dalam kalangan masyarakat Islam? (4 markah)
-menerapkan nilai-nlai mumi dalam semua lapisan masyarakat
- menjelaskan akibat perbuatan hasad kepada diri dan masyarakat
b(i) Jelaskan dua kepentingan perpaduan kepada umat Islam. (4 markah)
-menghindarkan pergaduhan/perpecahan
-mengeratkan hubungan silaturahim sesama Islam
(ii) Cadangkan dua cara untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan orang Islam. (4 markah)
-mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain
-menghindari sikap mementingkan diri sendiri
(c)(i) Apakah maksud benci-membenci? (2 markah)
-perasaan marah dan tidak menyenangi orang lain
(ii) Jelaskan dua keburukan perbuatan benci-membenci kepada masyarakat. (4 markah)
-berlaku pergaduhan/permusuhan dalam masyarakat
-masyarakat akan berpecah belah dan menjadi lemah
(iii) Bagaimanakah cara menangani perbuatan tersebut dalam kalangan masyarakat Islam? (4 markah)
-menjelaskan akibat sikap benci-membenci kepada individu dan masyarakat
-mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian
2(a) Hadis tersebut menerangkan langkah-langkah untuk mewujudkan semangat perpaduan.
(i) Jelaskan dua kesan sekiranya umat Islam mengingkari larangan hadis tersebut. (4 markah)
-umat Islam akan berpecah belah
-umat Islam akan menjadi mundur/ dipandang rendah oleh masyarakat lain
(ii) Jelaskan dua faktor yang membawa kepada perpecahan sesama Islam. (4 markah)
-wujud perasaan benci-membenci dalam kalangan orang Islam
-menipu dalam menjalankan muamalat sama ada dalam tutur kata atau tingkah laku
(iii) Terangkan dua pengajaran yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian berdasarkan hadis tersebut.  (4 markah)
-orang Islam hendaklah meninggalkan amalan-amalan buruk yang dapat memecahbelahkan umat Islam; umat Islam wajib menjaga harta, maruah, dan kehormatan saudaranya bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmoni
(b) Tulis semula pernyataan di bawah dalam tulisan jawi. (4 markah)
(i) Rumah tangga yang aman dan bahagia.
(ii) Saling bantu-membantu sesama Islam.
(iii) Membenteras gejala sosial tanggungjawab bersama.
(iv) Pendidikan berteraskan akidah Islam.

SOALAN RAMALAN SPM
Senaraikan empat amalan yang memecah-belahkan masyarakat Islam. (4 markah)
-menipu
-hasaddengki
-benci-membenci
-memalingkan muka
Terangkan dua implikasi amalan tersebut terhadap masyarakat. (4 markah)
-akan berpecah belah
-akan dipandang rendah oleh masyarakat lain

Nilai Murni
Kita hendaklah mengekalkan perpaduan bagi menjamin kestabilan bangsa dan negara.


Tingkatan 4
Bab 10 – Perkara-perkara Yang Membatalkan Iman

RINGKASAN PELAJARAN
Iman dari segi bahasa bererti percaya, manakala dari segi syarak adalah membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah tentang keesaaan Allah S.W.T. serta mengamalkan dengan anggota.
Antara perkara-perkara yang membatalkan iman:
-Syirik: menyekutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu pada zat, sifat, dan afal-Nya.
-Kufur: tidak percaya kepada Allah S.W.T. serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W..
-Riddah: keluar daripada agama Islam.
-Khurafat: kepercayaan karut yang dianggap ada hubungan dengan agama Islam tetapi pada hakikatnya bertentangan dengan akidah yang sebenar.
-Sihir: ilmu yang berkaitan dengan perbuatan secara halus melalui pertolongan jin -atau syaitan yang bertujuan memudaratkan manusia lain.
-Nifak: berpura-pura beriman tetapi hakikat sebenar hatinya kufur terhadap Allah S.W.T..
Cara-cara memelihara iman adalah:
-mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
-tidak terpengaruh dan melakukan perbuatan yang merosakkan akidah.
-tidak bergaul dengan golongan yang mengamalkan perbuatan yang merosakkan iman.
Kesan perbuatan yang membatalkan iman:
-akidahnya terbatal.
-mendapat dosa dan kemurkaan Allah S.W.T..
-mendapat azab di akhirat.


LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
Iman menurut bahasa ialah _____
A percaya.  B taat. C patuh. D selamat.

Membuang ancak/Memuja pantai/Memuja kubur keramat
Pernyataan di atas merujuk kepada _____
A sihir. B syirik C kufur. D murtad.

Berikut ialah akibat perbuatan syirik jali kecuali       _____
A menjadi murtad.
B rosak akidah.
C mendapat azab di akhirat.
D berdosa besar.

Pilih antara berikut perbuatan yang boleh membawa kepada kekufuran.
I Tidak mengakui balasan Allah S .W.T.
II Menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran
III Enggan mengeluarkan zakat
IV Mengabaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T.

A I, II, dan III
B I, III, dan IV
C I, II, dan IV
D II, III, dan IV

Pilih contoh kufur hakikat dalam pernyataan berikut.
I Boros berbelanja
II Berkata solat merugikan masa
III Membesar-besarkan diri
IV Menolak hukum yang terdapat dalam al- Quran
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
___6___ ialah mengingkari rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh
Rasulullah S.A.W..
Keluar daripada agama Islam dan menganut agama lain ialah ___7____.
___8____ ialah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T..
Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib ialah __9____.
Kufur terbahagi kepada dua iaitu kufur hakikat dan kufur  ___10___.
Jawapan: 6. Kufur hakikat 7. murtad 8. Nifak 9. sihir 10. nikmat

Isikan ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Ciri-ciri Nifak:
(i) Berbohong
(ii) ___11____
(iii) ___12____
(iv)Munkir Janji
Jawapan: 11. Suka bergaduh 12. Khianat


Tingkatan 4
Bab 11 – Dosa-dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah

RINGKASAN PELAJARAN
Antara jenis dosa besar adalah:
-menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
-menipu dan berbohong.
-mencuri dan merompak.
-riba.
-makan harta anak yatim.
-lari dari medan perang.
-mengumpat dan memfitnah.
-minum arak dan ketagihan dadah.
-zina, liwat, dan musahaqah.
Faktor-faktor yang mendorong seseorang melakukan dosa besar ialah:
-pengaruh daripada kawan dan persekitaran.
-cetek pengetahuan dalam bidang agama.
-sikap sombong di dalam diri manusia yang tidak mahu patuh kepada perintah Allah S.W.T..
-sikap sambil lewa terhadap hukuman di akhirat.
Antara hikmah pengharaman riba adalah:
-mengelak penindasan terhadap orang lain.
-mencegah sikap tamak dan ingin kaya dengan mudah.
-menanam sikap tolong-menolong terhadap mereka yang kesempitan wang tanpa membebankan mereka dengan bayaran tambahan.

L ATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Antara berikut yang manakah bukan faktor manusia melakukan dosa?
A Kurang didikan agama.
B Ingin hidup bebas tanpa batasan agama.
C Terpengaruh dengan rakan yang berakhlak buruk.
D Menghadiri majlis ilmu untuk mendapat ramai kawan.

2. Hukuman ke atas penzina yang belum berkahwin ialah _____
A 60 kali sebatan.
B 100 kali sebatan.
C 80 kali sebatan.
D 120 kali sebatan.

3. Antara berikut yang manakah bukan akibat minum arak dan menagih dadah?
A Mendapat penyakit merbahaya.
B Menenangkan fikiran dan perasaan.
C Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan.
D Punca jenayah seperti mencuri, merom­pak, dan berzina.

4. Perbuatan mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
Pernyataan di atas merujuk kepada _____
A merompak.
B menyamun.
C mencuri.
D rasuah.

5. Pilih kesan perbuatan qazaf kepada individu.
I Mengalami tekanan jiwa
II Maruah akan tercemar
III Melahirkan perasaan dendam
IV Menghilangkan perasaan kasih sayang dalam keluarga
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
Hubungan jenis antara perempuan dengan perempuan menurut istilah syarak ialah __6___
___7__ ialah pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman atau hutang piutang.
Menuduh perempuan yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi yang adil ialah__8___
Hukuman ke atas orang yang minum arak ialah___9___.
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat ialah__10____.

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Hukum Zina
Sudah berkahwin - 11. ______
Belum berkahwin - 12. ______
Jawapan:
6. musabaqah
7. Riba
8. qazaf
9. 40 kali sebatan
10. dosa besar
11. Rejam hingga mati
12. 100 kali sebatan

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
1(a) Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T..
(i) Senaraikan empat dosa besar yang ditegah oleh Allah S.W.T.. (4 markah)
-derhakakepada ibubapa.minumarak, berjudi, makan harta anak yatim
(ii) Jelaskan dua sebab manusia melakukan dosa. (2 markah)
-jahil dalam ilmu agama
-terpengaruh dengan rakan yang suka melakukan dosa
(iii) Terangkan dua implikasi melakukan dosa besar. (2 markah)
-mendapat balasan di dunia dan di akhirat
- mendapat penyakit/dibenci orang ramai
(b) Islam melarang perbuatan menipu dan berbohong. (2 markah)
(i) Nyatakan dua contoh perbuatan menipu dan berbohong. (2 markah)
-menyatakan sesuatu yang tidak betul; menjadi saksi palsu
(ii) Jelaskan dua akibat menipu dan berbohong kepada masyarakat. (4 markah)
-menimbulkan pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat; masyarakat akan berpecah belah

2(a) i. Jelaskan maksud riba. (2 markah)
-pertambahan sesuatu pinjaman akibat pertambahan tempoh bayaran ke atas sesuatu pinjaman
Terangkan dua hikmah pengharaman riba. (4 markah)
-menghindarkan penganiayaan dan pemerasan
-meneguhkan ekonomi sesebuah negara
Terangkan dua langkah menangani amalan riba dalam masyarakat. (4 markah)
-melaksanakan sistem ekonomi berlandaskan Islam; memberi kefahaman kepada masyarakat Islam akibat amalan riba
-membuka lebih banyak kaunter kewangan yang berlandaskan Islam

(b)(i) Apakah maksud qazaf? (2 markah)
-menuduh perempuan yang baik melakukan zina
(ii) Jelaskan dua akibat perbuatan qazaf kepada masyarakat. (4 markah)
-mewujudkan perasaan benci-membenci antara satu sama lain
-hilang rasa kasih sayang sesama Islam
(iii) Terangkan dua hikmah pengharaman zina kepada individu. (4 markah)
-menghindarkan penyakit yang merbahaya
-memelihara kehormatan atau maruah diri seseorang

SOALAN RAMALAN SPM
Apakah maksud memfitnah? (2 markah)
-membuat tuduhan palsu terhadap seseorang
Jelaskan dua kesan mengumpat dan memfitnah kepada masyarakat. (4 markah)
-masyarakat Islam akan berpecah
-masyarakat akan menjadi lemah dan tidak maju

Terangkan dua langkah mengatasi amalan mengumpat dan memfitnah dalam masyarakat. (4 markah)
-menerapkan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat
-masyarakat hendaklah mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan seharian

Nilai Murni
Kita hendaklah sentiasa menjauhi perkaira-perkaira yang mendorong kepada dosa-dosa besar.

Tingkatan 4
Bab 12 – Tuntutan Taubat
RINGKASAN PELAJARAN
Taubat dari segi bahasa bermaksud kembali, manakala dari sudut syarak bermaksud kembali semula mentaati Allah S.W.T. dan menyesal atas segala perbuatan yang lalu serta berazam tidak mengulanginya lagi.
Syarat-syarat taubat adalah:
-menyesal terhadap dosa yang dilakukan.
-berhenti melakukan maksiat dengan segera dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.
-memohon ampun daripada Allah S.W.T. dan jika berkait dengan orang lain, memohon maaf daripada orang tersebut.
-mengqada semua kewajipan yang ditinggalkan.
Kepentingan taubat adalah:
-dapat menghapuskan dosa dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
-untuk mendapat keampunan dan tidak dimurkai Allah S.W.T..
-tidak mati di dalam maksiat.
Hikmah bertaubat adalah:
-mengelakkan diri daripada terus melakukan dosa.
-memberi ketenangan jiwa kepada orang yang pernah berdosa.
-menambah keimanan dan kecintaan terhadap Allah S.W.T..
-mendapat jaminan tempat di syurga Allah S.W.T..
-membina semula hubungan silaturahim yang terputus akibat perbuatan salah sebelum ini.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
Apakah maksud taubat?
A Doa untuk mendapat reda Allah S.W.T.
B Suatu cara beribadat kepada Allah S.W.T.
C Memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
D Memohon hidayah dan petunjuk Allah S.W.T.

Hukum bertaubat bagi orang yang telah melakukan dosa ialah
A wajib.
B sunat.
C harus.
D makruh.

Manakah antara berikut merupakan pernyataan yang benar mengenai taubat?
A Taubat boleh dilengah-lengahkan
B Allah akan menerima taubat hamba-Nya
C Segera bertaubat apabila melakukan dosa
D Seseorang itu diharuskan bertaubat apabila telah tua

Mengapakah taubat perlu disegerakan?
A Seseorang itu boleh bertaubat bila-bila masa
B Ajal seseorang tidak diketahui
C Supaya dipandang mulia oleh manusia
D Supaya hidup disukai oleh manusia

5 Antara hikmah taubat ialah _____
I mendapat balasan syurga di akhirat
II menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
III dapat berterus-terang memohon maaf kepada manusia.
IV memberi ketenangan hati kepada Muslim

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Pilih syarat-syarat taubat.
I Melakukan amal kebaikan
II Menyesal atas dosa yang dilakukan
III Bernekad tidak akan mengulangi dosa itu lagi
IV Benci dengan dosa yang telah dilakukan

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Taubat ialah __7___ mentaati Allah S.W.T. setelah menyesal melakukan dosa atau kemungkaran.
Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ___8___ tanpapaksaan.
Setiap Muslim hendaklah sentiasa beristighfar dan __9____ keampunan Allah S.W.T. terhadap dosa yang dilakukan.
Manusia tidak sunyi daripada melakukan ___10___ dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah bertaubat.
Kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah S.W.T. sebelum nyawa sampai ___11___.
Hukum bertaubat bagi orang yang melakukan dosa adalah ___12___.

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Hikmah Taubat
13. _____
14. ______
15. Mendapat keampunan serta petunjuk Allah S.W.T.
16. Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
Jawapan:
7. kembali
8. ikhlas
9. memohon
10. dosa
11. di halkum
12. wajib
13. Dapat memberi ketenangan jiwa dan perasaan
14. Sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
1 (a)Allah S.W.T. Maha Penyayang memberi peluang kepada hamba-Nya yang melakukan dosa untuk bertaubat kepada-Nya.
Apakah maksud taubat?  (2 markah)
-kembali semula mentaati Allah dan menyesal atas segala perbuatan yang lalu dan berazam tidak mengulanginya lagi
(ii)Nyatakan dua tujuan orang yang berdosa disuruh bertaubat. (4 markah)
-membersihkan diri daripada dosa yang dilakukan
-takut dengan azab Allah yang amat pedih
(iii) Terangkan dua syarat taubat yang diterima Allah S.W.T.. (4 markah)
-menyesal dengan perbuatan yang telah dilakukan
-berazam dengan bersungguh-sungguh untuk meninggalkan perbuatan yang berdosa
(b) Taubat yang sempurna dilakukan mengikut syarat-syarat tertentu.
(i) Nyatakan dua syarat taubat. (4 markah)
-menyesal akan dosa yang dilakukan
-berazam tidak akan mengulanginya lagi
(ii) Jelaskan tiga hikmah taubat kepada individu. (6 markah)
-keimanan dan ketakwaan kepada Allah dapat ditingkatkan
-memperoleh ketenangan jiwa
-mendapat hidayat dalam kehidupan

2(a) Orang yang melakukan dosa wajib bertaubat kepada Allah S.W.T..
(i) Jelaskan dua sebab orang yang berdosa wajib bertaubat kepada Allah S.W.T.. (4 markah)
- seseorang itu tidak tahubila akan mati
-untuk mendapat balasan baik daripada Allah
(ii) Terangkan tiga faktor seseorang itu melakukan perbuatan dosa atau mungkar. (6 markah)
-iman yang tidak kukuh/mantap
-jahil dalam agama
- terpengaruh dengan rakan yang melakukan kemungkaran
(b)(i)Nyatakan dua sebab orang yang bertaubat dikasihi Allah S.W.T.. (4 markah)
-kerana kembali mentaati Allah; telah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah
(ii) Terangkan tiga kesan taubat kepada kehidupan Muslim. (6 markah)
-memperoleh ketenangan hati dan perasaan; menjadikan dirinya seorang yang berakhlak mulia; sentiasa menjauhi perkara-perkara mungkar

SOALAN RAMALAN SPM
Terangkan dua faktor yang menyebabkan taubat seseorang tidak diterima Allah S.W.T.. (4 markah)
-taubat tidak bersungguh-sungguh
-taubat tidak ikhlas
-taubat ketika hampir mati/nazak
Nyatakan dua amalan yang perlu dilakukan seiring dengan taubat. (2 markah)
-sentiasa beristighfar
-menunaikan solat taubat
-melazimi amalan sunat
Nilai Murni
Sentiasa mengamalkan istighfar, melakukan amalan kebajikan dan melazimi amalan- amalan sunat dalam kehidupan seharian.


Tingkatan 4
Bab 13 – Lambaian Kaabah
RINGKASAN PELAJARAN
Kewajipan haji dan umrah:
-haji dan umrah ialah Rukun Islam kelima, wajib ditunaikan oleh mereka yang mampu sekali seumur hidup.
-haji pada istilah bermaksud mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
-umrah pada bahasa bermaksud ziarah, manakala dari segi istilah syarak bermaksud menziarahi kaabah pada bila-bila masa dengan syarat mengerjakan ibadat-ibadat tertentu mengikut syarat-syaratnya.
-upah haji ialah melakukan ibadat bagi pihak orang lain, ia diharuskan dalam syarak jika memenuhi syarat.
-haji dan umrah mengandungi rukun, perkara wajib serta syarat-syaratnya yang mesti dipenuhi semasa mengerjakannya.
Perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram atau umrah adalah:
-memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki.
-memakai bau-bauan.
-memotong mana-mana bulu di anggota badan.
-mencabut dan mengerat tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram.
-berkahwin atau mengahwinkan seseorang.
Hikmah haji adalah:
-menghapuskan dosa-dosa kecil.
-menambahkan kenalan dalam kalangan umat Islam.
-melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan.
- mengeratkan hubungan persaudaraan umat Islam.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan haji dan umrah:
-haji boleh dilakukan dengan salah satu daripada tiga cara, iaitu ifrad, tamattuk, dan qiran.
-jemaah haji boleh melaksanakannya berdasarkan kesesuaian dan haji yang paling afdal ialah Haji Ifrad.
-haji dan umrah mengandungi dua miqat, iaitu Miqat Zamani (sempadan masa) dan Miqat Makani (sempadan tempat).
-tahallul ialah keluar daripada ihram haji atau umrah.
-tahallul terbahagi kepada dua, iaitu Tahallul Awal dan Tahallul Thani.
-nafar ialah keluar dari Mina dengan niat tidak kembali lagi ke sana pada musim haji tersebut.
-nafar terbahagi kepada dua, iaitu Nafar Awal dan Nafar Thani.
Konsep dam:
-dam ialah denda yang dikenakan ke atas jemaah haji atau umrah yang melakukan beberapa perkara sama ada melakukan perkara yang dilarang semasa dalam ihram, meninggalkan perkara wajib haji atau mengerjakan haji secara tamattuk atau qiran.
-dam terbahagi kepada empat, iaitu:
-Dam Tertib dan Takdir.
-Dam Tertib dan Takdil.
-Dam Takhyir dan Takdir.
-Dam Takhyir dan Takdil.
-ada beberapa hikmah dam dalam ibadat haji dan umrah, antaranya untuk memastikan jemaah haji berdisiplin semasa mengerjakan haji dan umrah.

LATIHAN A
Jawab semua soalan
1. Hukum mengupah haji ialah ____
A wajib
B sunat
C harus
D Makruh

Niat – Tawaf – Tertib – Sai –Bercukur
2. Peryataan di atas merujuk kepada
A rukun haji
B wajib haji
C rukun umrah
D wajib umrah

3. Berikut adalah pengertian berkuasa atau berkemampuan untuk menunaikan ibadat haji kecuali
A sihat tubuh badan.
B mempunyai kewangan yang cukup.
C selamat dalam perjalanan.
D bagi suami ditemani oleh isteri.

4. Berikut merupakan perkara yang dilarang semasa mengerjakan haji kecuali _____
A menutup kepala bagi lelaki.
B bersarung tangan bagi wanita.
C menebang pokok di tanah halal.
D memakai bau-bauan pada badan dan pakaian.

5. Di manakah jemaah haji bermalam pada 11, 12, dan 13 Zulhijah?
A Mina          
B Madinah
C Makkah
D Muzdalifah

6. Berikut adalah kesalahan yang dikenakan Dam Takhyir dan Takdir.
I Memotong kuku
II Memakai bau-bauan
III Memakai minyak rambut
IV Berburu binatang buruan

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
 D II, III, dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
7. Mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji ialah _____  
8. Bermalam di Mina adalah antara perkara _____ haji.
9. ______ ialah berulang-alik dari bukit Safa ke Marwah.
10. ______ ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan niat haji dan umrah.
11. ______ ialah mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat tertentu.
Jawapan: 7. Haji Qiran, 8. wajib, 9. Sai, 10. Miqat, 11. Tawaf

Isi ruang kosong dengan jawapan yang sesuai.
Cara Mengerjakan haji
12. _______ (Haji Ifrad)
13. _______ (Haji Tamatuk)
14. _______ (Haji Qiran)

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
1 (a) Ibadat haji merupakan kewajipan yang dituntut kepada orang Islam yang berkemampuan.
i. Jelaskan pengertian haji. (2 markah)
-mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah untuk mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu
ii. Senaraikan empat syarat wajib haji dan umrah. (4 markah)
-beragama Islam
-berakal
-baligh
-merdeka
iii. Terangkan perbezaan antara haji dengan umrah. (4 markah)
-ibadat haji dilakukan pada masa tertentu, manakala umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa
-ibadat haji ada wukuf, manakala umrah tidak ada wukuf
(b) Rukun haji adalah perkara yang wajib dilakukan ketika mengerjakan ibadat haji.
(i) Senaraikan empat rukun haji. (4 markah)
-niat ihram mengerjakan haji
-wukuf di Arafah
-tawaf di Baitullah
-bercukur
(ii) Jelaskan perbezaan antara rukun haji dengan wajib haji. (4 markah)
-rukun haji ialah amalan haji yang wajib dilakukan, jika tertinggal satu daripadanya, haji tidak sah.
-wajib haji ialah amalan haji yang wajib dilakukan. jika tertinggal satu daripadanya, haji sah tetapi kena bayar dam/denda.
(c)(i)Bilakah jemaah haji melakukan wukuf di Arafah? (2 markah)
-mulai gelincir matahari 9 Zulhijah hingga terbit fajar 10 Zulhijah
(ii) Nyatakan dua amalan sunat ketika wukuf. (2 markah)
-membanyakkan zikir, tahmid, tasbih, dan talbiah, membaca al-Quran
2.(a) Ibadat haji yang difardukan ke atas umat Islam mempunyai hikmah-hikmah tertentu.
i. Jelaskan dua hikmah haji kepada individu. (4 markah)
-dapat melawat tempat-tempat bersejarah
-dapat berkenalan dengan jemaah haji daripada negara-negara lain di dunia
ii. Apakah maksud upah haji? (2 markah)
-melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain
iii. Jelaskan dua sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain. (4 markah)
-ibu bapa meninggal duni
-tiada keupayaan fizikal untuk mengerjakan haji
(b) (i) Apakah maksud dam? (2 markah)
-denda yang dikenakan ke atas jemaah haji kerana melakukan perkara yang dilarang atau meninggalkan perkara wajib haji
(ii) Jelaskan dua hikmah dikenakan dam. (4 markah)
-sebagai denda kerana melanggar larangan haji, supaya jemaah sentiasa berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara

SOALAN RAMALAN SPM  
1 (a) i. Nyatakan dua perkara yang dilarang ketika ihram. (2 markah)
-memakai minyak wangi; memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki
ii. Jelaskan dua hikmah syariat menetapkan larangan-larangan tersebut kepada jemaah haji. (4 markah)
-supaya jemaah haji sentiasa berdisiplin; supaya seseorang itu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dalam kehidupan seharian

Tingkatan 4
Bab 14 - Sembelihan
RINGKASAN PELAJARAN
Sembelihan bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan merih dengan menggunakan alat yang tajam, kecuali tulang, kuku, gigi serta tali dengan niat kerana Allah S.W.T..
Perkara sunat sembelihan adalah:
-membaca Bismillah.
-bertakbir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W..
-menggunakan alat sembelihan yang tajam.
-menghadapkan haiwan ke arah kiblat dengan membaringkannya pada rusuk kiri.
-menggunakan alat yang benar-benar tajam.
-melakukan sembelihan pada waktu siang.
-menampakkan alat sembelihan kepada haiwan yang hendak disembelih. Menggunakan alat yang tumpul. Mematahkan leher haiwan sebelum disembelih. Tidak menghadapkan haiwan ea rah kiblat.
Hikmah penyembelihan adalah:
-dapat mematikan haiwan dengan cepat dan terjamin kebersihannya.
-mengeluarkan darah kotor daripada badan haiwan dan memastikan daging yang dimakan bersih. sebagai tanda penghormatan terhadap makhluk Allah S.W.T. yang lain.
-menjauhkan diri daripada sebarang penyakit daripada darah kotor haiwan.

LATIHAN A
Jawab semua soalan yang berikut
1. Mengikut syariat Islam, syarat binatang yang disembelih mestilah _____
A binatang yang cukup umur.
B mati dengan sekali sembelihan.
C menggunakan benda yang tajam.
D niat sembelihan semasa menyembelih.

2. Apakah hukum memakan mana-mana bahagian anggota binatang al-An’am yang terpotong tanpa disembelih?
A Harus        
B Sunat
C Haram
D Makruh

3. Antara perkara makruh semasa sembelihan ialah _____
A tidak membaca basmalah.
B menyembelih binatang yang kurus.
C melakukan sembelihan di siang hari.
D sembelihan dilakukan dengan alat elektrik.

4. Berikut adalah hikmah disyariatkan sembelihan dalam Islam kecuali _____
A mengelakkan penyakit
B memudahkan manusia untuk memakannya
C sebagai tanda penghormatan kepada binatang
D memastikan daging binatang bersih, halal dan bermutu tinggi

5. Berikut adalah perkara-perkara sunat semasa sembelihan kecuali _____
A berselawat ke atas nabi
B menyebut nama Allah S .W.T.
C menghadap binatang ke arah kiblat
D melakukan sembelihan pada waktu malam

6. Berikut merupakan bahagian anggota yang haram dimakan, kecuali ______
A darah
B kulit binatang disembelih
C buah pinggang
D hati dan limpa

7. Manakah antara berikut golongan yang tidak diharuskan untuk melakukan sembelihan?
A Orang kafir
B Ahli kitab
C Muslim lelaki
D Muslimah perempuan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
8. Sembelihan ialah  _____ nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat merih.
9. Semasa melakukan sembelihan, binatang hendaklah dihadapkan ke arah _______.           
10. Syarat sah binatang yang disembelih ialah mati dengan ______ sembelihan sahaja.
11. Menyembelih dapat mengeluarkan  ______ binatang yang mengandungi kuman-kuman penyakit.
12. Syarat sah bagi alat sembelihan ialah benda-benda yang ______  kecuali kuku, tulang, rambut,dan tali.
Jawapan: 8. menghilangkan 9. kiblat, 10. sekali, 11. darah 12 tajam  

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Syarat Binatang sembelihan
13. ___________ (Halal dimakan)
14. ___________ (Masih hidup)
Putus urat halkum dan urat merih

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
(a) Binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu sebelum dimakan.
i. Jelaskan dua sebab binatang tersebut hendaklah disembelih terlebih dahulu. (4 markah)
-untuk mengeluarkan darah yang mengandungi kuman penyakit; supaya memakan daging yang halal
ii. Senaraikan empat perkara sunat dilakukan semasa menyembelih binatang. (4 markah)
-berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
-sembelihan dilakukan pada siang hari
-sembelihan dilakukan dengan segera
-menyebut nama Allah seperti lafaz basmallah
iii. Terangkan tindakan yang harus dilakukan apabila hendak menyembelih seekor lembu yang terjatuh ke dalam perigi. (2 markah)
-hendaklah disembelih mana-mana anggota bahagian badan asalkan dapat mematikannya
(b) i. Jelaskan empat perkara makruh ketika menyembelih binatang. (4 markah)
-tidak membaca basmallah
-menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih
-menggunakan alat sembelihan yang tumpul
-mematahkan leher binatang sebelum hilang nyawanya
ii. Terangkan dua akibat makan daging yang tidak disembelih. (4 markah)
-ibadat tidak diterima Allah; mudah mendapat penyakit
(a) Syarat bagi alat sembelihan ialah tajam.
i. Nyatakan dua hikmah menyembelih binatang dengan menggunakan alat yang tajam. (4 markah)
-untuk mematikan binatang yang disembelih dengan cepat
-supaya tidak menyeksa binatang
ii. Terangkan dua hikmah sembelihan dalam Islam. (4 markah)
-sebagai penghormatan manusia terhadap makhluk ciptaan Allah
-untuk memelihara akidah dan kesucian agama Islam
(b) Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut.
i. Puan Hamidah menyembelih seekor ayam sedangkan suaminya ada di sisinya. (2 markah)
-sah kerana tidak menyalahi hukum sembelihan
ii. Encik Zainal menyembelih seekor burung dengan menetak lehernya sehingga putus. (2 markah)
-tidak sah kerana menyalahi syarat sah sembelihan

SOALAN RAMALAN SPM
(a) Sembelihan ialah perkara yang disyariatkan dalam Islam,
i. Jelaskan maksud sembelihan. (2 markah)
-menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah
ii. Nyatakan dua rukun sembelihan. (2 markah)
-penyembelih
-binatang sembelihan
-alat sembelihan
iii. Jelaskan tiga kelebihan makan daging yang disembelih. (6 markah)
-terhindar daripada sebarang penyakit
-ibadat diterima oleh Allah
-menjaga akidah dan ajaran Islam

Nilai Murni
Hendaklah menggunakan alat yang tajam ketika menyembelih binatang.

Tingkatan 4
Bab 15 – Korban Amalan Mulia
RINGKASAN AMALAN MULIA
Korban bermaksud menyembelih haiwan ternakan (al-An’am) pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijah) dengan tujuan beribadat kepada Allah S.W.T..
Syarat sah korban ialah:
-binatang tersebut tidak mengalami kecacatan yang boleh mengurangkan daging seperti kudung.
-binatang tersebut sudah cukup umur mengikut syaratnya.
-dilaksanakan dalam tempoh waktu korban, iaitu selepas solat sunat Aidiladha sehingga terbenam matahari 13 Zulhijah.
-penyembelih beragama Islam.
-dilakukan dengan niat untuk berkorban.
Perkara sunat korban adalah:
-membaca Bismillah dan bertakbir.
-berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W..
-menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya pada rusuk kiri.
-memilih haiwan yang gemuk.
Hikmah korban adalah:
-sebagai tanda kesyukuran terhadap segala nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T..
-mendidik sikap bertimbang rasa, simpati, dan tolong- menolong antara satu dengan lain.
-memberi peluang kepada fakir miskin untuk sama-sama menikmati daging korban.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
Pilih pernyataan yang benar tentang ibadat korban.
A Wajib diberi kepada fakir
B Wajib dilakukan di siang hari
C Sunat dilakukan jika bernazar
D Sunat tidak dipatah-patahkan tulang

Pilih cara pembahagian daging korban yang dianjurkan dalam Islam.
I Sunat diberi mentah
II Sunat dimasak manis
III Wajib diberi kepada fakir
IV Haram diberi kepada kafir

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Manakah contoh binatang al-An’am?
A Ayam, itik, dan burung
B Ayam, kuda, dan lembu
C Kambing, kuda, dan unta
D Kambing, lembu, dan unta

Antara berikut yang manakah syarat-syarat sah korban?
I Disembelih oleh kanak-kanak
II Bertakbir ketika menyembelih
III Niat korban ketika menyembelih
IV Binatang ternakan yang halal dimakan

A I dan II
B I dan III     
C II dan III
D III dan IV

Korban menjadi wajib jika seseorang itu
A bernazar.
B dikurniakan harta yang banyak.
C memiliki binatang al-An’am yang banyak.
D berjanji dengan orang lain untuk berkorban.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
6. Korban adalah menyembelih binatang al-An'am yang dilakukan pada hari raya atau hari-hari Tasyrik.
7. Hari-hari Tasyrik adalah pada 11,12, dan 13 haribulan       
8. Hukum asal bagi korban adalah         
9. Hukum orang yang bernazar memakan daging korban adalah   
10. Ibadat korban dapat mengingati pengorbanan Nabi                     
Jawapan: 6. Aidiladha 7. Zulhijah, 8. sunat muakkad, 9. haram, 10. Ibrahim
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Jenis Binatang Ternakan
Umur
Kambing
2 tahun atau lebih
Lembu
11. 2 tahun atau lebih
Unta
12. 5 tahun atau lebih
Biri-biri
1 tahun atau lebih

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
1 (a) i. Apakah maksud ibadat korban? (2 markah)
-menyembelih binatang temakan (al-An'am) pada hari raya Aidiladha atau hari-hari Tasyrik dengan tujuan ibadat kepada Allah
ii. Nyatakan empat syarat sah korban. (4 markah)
-binatang yang sudah cukup umur
-disembelih oleh orang Islam
-diniatkan korban ketika menyembelih
-disembelih dalam waktu korban

(b) i. Daging korban hendaklah diagihkan mengikut pembahagian yang betul.
Terangkan dua cara pembahagian tersebut. (2 markah)
-1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
-1/3 diberi kepada orang ramai (jiran dan sahabat handai)
-1/3 orang yang melakukan korban
ii. Bilakah masa mula dan masa akhir bagi ibadat korban? (2 markah)
-masa bermula adalah selepas naik matahari pada hari raya korban, masa berakhir adalah apabila terbenam matahari pada 13 Zulhijah
2 (a) i. Jelaskan dua amalan sunat dalam ibadat korban. (4 markah)
-membaca basmallah dan bertakbir, berselawat ke atas nabi
-menghadap binatang ke arah kiblat
ii. Senaraikan empat golongan yang dituntut berkorban. (4 markah)
-orang Islam
-merdeka
-bermukim,
-berkemampuan
(b) i. Ibadat korban dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.
Bagaimanakah korban dapat mengeratkan hubungan sesama manusia? (4 markah)
-golongan kaya dapat membantu golongan miskin; golongan miskin dapat sama-sama merasa makanan yang lazat
ii. Terangkan dua hikmah ibadat korban. (4 markah)
-mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail; memupuk semangat berkorban; memberi peiuang kepada fakir miskin menikmati daging korban
(c) Nyatakan hukum dan alasan bagi situasi berikut.
i. Imran melakukan ibadat korban pada 9 Zulhijah. (2 markah)
-tidak sah kerana korban hendaklah dilakukan pada Zulhijah dan hari-hari Tasyrik
ii. Azman melaksanakan ibadat korban dengan mengorbankan seekor lembu. Setelah selesai penyembelihan, doktor haiwan telah mengesahkan kepada Azman bahawa lembu yang disembelih telah dijangkiti penyakit. (2 markah)
-sah sembelihan tetapi dagingnya tidak boleh dimakan

SOALAN RAMALAN SPM
(a) i. Senaraikan empat binatang yang sah dijadikan korban. (4 markah)
-lembu, kambing, kerbau, biri-biri, unta
ii. Nyatakan dua syarat sah binatang yang boleh dibuat korban. (2 markah)
-binatang ternakan al-An’am
-binatang yang halal dimakan, binatang cukup umur
-binatang ternakan sihat dan tidak cacat

Nilai Murni
Hendaklah mengamalkan sikap bantu-membantu apabila penyembelihan korban dilakukan di tempat anda.

Tingkatan 4
Bab 16 - Akikah
RINGKASAN PELAJARAN
Akikah bermaksud menyembelih haiwan ternakan (al- An'am) kerana menyambut keiahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T..
Syarat-syarat sah akikah ialah:
-berniat akikah ketika menyembelih.
-binatang halal dimakan dan cukup umurnya.
-binatang tersebut tidak mengalami kecacatan.
-mengikut syarat-syarat sah sembelihan yang lain.
Perkara sunat dilakukan semasa akikah ialah:
-berdoa semasa hendak menyembelih.
-menyembelih ketika matahari sedang naik.
-daging dimasak manis.
-tidak mematahkan tulang haiwan yang disembelih.
-dilakukan pada hari ketujuh selepas keiahiran.
Hikmah akikah adalah seperti yang berikut:
-sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah S.W.T. kerana dikurniakan anak dan menghebahkan kepada masyarakattentang keiahiran anak.
-untuk memulakan kehidupan anak dengan kebajikan.
-memupuk kerjasama dan silaturahim antara satu dengan lain.
-memupuk sikap ikhlas dan suka bersedekah.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Hukum melakukan akikah adalah _____.
A wajib.
B harus.
C makruh.
D sunat muakkad.

2. Pilih syarat-syarat sah akikah.
I Menyembelih binatang ternakan
II Niat akikah ketika menyembelih
III Memenuhi syarat-syarat sembelihan
IV Pada hari ketujuh keiahiran bayi

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

3. Nyatakan umur kambing yang sah dibuat akikah.
A Satu tahun lebih
B Dua tahun lebih
C Lima tahun
D Tiga tahun

4. Berikut tidak termasuk dalam perkara sunat akikah.
A Berdoa ketika menyembelih binatang
B Menyembelih ketika matahari sedang naik
C Daging dibahagi-bahagikan kepada orang ramai
D Dilakukan pada hari ketujuh selepas keiahiran
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul/sesuai.
5. _____ ialah menyembelih binatang al-An’am sebagai tanda kesyukuran sempena kelahiran bayi.
6. Sebaik-baik akikah ialah menyembelih _____ ekor kambing untuk
7. Akikah afdal dilakukan pada hari  _____ kelahiran bayi.
8. Cukup umur bagi unta untuk akikah ialah ____ tahun.
Jawapab: 5. Akikah 6. dua 7. ketujuh 8. lima

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Syarat-syarat Sah Akikah
Menyembelih binatang yang tidak cacat
9 ________ (Binatang halal dimakan dan cukup umumya)
10 _______ (Mengikut syarat-syarat sembelihan yang lain)
Berniat akikah ketika menyembelih

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
(a) i. Jelaskan maksud akikah. (2 markah)
-menyembelih haiwan ternakan (al-An'am) kerana menyambut kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
ii. Jelaskan dua perkara sunat dilakukan ketika akikah. (2 markah)
-berdoa semasa hendak menyembelih; daging dimasak manis
(b) i. Senaraikan tiga syarat sah akikah. (3 markah)
-bemiat akikah ketika menyembelih
-binatang halal dimakan dan cukup umumya
-binatang tersebut tidak mengalami kecacatan
ii. Terangkan tiga hikmah akikah terhadap masyarakat. (3 markah)
- melahirkan kesyukuran kepada Allah
-memupuk amalan suka bersedekah
-mengukuhkan ikatan silaturahim dengan jiran tetangga
(a) i. Bilakah waktu yang lebih afdal melakukan akikah? (2 markah)
 -dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi
ii. Berapakah kadar kambing untuk melakukan akikah bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan? (2 markah)
-2 ekor kambing yang sama besar untuk setiap anak lelaki; seekor kambing untuk anak perempuan
(b) i. Bagaimanakah ibadat akikah dapat mengeratkan silaturahim sesama Islam? (2 markah)
-kerana semasa mengadakan akikah disunatkan mengadakan jamuan untuk orang ramai dan ini dapat mengeratkan silaturahim sesama Islam
ii. Terangkan dua perbezaan antara akikah dan korban. (4 markah)
-akikah: menyembelih binatang ternakan (al-An'am) kerana menyambut kelahiran bayi, sunat disedekah setelah dimasak manis, tidak wajib disedekah kepada fakir miskin
-korban: menyembelih binatang ternakan (al-An'am) pada hari raya Aidiladha atau hari-hari Tasyrik. sunat disedekah mentah-mentah. daging wajib disedekah kepada fakir miskin

SOALAN RAMALAN SPM
Bagaimanakah cara pengagihan daging akikah?
A Wajib diberi kepada fakir          
B B Sunat diberi mentah
C Sunat dimasak manis    
D Haram diberi kepada orang kaya        

Berikut adalah binatang al-An’am yang boleh dijadikan akikah kecuali _____
A kerbau       
B kuda          
C kambing
D biri-biri

Berikut adalah pernyataan yang menerangkan hikmah akikah kecuali _____
A mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.
B tanda bersyukur kepada Allah atas kurniaan zuriat.
C mengeratkan silaturahim sesama Islam
D memajukan industri pertanian.

Mencukur rambut bayi pada waktu akikah termasuk dalam perkara _____
A sunat akikah.
B harus akikah.
C wajib akikah.
D makruh akikah.

Nilai Murni
SentiQsa bersyukur kepada Allah S.UJ.T. dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Tingkatan 4
Bab 17 - Jual Beli (Al-Bai’) Dan Sewa (Al-Ijarah)
RINGKASAN PELAJARAN
Jual beli bermaksud menukarkan sesuatu barang dengan barang yang lain mengikut cara tertentu.
Sewa bermaksud satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah daripada sesuatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.
Jual beli yang dilarang tetapi sah adalah:
-membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain.
-membeli barang dengan niat untuk menyekat orang lain daripada membeli barang tersebut.
-membeli barang daripada penjual dari kampung dengan harga yang murah daripada harga pasaran kerana penjual tersebut tidak mengetahui harga pasaran yang sebenar.
-menipu dalam jual beli seperti mencampurkan buah yang elok dengan buah yang rosak.
-mengurangkan sukatan dan timbangan.
Jual beli yang tidak sah dan dilarang adalah:
-menjual barang untuk tujuan maksiat seperti menjual patung, salib, babi, arak, dadah, dan makanan yang diharamkan oleh syarak.
-menjual barang yang tidak dimiliki seperti ikan di lautan.
-menjual buah-buahan di atas pokok yang masih putik kerana dikhuatiri akan gugur atau rosak.
-menjual sesuatu dengan meletakkan syarat lain.
Syarat sah sewa:
-barang yang disewa memberi manfaat kepada penyewa.
-barang tersebut kekal manfaatnya sepanjang tempoh sewaan.
-bayaran sewa telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
-masa sewaan dan kadar sewaan ditentukan dengan jelas.
                                   
LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Manakah antara berikut bukan syarat barang yang hendak dijual?
A Bersih dan suci
B Kepunyaan penjual
C Barang yang harganya murah
D Penjual dan pembeli mengetahui jenis barang

2. Pilih jual beli yang dilarang tetapi sah menurut syarak.
I Membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam tempoh khiyar
II Berjual beli barang yang haram tetapi digunakan untuk kebaikan
III Melakukan jual beli bersyarat
IV Monopoli dalam jual beli

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Berikut bukan syarat manfaat dalam urusan sewa.
A Dapat diberikan oleh yang mengambil upah
B Diketahui kadar dan jangka masa
C Dibayar dengan wang
D Berharga

4. Berikut merupakan hikmah Islam mengharuskan sewaan dalam muamalat Islam kecuali _____.
I mengeratkan persaudaraan sesama Islam
II membantu meningkatkan taraf hidup seseorang
III memudahkan perjanjian dibuat antara sesama Islam
IV memberi peluang kepada pemilik sewa mendapat hasil daripada sewaan
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Satu perjanjian untuk memiliki manfaat daripada suatu barang yang diterima ialah maksud __5___.
Rukun sewaan ialah penyewa dan pemberi sewa, bayaran sewa dan __6___.      
Ijab dan kabul ialah ___7___ antara kedua pihak melakukan jual beli.
Antara syarat barang yang boleh dijual beli ialah ___8___.
Jual beli ialah ___9___  barang dengan barang mengikut syarat yang tertentu.
Menjual barang yang disimpan bagi tujuan maksiat menurut syarak hukumnya ___10____.           
Jawapan: 5 sewaan, 6. manfaat 7. persetujuan 8. berfaedah 9. menukarkan 10. haram

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Penjual dan pembeli
Rukun Jual Beli
11. ________ (harga/barang)
12. ________ (harga/barang)
13. Penjual dan pembeli
14. Ijab dan Qabul

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
(a) Jual beli adalah muamalat yang diharuskan syarak.
i. Apakah maksud jual beli? (2 markah)
-menukarkan suatu barang dengan barang yang lain dengan cara yang tertentu
ii. Nyatakan dua jual beli yang dilarang dan tidak sah. (2 markah)
-jual beli buah-buahan yang berada di pokok (tidak masak)
-jual beli barang yang disimpan untuk tujuan maksiat
iii. Nyatakan dua syarat barang yang boleh dilakukan jual beli. (2 markah)
-suci, bersih, dan tidak bercampur bahan-bahan yang tidak baik; boleh menyerahkan barang tersebut semasa urusan berjual beli
(b) Jual beli yang diharuskan syarak mengandungi beberapa hikmah.
i. Jelaskan dua hikmah jual beli. (2 markah)
-memenuhi keperluan manusia melalui pertukaran barang; sumber ekonomi kepada masyarakat dan negara
ii. Jelaskan dua urusan jual beli yang dilarang tetapi sah. (4 markah)
-menipu semasa menjual seperti menjual barang tiruan
-menyekat pedagang luar bandar dengan tujuan memborong barang dengan harga yang rendah
2(a) i. Nyatakan maksud sewa(2 markah)
-satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah daripada sesuatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan
ii. Senaraikan syarat-syarat penyewa dan pemberi sewa. (3 markah)
-akil baligh
-kemahuan sendiri
-tidak bersifat Membazir
iii. Terangkan dua perkara yang menyebabkan tamat kontrak sewaan. (2 markah)
-barang yang disewakan musnah atau hilang
-tidak menepati syarat kontrak sewaan atau perjanjian
-tamat tempoh
(b) Terangkan dua hikmah diharuskan sewa. (4 markah)
-harta yang halal diperoleh melalui upah sewaan diberkati Allah
-manfaat sesuatu barang dapat diberikan kepada orang lain
(c) Nyatakan hukum dan alasan bagi situasi berikut.
i. Encik Ramli menjual rumah milik adiknya kepada Encik Zainal. (2 markah)
-tidak sah kerana bukan miliknya
Encik Zainal menjual burung yang dipeliharanya yang sedang berterbangan di udara. (2 markah)
-tidak sah kerana menjual barang yang tidak jelas
iii. Encik Zulkarnain memaksa seseorang menyewa rumah kepadanya. (2 markah)
-tidak sah kerana terdapat unsur paksaan dalam urusan sewa-menyewa

SOALAN RAMALAN SPM
Pilih syarat barang yang hendak dijual.
Kepunyaan penjual
Barang yang harganya mahal
Penjual dan pembeli mengetahui jenis barang
Bersih dan suci
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II,III,danIV

Berikut merupakan rukun jual beli kecuali
A harga
B tempat
C akad
D pembeli

Tingkatan 4
Bab 18 – Gadaian (Ar-Rahnu) Dan Syarikat (As- Ayarikat)
RINGKASAN PELAJARAN
Gadaian dari segi bahasa bermaksud menahan sesuatu, manakala dari segi istilah adalah menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang atau pinjaman dan cagaran itu akan digunakan sekiranya hutang itu tidak mampu dibayar.
Syarikat dari segi bahasa bermaksud bercampur atau berkongsi, manakala dari sudut istilah bermaksud perjanjian dalam perkongsian terhadap sesuatu perkara di antara dua pihak atau lebih.
Hikmah gadaian adalah:
-memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan.
-memberi jaminan kepada pemberi hutang.
-memudahkan seseorang mendapatkan pinjaman.
-memupuk sikap bekerjasama antara satu dengan lain.
Hikmah syarikat adalah:
-dapat memajukan ekonomi negara berdasarkan perkongsian bersama.
-menggalakkan sikap bekerjasama dan bantu- membantu.
-dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih besar.
-mengeratkan hubungan sesama ahli syarikat.
-memupuk sifat amanah dan jujur dalam kalangan ahli syarikat.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Hukum gadaian ialah _____
A sunat         
B harus         
C makruh
D haram

2. Berikut adalah rukun gadaian kecuali _____
A penggadai 
B tempat gadaian
C barang gadaian
D pemegang gadai

Penggadai telah membayar semua hutangnya
Pemegang gadai membatalkan gadaian
Barang yang digadai rosak
3. Pernyataan di atas merujuk kepada _____
A perkara yang membatalkan gadaian.
B syarat-syarat sah gadaian.
C syarat barang gadaian.
D rukun gadaian.

4. Antara yang berikut yang manakah bukan rukun syarikat?
A Modal
B Ahli syarikat
C Pekerjaan
D Lafaz akad

Syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi
Kematian salah seorang daripada ahli kongsi
Salah seorang rakan kongsi murtad
5. Pernyataan di atas merujuk kepada ______
A syarat-syarat syarikat.
B perkara yang membatalkan syarikat.
C syarat-syarat rakan kongsi.
D syarikat tidak sah.

6. Syarat-syarat ahli syarikat ialah ialah _____
I baligh
II berakal
III merdeka
IV waris syarikat

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
7. Hukum asal menubuhkan syarikat ialah ______ (harta)
8. Syarat modal bagi penubuhan sesebuah syarikat ialah harta dan ______ (kepakaran)        
9. Syarat bagi barang yang digadai hendaklah ______ (bernilai)   
10. Orang yang menggadai hendaklah ______ dan berakal. (baligh)

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Rukun gadaian
11. ________ (Pengadai/Harga)
12. ________ (Pengadai/Harga)
13. Barang

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
1(a) Gadaian adalah muamalah yang diharuskan dalam Islam,
i. Nyatakan pengertian gadaian. (2 markah)
-menjadikan suatu barang yang bemilai sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman
ii. Nyatakan tiga syarat gadaian menurut Islam.  (3 markah)
-harta yang digadai sah untuk dijual beli
-gadaian dibuat dengan kerelaan hati
-barang yang digadai kepunyaan penggadai

(b) i. Jelaskan tiga syarat penggadai dan pemegang gadai menurut Islam. (3 markah)
-baligh
-berakal
-kemahuan sendiri
ii. Terangkan dua hikmah diharuskan gadaian dalam Islam. (4 markah)
-memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan; memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang

(c) i. Jelaskan dua perkara yang membatalkan gadaian. (4 markah)
-penggadai telah membayar semua hutangnya; penggadai meninggal dunia
ii. Terangkan dua perbezaan antara gadaian Islam dengan gadaian konvensional. (4 markah)
-gadaian Islam: tidak mengandungi unsur riba; tidak mengandungi unsur penipuan dan penindasan
-gadaian konvensional: riba dikenakan kepada penggadai; mengandungi unsur penipuan dan penindasan


2(a)i. Nyatakan pengertian syarikat. (2 markah)
-ialah perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih.
ii. Senaraikan empat syarat ahli dalam sesebuah syarikat. (4 markah)
-ahli syarikat berakal
-dengan kemahuan sendiri
-dikendalikan oleh ahli syarikat
-ahli syarikat merdeka
 (b)i. Senaraikan satu persatu rukun syarikat. (3 markah)
-ahli syarikat
-modal
-ijab dan kabul
ii. Nyatakan syarat-syarat modal untuk menubuhkan sebuah syarikat. (3 markah)
-terdiri daripada harta dan kepakaran
-keuntungan dan kerugian ditanggung bersama
-daripada jenis wang atau barang yang boleh disukat

SOALAN RAMALAN SPM
i. Jelaskan tiga perkara yang membatalkan syarikat. (3 markah)
-dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsinya
-kematian salah seorang daripada ahli yang berkongsi.
-salah seorang rakan kongsi murtad
ii. Terangkan dua hikmah Islam mengharuskan penubuhan syarikat. (4 markah)
-salah satu cara untuk memajukan ekomomi negara; mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli syarikat.
Nilai Murni
Sentiasa berazam untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam.

Tingkatan 4
Bab 19 - Hutang Insurans dan Saham
RINGKASAN PELAJARAN
Hutang bermaksud memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang di mana barang atau manfaat tersebut perlu dikembalikan dengan jumlah atau barangan yang sama.
Hikmah diharuskan berhutang adalah:
-dapat membantu golongan yang kesempitan wang.
-mewujudkan sikap tolong-menolong di antara satu dengan lain.
-mengelakkan penindasan terhadap orang yang tidak berkemampuan.
-mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.
Prinsip insurans adalah:
-bertujuan melindungi ahli daripada kerugian akibat sesuatu bencana.
-semua pemegang insurans bekerjasama mengumpulkan sumber untuk manfaat bersama.
-tiada unsur gharar (tidak pasti) pada bayaran sumbangan dan manfaat.
Syarat-syarat saham ialah:
-saham tersebut tidak mengandungi unsur riba di mana kadar dividen adalah bergantung kepada kadar keuntungan semasa, bukannya ditentukan secara tetap.
-saham tersebut tidak terlibat dengan perniagaan yang haram serta syubhah seperti melabur di dalam industri pembuatan arak.
-saham tersebut tidak mempunyai unsur spekulasi kerana bercanggah dengan konsep saham Islam.
-saham tersebut tidak termasuk dalam pelaburan jenis akaun tetap atau akaun biasa dalam mana- mana bank konvensional (tidak berteraskan cara perbankan Islam).

LATIHAIN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
Penerima dan pemberi hutang
Barang diberi hutang
Akad pemberian hutang
Pernyataan di atas menerangkan tentang _____.
A rukun hutang.
B syarat-syarat sah hutang.
C larangan dalam berhutang.
D perkara yang membatalkan hutang.

Memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian pendapatan atau harta dinamakan _____.
A insurans pendidikan.
B insurans nyawa.
C insurans khas.
D insurans am.

Pernyataan yang manakah bukan prinsip-prinsip insurans?
A Bebas daripada sebarang unsur gharar.
B Manfaat yang banyak bagi pelabur yang banyak melabur.
C Bertujuan memberi keuntungan yang adil dalam kalangan ahli.
D Merupakan satu perjanjian bantu membantu antara ahli.

Berikut adalah syarat-syarat saham yang diharuskan dalam Islam.
I Bebas daripada unsur riba
II Tidak mengandungi insur-unsur spekulasi
III Dilaburkan dalam akaun bebas dan konvensional
IV Tidak terlibat dalam industri perjudian atau perkara yang haram

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang riba.
A Menambahkan kekayaan dan keuntungan kepada negara.
B Nilainya akan bertambah kerana penangguhan dalam pembayaran balik.
C Membantu menyuntik dana yang lebih besar kepada ekonomi negara.
D Sebagai satu bentuk penindasan terhadap golongan yang miskin dan lemah.

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
6. Antara hikmah berhutang ialah mengelakkan _____ pihak yang kaya kepada yang miskin. (penindasan)
7. Pemberi dan penerima hutang hendaklah mengadakan seorang ______  hutang. (saksi)
8. Memberi hutang hukumnya sunat dan membayarnya adalah _____. (wajib)           
9. Insurans _____ ialah memberi perlindungan kepada pemegang polisi dengan memberi pampasan sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya. (nyawa)
10. _____ ialah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan.  (saham)     

11. Syarat saham yang diharuskan dalam Islam ialah tidak melabur dalam industry ______.  (perjudian)   
12. Apabila suatu kumpulan berjanji untuk mengumpulkan usaha dan sumber sebagai pakatan untuk tolong-menolong sekiranya berlaku sesuatu musibah ialah maksud _____. (insurans)


Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Rukun hutang
13. _______ (penerima dan pemberi hutang)
14. _______ (saksi)
15. Hutang

LATIHAN B
Jawab semua soalan
1 i. Nyatakan takrif hutang. (2 markah)
memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang di mana barang atau manfaat tersebut perlu dikembalikan dengan jumlah atau barangan yang sama
ii. Jelaskan dua sebab diharuskan hutang dalam Islam.  (4 markah)
-tidak mempunyai wang yang cukup untuk memiliki sesuatu; untuk tujuan perubatan atau menuntut ilmu
iii. Terangkan dua perbezaan antara hutang dengan riba. (4 markah)
-hutang: sunat memberi hutang dan membayarnya adalah wajib, nilai bayaran tidak bertambah, membantu meringankan beban kesusahan orang
-riba: haram memberi dan menerima riba, wujud penindasan, mengambil faedah daripada kesusahan orang lain
(b) i. Apakah maksud insurans? (2 markah)
-merupakan sebuah perjanjian yang saling tolong-menolong sesama pemegang polisi
ii. Terangkan dua keperluan insurans kepada individu. (4 markah)
- menjaga kebajikan sosial
-jaminan untuk masa depan
(c) Jelaskan dua perinsip insurans yang diharuskan dalam Islam. (4 markah)
-bertujuan melindungi ahli daripada kerugian akibat sesuatu bencana
-tiada unsur gharar
2 (a) i. Apakah maksud saham? (4 markah)
- sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat melalui sijil saham
ii. Nyatakan dua unsur yang mesti dielakkan dalam peniagaan. (2 markah)
-penipuan; riba
(b) i. Terangkan dua syarat saham yang diharuskan dalam Islam. (2 markah)
-saham tersebut bebas daripada unsur riba; saham tersebut tidak mempunyai unsur gharar
ii. Bagaimanakah saham dapat membangunkan ekonomi negara? (4 markah)
-dapat membesarkan sesuatu perniagaan.
-orang ramai berpeluang menyertai perniagaan yang dapat membangunkan dalam bidang ekonomi

SOALAN RAMALAN SPM
Berikut adalah prinsip-prinsip insurans secara Islam kecuali _____
A Mudharabah
B Ta’awun    
C Tabarru’
D Takaful

Berikut adalah ciri-ciri insurans Islam.
I Ahli insurans memikirkan keuntungannya sendiri
II Berasaskan kepada konsep al-Takaful
III Semua ahli bersedia tolong-menolong antara satu sama lain
IV Dapat meringankan beban orang yang ditimpa musibah

A I, II, dan III
B B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Berikut adalah hikmah diharuskan berhutang kecuali _____.
A membantu golongan yang susah
B menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak
C mengelak daripada sikap malas dan suka meminta
D memberi peluang kepada seseorang untuk rajin berusaha

Hukum berhutang kerana sesuatu tujuan kebaikan menurut Islam ialah _____.
A wajib.
B sunat.        
C harus.
D makruh.

Nilai Murni
Sentiasa bersikap positif dalam sebarang pekerjaan.

Tingkatan 4
Bab 20 – Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin
RINGKASAN PELAJARAN
Khalifah-khalifah pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin ialah Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman bin Affan, dan ALi bin Abi Talib.
Semua Khulafa' ar-Rasyidin menjadi sumber rujukan kepada para sahabat memandangkan mereka merupakan golongan yang sentiasa mendampingi Rasulullah S.A.W..
Mereka bersifat tegas dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta bersifat tawaduk. Mereka juga bersikap terbuka dan boleh menerima pandangan orang lain.
Dasar pentadbiran Khulafa’ ar-Rasyidin adalah:
- perlembagaan negara berlandaskan al-Quran dan hadis.
-pemimpin berperanan sebagai ketua negara dan berkewajipan untuk menegakkan syiar Islam.
-keputusan dibuat berdasarkan persetujuan dalam kalangan ahli Majlis Syura dan ijtihad.
-khalifah tidak boleh mengatasi undang-undang.
-pegawai atau gabenor hanya dipilih daripada kalangan mereka yang benar-benar berwibawa dan berkelayakan.
Antara pembaharuan yang dijalankan adalah:
-penubuhan Majlis Syura.
-penubuhan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan).
-penubuhan Diwanul Kharaj (Jabatan Hasil).
-penubuhan Pasukan Polis dan Tentera Laut.
Kesan kepimpinan Khulafa’ ar-Rasyidin ialah:
- masyarakat berbilang bangsa dan agama dapat hidup dengan harmoni.
-negara Islam telah berkembang melalui peluasan kuasa.
-sistem pendidikan berkembang dengan lebih pesat.
-sistem pertahanan negara berada dalam keadaan yang memuaskan di mana kuasa Islam menjadi sebuah kuasa yang digeruni.
Pencapaian Khulafa’ ar-Rasyidin dalam pelbagai bidang:
Kemajuan sosial.
-penduduk pelbagai bangsa dan agama hidup aman dan diberikan hak serta kebebasan dalam agama.
-aspek pendidikan diberikan penekanan.
-kebajikan masyarakat dijaga dan diagihkan dengan adil.
-penguatkuasaan undang-undang yang adil dan menjamin keselamatan semua.
Perluasaan kuasa.
-berjaya membawa pengaruh Islam ke luar Makkah dan Madinah.
-kerajaan Islam berjaya meluaskan pengaruh Islam sehingga ke Afrika dan India.
Kemajuan ekonomi.
-perubahan ekonomi yang ketara dan pesat berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar dan Usman.
-negara mempunyai kawasan pertanian yang luas dan sumber pendapatan hasil yang lain juga meningkat.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Pusat pemerintahan kerajaan Khulafa’ ar-Rasyidin ialah di_____
 A Madinah.
B Kufah.
C Makkah.
D Baghdad.

2. Berikut merupakan dasar pentadbiran Khulafa’ ar-Rasyidin kecuali ____
A berdasarkan al-Quran dan hadis.
B khalifah merupakan ketua negara.
C khalifah mendapat hak istimewa.
D gabenor dilantik berdasarkan kecekapan.

Memerangi golongan murtad
Menghapukan nabi palsu dan pengaruhnya
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
Pernyataan di atas adalah polisi khalifah _____
A Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
B Saidina Umar bin al-Khattab.
C Saidina Usman bin Affan.
D Saidina Ali bin Abi Talib.

Pernyataan yang berikut menerangkan peranan Majlis Syura pada zaman Khulafa' ar- Rasyidin.
I Membincangkan hal-hal rakyat
II Membuat dasar pentadbiran negara
III Memutuskan hukuman terhadap pesalah
IV Mengelakkan daripada membuat keputu- san yang tidak tepat

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai faktor penyebaran Islam pada zaman Khulafa' ar-Rasyidin.
A Merupakan kewajipan kepada umat Islam.
B Permintaan daripada penduduk tempatan.
C Melepaskan daripada belenggu penjajah.
D Mendapat gaji yang lumayan daripada

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
6. Sahabat tidak dibenarkan meninggalkan kota Madinah adalah polisi khalifah____. (Umar bin al-Khattab)
7. Pentadbiran Khulafa’ ar-Rasyidin adalah berteraskan kepada al-Quran dan _____ (hadis)
8. _______  ialah cukai tahunan yang dikenakan kepada orang lelaki yang bukan beragama Islam.  (Jizyah)
9. ______ ialah tempat pendidikan peringkat awal kanak-kanak yang didirikan di sekitar masjid. (Kuttab)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Zakat
Sumber Kewangan Kerajaan Khulafa' ar-Rasyidin
10 Ghanimah, Kharaj, Sedekah
11 Kharaj, Ghanimah, Sedekah
12 Sedekah, Ghanimah, Kharaj

Jizyah

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
1 (a) Khulafa’ ar-Rasyidin ialah gelaran yang diberikan kepada beberapa orang sahabat yang memerintah negara Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W..
i. Nyatakan dua cara pelantikan khalifah ar-Rasyidin. (2 markah)
-persetujuan ramai daripada orang Islam
-melalui Majlis Syura
ii. Terangkan dua kebaikan pemilihan seorang khalifah berdasarkan cara tersebut. (4 markah)
-menghindarkan pergaduhan/permusuhan
-mewujudkan permuafakatan/ mengukuhkan perpaduan umat Islam
(b) i. Senaraikan empat ciri kepimpinan Khulafa’ ar-Rasyidin. (4 markah)
-bijaksana
-berilmu
-amanah
-tawaduk
ii. Jelaskan dua ciri kepimpinan Khulafa’ ar-Rasyidin dalam aspek sosial. (4 markah)
-semua golongan masyarakat diberi hak dan kebebasan dalam Negara.
-orang bukan Islam mengamalkan agama mereka tanpa sebarang sekatan
 (c)i. Bagaimanakah Saidina Abu Bakar as-Siddiq dilantik menjadi khalifah? (2 markah)
-Rasulullah S.A.W. telah menetapkan pengganti selepas kewafatannya, melalui persetujuan orang ramai supaya beliau dilantik sebagai khalifah.
ii. Jelaskan dua polisi pentadbiran Saidina Umar al-Khattab. (4 markah)
-mengadakan pembaharuan dalam sistem pentadbiran tanah.
-sahabat tidak dibenarkan meninggalkan kota Madinah kecuali mendapat keizinan khalifah.
2(a) Pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin adalah kesinambungan daripada pemerintahan yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W..
i. Jelaskan dua dasar pentadbiran yang diamalkan oleh Khulafa' ar-Rasyidin. (2 markah)
-undang-undang negara berdasarkan al-Quran dan al- Hadis.
-khalifah merupakan ketua negara.
ii. Terangkan dua keistimewaan dasar pentadbiran tersebut. (4 markah)
-perjalanan pentadbiran negara berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah
-setiap urusan pentadbiran negara berdasarkan syariat Allah
(b) (i)Apakah maksud Majlis Syura?
-ialah suatu majlis yang dianggotai oleh ahli al-Hallu wal Aqdu iaitu golongan yang bijak menghuraikan dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara ii.
(ii) Jelaskan dua kepentingan Majlis Syura kepada pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. (4 markah)
-untuk membuat dasar pentadbiran negara; untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai masalah rakyat

SOALAN RAMALAN SPM
Khalifah adalah ketua negara yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.
Jelaskan dua peranan khalifah dalam memajukan umat dan negara Islam. (4 markah)
-mengawal kesejahteraan dan keamanan negara supaya sentiasa berada dalam keadaan stabil dan harmoni
-mengurus dan mengagihkan harta negara kepada yang berhak secara adil
Terangkan dua akibat jika membelakangkan kepimpinan Khulafa’ ar-Rasyidin. (4 markah)
-umat Islam akanberpecah/bermusuh
-keadaan negara menjadi kucar kacir

Tingkatan 4
Bab 21 – Kerajaan Bani Umaiyah
RINGKASAN PELAJARAN
Kerajaan Bani Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abi Sufian yang bertindak sebagai khalifah pertama.
Tempoh pemerintahan Bani Umaiyah adalah selama lebih kurang 91 tahun dengan bilangan khalifah seramai 14 orang.
Pemerintah pertama ialah Muawiyah bin Abi Sufian dan yang terakhir ialah Marwan bin Muhammad.
Antara langkah yang diambil oleh Muawiyah bin Abi Sufian untuk memperkasa bidang ketenteraan adalah:
-menambah bilangan kapal perang daripada 200 kepada 1 700 buah.
-membaiki dan membina pelabuhan baharu seperti Pelabuhan Syria dan Iskandariah (Mesir).
-menggiatkan latihan sewaktu musim sejuk mahupun panas.
-mewajibkan rakyat yang berkemampuan memasuki ketenteraan.
Antara faktor perkembangan ilmu pengetahuan adalah seperti yang berikut:
-minat para khalifah terhadap ilmu pengetahuan.
-galakan daripada para khalifah agar menuntut dan menyebarkan ilmu.
-penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan membantu meningkatkan pemahaman al- Quran dan Hadis.
-wujudnya pusat-pusat penyebaran ilmu seperti istana, masjid, dan perpustakaan.
Faktor kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah ialah:
-pemimpin yang berwibawa dan berwawasan.
-kestabilan ekonomi negara.
-perkembangan ilmu pengetahuan sehingga rakyat membudayakan ilmu dalam kehidupan mereka.
-kekuatan angkatan tentera serta semangat jihad dan disiplin yang tinggi dalam kalangan anggota tentera Islam.
-hubungan yang erat antara khalifah dengan rakyat.
-semangat jihad yang tinggi dalam kalangan umat Islam untuk membangunkan negara.
Faktor kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah adalah kerana:
-sikap pemerintah dalam urusan pentadbiran.
-keperibadian khalifah.
-pengabaian syariat Islam.
-penentangan golongan ulama.
-gerakan Abbasiyah.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
Kerajaan Bani Umaiyah ditubuhkan pada tahun _____
A 41 Hijrah. 
B 51 Hijrah.
C 31 Hijrah.
D 61 Hijrah.

Berikut adalah sumber kewangan kerajaan Umaiyah kecuali ______
A kharaj.
B jizyah.
C ghanimah.
D cukai pendapatan.

Antara yang berikut pilih faktor perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Umaiyah.
I Pembinaan perpustakaan
II Terdapat kemudahan teknologi maklumat kepada pelajar
III Galakan penterjemahan dan penulisan ilmu
IV Membayar gaji yang lumayan kepada tenaga pengajar

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Peranan Baitul Mai ialah ______
I mengurus harta zakat.
II melaksanakan urusan kewangan.
III mengatasi masalah kemiskinan
IV menguruskan harta orang bukan Islam.

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Antara berikut yang manakah bukan faktor kegemilangan tamadun Islam pada zaman Umaiyah?
A Kecekapan khalifah.
B Ekonomi negara yang stabil.
C Kecemerlangan dalam bidang ilmu.
D Semangat jihad dalam kalangan orang Islam.

Antara yang berikut yang manakah bukan kegiatan at-Tadwin (disiplin ilmu) pada zaman Umaiyah?
A Kegiatan penulisan.
B Kegiatan percetakan.
C Kegiatan pembukuan.
D Pembinaan perpustakaan.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
7. ______ialah pusat penyebaran ilmu pada zaman kerajaan Umaiyah. (Basrah)
8. Kegemilangan tamadun Islam pada zaman Umaiyah berada di zaman pemerintahan khalifah ____.  (Umar Bin Abdul Aziz)
9. Diwan al-Jundi bertanggungjawab mentadbir dan mengurus hal ehwal _____ (ketenteraan)
10. ______berperanan menguruskan kewangan dan harta benda berlandaskan syariat Islam. (Baitul Mal)

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Institut Penyebaran Ilmu
11. _____ (istana khalifah)
12. _____ (perpustakaan)
13. Masjid
14. Sekolah

Jawab semua soalan.
(a) i. Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah? (2 markah)
-ialah Muawiyah bin Abi Sufian
ii. Jelaskan dua syarat penyerahan kuasa khalifah daripada Saidina Hassan kepada Muawiyah bin Abi Sufian. (4 markah)
-jawatan khalifah selepasnya hendaklah melalui Majlis Syura.
-Muawiyah hendaklah menghormati dan memuliakan keluarga nabi.
(b) i. Nyatakan sektor ekonomi yang utama pada zaman kerajaan Umaiyah. (2 markah)
-pertanian
-perdagangan
ii. Jelaskan dua usaha yang dilakukan oleh khalifah untuk memajukan ekonomi negara pada zaman itu. (4 markah)
-menyediakan kemudahan memproses bahan-bahan mentah
-mengadakan kemudahan eksport barangan pertanian
iii. Terangkan dua kesan daripada kemajuan sektor ekonomi terhadap pembangunan negara pada zaman kerajaan Umaiyah. (4 markah)
-negara dapat membangun dengan baik kerana memiliki kewangan yang kukuh
-rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera
(a) i. Nyatakan dua sumber kewangan negara pada zaman kerajaan Umaiyah. (2 markah)
- zakat
-kharaj
ii. Jelaskan dua peranan Baitul Mai untuk memantapkan pengurusan kewangan negara pada zaman itu. (4 markah)
-melaksanakan urusan kewangan dan harta benda berlandaskan syariat Islam.
-memperkembang harta orang Islam mengikut lunas-lunas Islam
(b) i. Apakah maksud tamadun Islam? (2 markah)
-ialah kemajuan dan kejayaan yang dicapai oleh sesebuah masyarakat Islam selaras dengan peradaban dan pembangunan manusia baik dari segi sosial, moral, kerohanian, dan material.
ii. Jelaskan dua peranan khalifah dalam membangunkan tamadun Islam pada zaman kerajaan Umaiyah. (4 markah)
-melaksanakan pemerintahan berlandaskan syariat Islam; menjadikan kota Madinah sebagai pusat penyebaran dan perkembangan ilmu


SOALAN RAMALAN SPM
(a) i. Kegemilangan tamadun Islam berlaku pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Terangkan dua bukti bagi menyokong penyataan di atas. (4 markah)
-keadaan ekonomi berada pada tahap yang paling tinggi.
ii. Terangkan dua kesan daripada kegemilangan tamadun Islam pada zaman kerajaan Umaiyah. (4 markah)
-umat Islam terkenal di serata dunia
-meningkatkan martabat umat Islam di serata dunia


Nilai Murni
Generasi sekarang hendaklah menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan tuntutan zaman.

Tingkatan 4
Bab 22 –Imam Abu Hanifah Rahimahullah
RINGKASAN PELAJARAN
Nama sebenar beliau ialah Nukman bin Thabit. Berketurunan Parsi, dilahirkan di Kufah pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah ketika berusia 70 tahun di dalam penjara.
Sumbangan beliau adalah:
-banyak menyelesaikan masalah di dalam bidang fikah serta menghabiskan masa mengajardi masjid.
-merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikah mengikut susunan bab secara sistematik.
-seorang yang sangat teliti dalam pengambilan hadis dan menentukan sesuatu hukum.
-mengasaskan mazhab fikah, iaitu Mazhab Hanafi yang berkembang di negara seperti Mesir, Syria, Turki, dan Bosnia.
Hasil karya beliau ialah:
-MasailUsul.
-Fiqh al-Akbar.
-al-Faraid.

LATIHAN A
Jawab semua soalan yang berikut
Di manakah Imam Abu Hanifah dilahirkan?
A Kufah.
B Madinah.
C Makkah.
D Hijaz.

Selain menjadi seorang ulama, Imam Abu Hanifah juga adalah seorang _____
A ahli politik.
B ahli perubatan.
C ahli perniagaan.
D ahli perundangan Islam.

Antara berikut yang manakah bukan ujian yang dihadapi oleh Imam Abu Hanifah?
A Dipenjara dan disebat 100 kali
B Dipenjara kerana menolak jawatan hakim
C Dipenjara kerana menolak jawatan khalifah
D Dipenjara kerana menolak jawatan juru- tulis kerajaan Bani Umaiyah

Kebanyakan masa digunakan untuk mengajar di masjid
Ulama pertama yang menyusun kitab fikah mengikut bab
Seorang yang sangat teliti terhadap sesebuah hadis
Pernyataan di atas merujuk kepada
A sumbangan Abu Hanifah r.a.
B peninggalan Abu Hanifah r.a.
C peribadi Abu Hanifah r.a.
D sikap Abu Hanifah r.a.

Antara berikut yang manakah kaedah yang digunakan Imam Abu Hanifah dalam menentukan sesuatu hukum?
I Al-Quran dan Sunnah.
II Al-Ijmak
III Al-Darurat.
IV Al-Istihsan.

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Antara berikut yang manakah merupakan sebab beliau digelar Abu Hanifah?
I Beliau sentiasa membawa tintanya ke mana sahaja beliau pergi
II Mempunyai seorang anak yang bernama Hanifah
III Beliau sangat mahir dalam bidang perniagaan
IV Hanifah bermaksud cenderung kepada agama

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai Imam Abu Hanifah?
A Dibesarkan dalam keluarga yang mewah
B Beliau sangat teliti dalam menentukan hukum
C Menghabiskan masa selama 18 tahun mempelajari ilmu hadis
D Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kaedah tertentu

Antara berikut yang manakah merupakan pengaruh Mazhab Abu Hanifah?
I Tersebar ke negara-negara Islam dan sangat berpengaruh di Iraq
II Dijadikan sebagai mazhab rasmi bagi kerajaan Umaiyah
III Aliran pemikirannya dicontohi oleh anak muridnya
IV Menghasilkan banyak kitab sebagai rujukan

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
9. Imam Abu Hanifah adalah ulama pertama yang menyusun kitab           _____ mengikut bab secara tersusun. (fikah)
10. Antara kitab yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah ialah _____dan al-Fikah al-Akbar. (al-Faraid)
11. Pengasas mazhab Hanafi ialah_____. (Imam Abu Hanifah)      
12. Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab ketika berusia _____ tahun. (70)

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
13. _____ (dipenjara dan disebat 100 kali)
14. _____ (depenjara kerana menolak jawatan hakim)
15. Meninggal dunia dalam penjara.

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
(a) Imam Abu Hanifah ialah seorang ulama yang meninggalkan kesan besar kepada perkembangan ilmu.
i. Jelaskan dengan ringkas rivvayat hidup beliau. (4 markah)
-nama sebenar beliau ialah Nukman bin Thabit, berketurunan Parsi,dilahirkan di Kufah padatahun 80 Hijrah, meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah ketika berusia 70 tahun.
ii. Mengapakah beliau digelar Abu Hanifah? (2 markah)
-beliau mempunyai seorang anak lelaki yang bemama Hanifah. Hanifah bererti cenderung kepada agama sesuai dengan sifat beliau yang kuat beribadat
(b) Semasa bergelar ulama, Imam Abu Hanifah telah menghadapi berbagai-bagai ujian.
i. Nyatakan dua ujian yang dihadapi beliau. (2 markah)
-beliau pernah disebat sebanyak 100 kali kerana menolak jawatan hakim di Kufah
-beliau dipenjara kerana menolak jawatan jurutulis istana
ii. Bagaimanakah anda mencontohi ketabahan Imam Abu Hanifah dalam menghadapi ujian hidup? (2 markah)
-berani mempertahankan agama walau dalam apa juga keadaan

(a) i. Nyatakan dua buah kitab yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah. (2 markah)
-Fikh al-Akhbar, al-Faraid
ii. Senaraikan empat orang ulama yang menjadi guru kepada Imam Abu Hanifah. (4 markah)
-Sahal bin Abi Saad
-Abdullah bin Abi Aufa
-Anas bin Malik
-Abdullah bin al-Harith

(b) Terangkan dua sumbangan Imam Abu Hanifah kepada tamadun Islam. (4 markah)
-banyak masa digunakan mengajar di masjid
-ulama pertama yang menyusun kitab fikah mengikut bab dan fasal

SOALAN RAMALAN SPM
Mazhab _____ adalah mazhab rasmi kerajaan Uthamaniyah. (Hanafi)
Imam Abu Hanifah adalah keturunan _____ dan ayahnya seorang ahli perniagaan kain. (Parsi)
Imam Abu Hanifah hanya menerima hadis _____ dan kuat sanadnya. (Sahih)
Nilai Murni
Sentiasa berfikiran kritis dan kreatif untuk menjadi pelajar cemerlang.

Tingkatan 4
Bab 23 – Imam Malik Rahimahullah
RINGKASAN PELAJARAN
Nama sebenar beliau ialah Malik bin Anas bin Malik bin Amiral-Harith.
Dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah.
Berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dalam kalangan masyarakat kerana datuknya pernah memperjuangkan Islam bersama Rasulullah S.A.W..
Sumbangan beliau adalah:
-seorang ilmuan terulung dan menjadi tempat rujukan serta mula mengajar ketika usianya 17 tahun.               
-ketinggian ilmunya sehingga menarik perhatian gurunya sendiri untuk menghadiri kelas beliau.
-mengasaskan Mazhab Fikah, iaitu Mazhab Maliki yang berkembang luas di Maghribi, Tunisia, Sudan, Libya, dan Mesir.
-beliau telah menggariskan panduan bagi menentukan hukum berdasarkan al-Quran, sunnah, dan qias.
Hasil karya beliau ialah Kitab al-Muwatta', al-Mukhtasar al-Kabir, al-Mukhtasar as-Soghir.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Di manakah Imam Malik r.a. dilahirkan?
A Madinah   
B Makkah
C Madian
D Hijaz

2. Imam Malik seorang ulama yang terkenal dalam bidang
A ilmu fikah.
B ilmu tauhid.
C ilmu tafsir.
D ilmu hadis.

3. Negara-negara tersebut mengamalkan aliran pemikiran Mazhab Maliki kecuali
A Maghribi
B Andalus
C Tunisia
D Burma

4. Bagaimanakah Imam Malik dikatakan sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah S.A.W.?
I Menjunjung hadis dan membawanya ke mana-mana.
II Mengibaratkan hadis sebagai petunjuk seluruh umat Islam.
III Bersiap sedia dan berpakaian bersih sebelum bersoal jawab tentang hadis.
IV Menjadikan hadis sebagai sumber hokum yang utama dalam sesuatu hukum.

A    I, II, dan III
B    I, II, dan IV
C    I, III, dan IV
D    II, III, dan IV

5. Pernyataan manakah yang menerangkan tentang ketinggian ilmu Imam Malik?
I Menuntut ilmu daripada 900 orang guru
II Mengajar ketika berusia 17 tahun
III Pelajarnya datang dari merata tempat
IV Gurunya terdiri daripada para sahabat

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
6. Imam Malik dilahirkan pada tahun _____
7. Imam Malik telah mempelajari berbagai-bagai ilmu daripada      orang guru.
8. Imam Malik menjadi guru ketika berusia _____tahun.
9. Imam Malik dianggap sebagai ulama terkemuka dalam bidang ilmu hadis dan ilmu
10. Karangan Imam Malik yang termasyhur ialah
11. Imam Malik adalah seorang ahli _____ yang terkenal dan terkemuka.

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Sifat Peribadi Imam Malik
12. _____
13. _____
14. _____
15. Bijaksana
16. Teguh pendirian
Jawapannya: 6. 713 7. 900 8. 17 9. fikah 11. ijtihad 12. Suka berpakaian cantik, 13 Berbudi bahasa, 14. Kuat ingatan

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
(a) Imam Malik r.a. merupakan seorang ulama yang tersohor dalam bidang hadis dan ilmu fikah.
(i) Nyatakan dengan ringkas riwayat hidup beliau. (4 markah)
-nama sebenamya Malik bin Anas bin Malik, lahir di
Madinah, berbangsa Arab, meninggal dunia pada 179 Hijrah, gurunya lebih 900 orang.
ii. Nyatakan dua sifat mulia yang harus dicontohi pelajar untuk menjadi mukmin yang cemerlang. (2 markah)
-menghormati ibubapa dan guru
-suka menziarahi orang yang sakit
(b) Imam Malik seorang ulama yang tegas dalam mempertahankan kebenaran agama.
Terangkan dua bukti ketegasan beliau. (4 markah)
- menentang pendapat Gabenor Madinah yang bertentangan dengan fatwanya; berani menegur Khalifah Abu Ja’far al-Mansur yang meninggikan suara dalam majlis ilmu
2 (a) i. Namakan kitab karangan Imam Malik yang terkenal. (2 markah)
-kitab al-Muwatta’ 
ii. Jelaskan cara Imam Malik menentukan sesuatu hukum terhadap sesuatu masalah. (4 markah)
-sering berjaga malam untuk mencari jawapan terhadap sesuatu masalah.
-merujuk kepada hadis-hadis nabi
(b) Terangkan dua bukti yang menerangkan Imam Malik mendapat penghormatan dalam bidang ilmu hadis. (4 markah)
-memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian sebelum membaca hadis nabi; tidak pemah menunggang kudanya di Madinah

SOALAN RAMALAN SPM
Kitab al-Muatta’ karangan Imam Malik 3 membicarakan tentang ____.
A ilmu kalam.
B ilmu fikah.
C ilmu tafsir.
D ilmu tauhid.

Pernyataan berikut menerangkan perkara yang berkaitan dengan Imam Malik kecuali _____.
A berasal daripada keturunan ulama
B meninggal dunia ketika berusia 86 tahun
C gurunya menghadiri majlis ilmu Imam Malik
D Imam Malik menghadapi berbagai-bagai ujian seperti Imam Abu Hanifah

Imam Malik tidak pernah menunggang kuda di Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah S.A.W. yang disemadikan di tanah suci tersebut
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Imam Malik seorang yang sangat mencintai Rasulullah S.A.W.
B Imam Malik seorang yang sangat menjaga kebersihan.
C Imam Malik seorang yang sangat menghormati gurunya.
D Imam Malik sangat menyanjung tanah suci Madinah.
Nilai Murni
Sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

Tingkatan 4
Bab 24 - Imam as-Syafie Rahimahullah
RINGKASAN PELAJARAN
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris bin al- Abbas bin Uthman bin Syafie bin as-Saib.
Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah di Ghazzah, Palestin dan meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah di Mesir. Pada usia 9 tahun, beliau telah menghafaz al-Quran, dan pada usia 10 tahun beliau telah menguasai kitab al-Muwatta’ karya Imam Malik.
15 tahun menjadi guru dan mengeluarkan fatwa di Masjidil Haram.
Sumbangan Imam Syafie adalah:
-mengasaskan kaedah untuk mengeluarkan hukum yang dikenali dengan kaedah usul fikah.
-mengasaskan mazhab fikah, iaitu Mazhab Syafie.
-melarang sahabat dan muridnya melakukan taklid (mengikut sesuatu hukum tanpa memahami dan mendalaminya).
Imam Syafie juga melarang perkara bidaah, iaitu mengadakan perkara yang baru di dalam agama. beliau kuat menentang golongan anti hadis sebagaimana yang dimuatkan di dalam kitabnya ar- Risalah.
Karya Imam Syafie:
-ar-Risalah (kitab tentang usul fiqh).
-al-Umm (kitab ilmu fikah).
al-Musnad (kitab tentang perawi hadis yang lengkap).
-al-Ahkamul Quran.
-al-lkhtilaful Hadis.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Negara tempat kelahiran Imam as-Syafie ialah _____
A Palestin.    
B Pakistan.   
C Mesir.
D Iraq.

2. Hasil karya Imam as-Syafie yang terkenal.
A Ar-Risalah.
B Al-Muwatta'.
C Al-Hikam.
D Al-Umm.

3. Gelaran kepada Imam as-Syafie ialah _____.
A tokoh ilmu hadis.
B bapa usul fiqh.
C Ahli falsafah.
D hujjatul Islam.

4. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang Imam as-Syafie.
I Membaca al-Quran ketika berumur 5 tahun
II Memiliki daya ingatan yang kuat
III Dibesarkan dalam keluarga miskin
IV Gelaran as-Syafie sempena nama bapa-nya

A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
5. Imam as-Syafie menjadi guru ketika berusia_____.
6. Imam as-Syafie adalah pengasas kepada mazhab_____.   
7. Buku_____membicarakan tentang ilmu usul fiqh.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Hasil karya Imam As-Shafie
8. ______
9. ______
10. Ilmu Usul Fiqh
11. Ar-Risalah
Jawapannya: 5. 5 tahun, 6. Syafie, 7. ar-Risalah, 8. al-Umm, 9. Ilmu Fikah

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
(a) Imam as-Syafie seorang ulama yang terkemuka dan telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu.
i. Jelaskan dengan ringkas riwayat hidup Imam as-Syafie. (4 markah)
-namanya ialah Muhammad bin Idris, dilahirkan pada tahun 150 Hijrah/767 Masihi di Palestin, dibesarkan dalam keluarga miskin, digelar as-Syafie sempena nama datuknya Syafie, meninggal dunia pada tahun 820 di Mesir
ii. Jelaskan sifat-sifat peribadi yang membolehkan beliau muncul sebagai ulama terkenal. (2 markah)
-kuat ingatan, terang hati, rajin menuntut ilmu
(b) Jelaskan dengan ringkas proses pendidikan Imam as-Syafie.
-membaca al-Quran ketika berumur 5 tahun dan menghafal al-Quran ketika berumur 9 tahun
-sentiasa berdamping dengan guru
-mengembara ke Makkah, Madinah, Iraq, Parsi, Palestin, dan Yaman untuk mendalami ilmu, mengajar ilmu hadis daripada kitab al-Muwatta'
2.(a) Hasil karya Imam as-Syafie yang paling termashyur ialah kitab al-Umm.
i. Jelaskan dua keistimewaan kitab al-Umm.
-ia adalah sebuah kitab fikah yang membincangkan sesuatu perkara secara terperinci; susunan gaya bahasanya tepat; jelas dan mudah difahami dalam membahaskan sesuatu perkara.
ii. Terangkan dua sumbangan Imam as-Syafie kepada umat Islam kini.
-kitab al-Umm menjadi rujukan utama kepada ulama dan pelajar Islam
-mazhab Syafie menjadi ikutan di beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Thailand.
(b) Terangkan dua faktor yang mendorong Imam as-Syafie menjelajah ke beberapa buah negara untuk mengembangkan ilmu. (4 markah)
-untuk melindungi hadis daripada pemalsuan
-kebolehan beliau dalam pelbagai bidang ilmu seperti hadis
-fikah dan lain-lain

SOALAN RAMALAN SPM
(a) i. Mengapakah Imam as-Syafie digelar sebagai bapa ilmu usul fiqh?
-kerana beliau orang yang pertama menulis buku dalam bidang tersebut iaitu ar-Risalah
Bagaimanakah seorang pelajar boleh mencontohi keperibadian Imam as-Syafie untuk menjadi pelajar yang berjaya? (4 markah)
-berusaha bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu
-sentiasa mengulangkaji pelajaran
Terangkan dua sumbangan Imam as-Syafie kepada perkembangan tamadun ilmu.
-menulis buku-buku yang terkemuka seperti al-Umm
-ar-Risalah yang menjadi rujukan kepada umat Islam hingga kini
-mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan sesuatu hukum

Tingkatan 4
Bab 25 – Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah
RINGKASAN PELAJARAN
Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal.
Berketurunan Rasulullah S.A.W. dan dilahirkan di Baghdad, Iraq pada tahun 164 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah.
Seorang yang sukakan kebersihan dan pakaian yang kemas. Warna kegemarannya ialah putih.
Sangat menghormati para gurunya walaupun beliau sudah bergelar seorang ulama yang besar.
Beliau lebih suka bergaul dengan golongan miskin sebaliknya kurang bergaul dengan pembesar yang ternama.
Sumbangan Imam Ahmad bin Hanbal adalah:
-berjaya melahirkan ramai anak murid, antaranya termasuklah Imam Muslim, Imam Bukhari, dan Imam Abu Daud.
-mengasaskan mazhab fikah, iaitu Mazhab Hanbali yang berkembang di negara seperti Iraq, Palestin, dan Mesir.
Karya Imam Ahmad bin Hanbal ialah:
-al-Musnad (mengandungi 40,000 hadis).
-tafsir al-Quran.
-an-Nasakh wal Mansukh.
-at-Tarikh.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
Beliau dilahirkan pada tahun 164 Hijrah 780 Masihi di Baghdad
Seorang yang kuat beribadat dengan melakukan solat 300 rakaat dan membaca 1/7 al-Quran setiap hari
1. Siapakah tokoh di atas?
A Imam al-Bukhari r.a.
B Imam al-Shafie r.a.
C Imam al-Ghazali r.a.
D Imam Ahmad bin Hanbal r.a.

2. Pernyataan manakah yang menerangkan tentang kehebatan Imam Ahmad?
I Khatam seluruh al-Quran ketika berusia 9 tahun
II Menghafaz kitab al-Muwatta’ ketika berusia 10 tahun
III Seorang yang sangat alim dan arif hokum fikah
IV Digelar al-Hakim kerana menghafaz lebih daripada 700,000 hadis

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3. Di manakah Imam Ahmad bin Hanbal r.a. dilahirkan?
A Baghdad
B Palestin
C Madinah
D Kufah

4. Antara berikut yang manakah karya Imam Ahmad bin Hanbal r.a. dalam bidang hadis?
A Al-Musnad           
B Al-Manasik al-Kabir
C Al-Nasikh Wal Mansukh
D Al-Manasik al-Saghir

-Imam Ahmad bin Hanbal r.a seorang yang miskin
-Peninggalan bapanya hanya sebuah rumh dan tanah yang kecil
5. Beliau menyara hidupnya dengan bekerja mengambil upah
I menjahit baju
II menjual barang
III menjual kain
IV membawa barang-barang di jalanan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6. Guru Imam Ahmad bin Hanbal r.a. ialah
A Imam as-Syafie r.a.
B Imam al-Bukhari r.a.
C Imam al-Ghazali r.a.
D Imam Malik r.a.

7. Berikut menerangkan sifat peribadi Imam Ahmad bin Hanbal.
I Bergaul dengan golongan berada
II Berdamping dengan fakir miskin
III Tidak takut dihina orang lain
IV Gemar membantu orang susah

A I, II. dan III
C I, III, dan IV
B I, II, dan IV
D II. Ill, dan IV

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
8. Imam Ahmad bin Hanbal meninggal dunia ketika berusia 77 tahun dan disemadikan di _____
9. Beliau mengembara ke beberapa buah negara seperi Kufah, Basrah, Yaman dan Syam untuk  ______ ilmu pengetahuan.
10. Imam Ahmad bin Hanbal terkenal di kalangan imam-imam _____yang bijak dalam masalah-masalah fikah.
Jawapan: 8. Baghdad, 9. menambah, 10. mujahid

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Sifat Peribadi Imam Ahmad
11. _______ (mementingkan kebersihan)
12. _______ (tidak sombong)
13. Mengsihi manusia kerana Allah
14. Tegas menentang kemungkaran

LATIHAN B
Jawab semua soalan
1.(a) Imam Ahmad bin Hanbal ialah pengasas Mazhab Hanbali.
i. Nyatakan dengan ringkas riwayat hidup beliau. (4 markah)
-nama sebenar Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, lahir pada 164 Hijrah di Baghdad, meninggal dunia pada 241 Hijrah, pengasas Mazhab Hanbali
ii. Nyatakan dua sikap mulia beliau. (2 markah)
-tidak suka cakap perkara yang tidak berfaedah
-tegas menentang kemungkaran; kurang makan dan minum
(b) i. Mengapakah Imam Ahmad bin Hanbal digelar al-Hakim? (2 markah)
-beliau telah menghafal 700 000 hadis tidak
ii. Terangkan dua cara Imam Ahmad bin Hanbal mengistinbatkan hukum fikah. (2 markah)
-tidak menggunakan hadis daif dalam menetapkan hokum
-berhati-hati memilih hadis yang berhubung halal dan haram
2(a) i. Jelaskan dua sikap ketakwaan Imam Ahmad bin Hanbal. (2 markah)
-mengerjakan solat 300 rakaat sehari semalam
-khatam al-Quran setiap tujuh malam
ii. Terangkan kegigihan Imam Ahmad bin Hanbal dalam menuntut ilmu. (2 markah)
-mengembara ke beberapa buah negeri; ke mana sahaja pergi beliau akan membawa tinta untuk mencatat sesuatu yang berfaedah
(b) i. Jelaskan dua sumbangan Imam Ahmad bin Hanbal terhadap perkembangan ilmu fikah. (2 markah)
-menghasilkan kitab al-Musnad; mengasaskan mazhab Hanbali
ii. Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang ulama yang tegas dan berpegang teguh kepada al-Quran.
Jelaskan dua sumbangan Imam Ahmad bin Hanbal. (4 markah)
-melahirkan ramai ulama selepas beliau; mengasaskan Mazhab Hanbali yang menjadi pegangan di beberapa buah negara

SOALAN RAMALAN SPM
1. Kitab _____ merupakan karangan Imam Ahmad bin Hanbal yang mengandungi himpunan hadis-hadis nabi.
2. Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan sumbangan besar kepada umat Islam dalam bidang ilmu hadis dan _____ Islam.
3. Imam Ahmad bin Hanbal digelar_____ kerana menghafaz lebih daripada 700,000 hadis.
4. Imam Ahmad bin Hanbal dibesarkan dalam keluarga yang _____ sehingga beliau
mengambil upah menjual kain untuk membiayai keluarganya.
Jawapan: 1. Al-Musmad 2. perundangan 3. Al-Hakim 4. miskin
Nilai Murni
Kita hendaklah menghindari diri daripada bersifat sombong dan mementingkan diri sendiri.

Tingkatan 4
Bab 26 – Imam Al-Bukhari Rahimahullah
RINGKASAN PELAJARAN
Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah.
Dilahirkan pada tahun 194 Hijrah di Bukhara dan meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah.
Digelar ‘Amirul Mukminin' dalam kalangan muhaddithin.
Sumbangan beliau adalah:
-berjaya mengasingkan hadis-hadis sahih, hasan. daif, dan maudhuk.
-menyusun sebuah kitab yang mengandungi hadis yang sahih sahaja, iaitu kitab Sahih al-Bukhari.
-meletakkan beberapa syarat untuk memastikan sesuatu hadis itu adalah hadis sahih, iaitu sususan perawi hendaklah bersambung terus kepada Rasulullah S.A.W. dan perawi mestilah seorang yang beragama Islam serta kuat daya ingatan dan sempurna akal fikiran.
Hasil karya beliau ialah:
-Kitab Sahih al-Bukhari (al-Jami’ as-Sahih).
-Kitab Tarikh al-Kabir.
-At-Tafsir al-Kabir.

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
Beliau menghafaz al-Quran ketika berumur 11 tahun
Menghafaz 100.000 hadis sahih
Berjaya mengumpul 600,000 hadis
1. Siapakah tokoh yang dimaksudkan di atas?
A Imam Malik
B Imam Muslim
C Imam al-Bukhari
D Imam Ahmad bin Hanbal

2. Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai Imam al-Bukhari?
A Ulama dalam ilmu fikah
B Menulis kitab tentang hadis ketika berusia 18 tahun.
C Ibu dan bapanya adalah orang yang soleh.
D Meninggal dunia ketika usia 62 tahun.

3. Berikut adalah keistimewaan kitab Sahih al-Bukhari kecuali
A himpunan hadis nabi yang paling sistematik.
B hadis disusun mengikut fikah, muamalat dan jinayat.
C ia menjadi sumber rujukan umat Islam selepas al-Quran.
D sebuah kitab fikah yang membincangkan sesuatu perkara secara terperinci.

4. Apakah gelaran yang diberikan kepada Imam al-Bukhari dalam kalangan ahli hadis?
A Amirul Mujtahidin
B Amirul Mukminin
C Amirul Faqihin
D Amirul Solihin

5. Di antara syarat untuk yang mesti ada pada seorang perawi hadis ialah _____.
I bersikap ikhlas dan jujur
II perawi mestilah orang Islam
III seorang lelaki yang merdeka
IV mempunyai ingatan yang kuat
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6. Ketika berusia 16 tahun, Imam al-Bukhari telah dapat menghafaz beberapa buah kitab yang ditulis oleh ulama terkenal pada masa itu. Antaranya ialah ____
I Waqi’
II Imam as-Syafie
III Ibnu al-Mubarak
IV Imam Ahmad bin Hanbal

A I dan II      
B I dan III     
C II dan IV
D III dan IV

7. Antara berikut yang manakah tidak benar tentang Imam al-Bukhari.
A Menulis kitab pada waktu malam.
B Sentiasa menutup aib orang lain.
C Tidak mahu makan makanan yang lazat.
D Suka memakai pakaian yang cantik.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
8. Imam al-Bukhari merupakan tokoh ulama dalam bidang _____.         
9. Imam al-Bukhari mengembara untuk menuntut ilmu pengetahuan selama_____.
10. Hasil karya Imam al-Bukhari adalah Sahih Bukhari yang memuatkan sebanyak  _____ hadis.
11. Imam al-Bukhari telah menghafaz al-Quran ketika berusia _____ tahun.
12. Seorang perawi hadis hendaklah mempunyai ingatan dan akal yang _____.
13, Imam al-Bukhari meninggal dunia ketika berusia _____ tahun.        
Jawapannya: 8. hadis, 9. 16 tahun, 10. 600,000 11. 11, 12. kuat, 13. 62

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Syarat Sesebuah Hadis Sahih
14. ______ (Perawi orang Islam)
15. ______ (Mempunyai ingatan yang kuat)
16. Bersifat thiqah
17. Samadnya bersambung terus kepada Rasullah S.A.W.

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
1.(a) Imam al-Bukhari telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan tamadun Islam.
i. Nyatakan dengan ringkas riwayat hidup beliau. (4 markah)
-nama sebenar ialah Muhammad bin Ismail, lahir di Bukhara, dipanggil al-Bukhari sempena tempat lahimya, meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah
ii. Nyatakan dua peribadi beliau yang harus dicontohi untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang ilmu (2 markah)
-bersungguh-sungguh menuntut ilmu
-mengamalkan akhlak yang mulia
(b) i. Nyatakan dua syarat sesebuah hadis dikira sebagai hadis sahih. (2 markah)
-perawi seorang Islam
-mempunyai ingatan yang kuat
-bersifat thiqah (dipercayai)
-sanadnya bersambung terus dengan Rasulullah S.A.W.
ii. Jelaskan dua usaha yang dilakukan oleh Imam al-Bukhari dalam mengumpulkan hadis-hadis nabi. (2 markah)
-sanggup merantau ke beberapa negara seperti Mesir dan Iraq untuk mengumpul hadis
-menghabiskan masa selama 16 tahun untuk menghasilkan hadis Sahih al- Bukhari
2.(a) Kitab Sahih al-Bukhari merupakan karya agung Imam al-Bukhari yang menjadi sumber rujukan kepada umat Islam hingga kini.
i. Berapa lamakah beliau menghabiskan masa untuk menghasilkan kitab tersebut? (2 markah)
-16 tahun
ii. Jelaskan empat usaha yang dilakukan oleh Imam al-Bukhari dalam mengumpulkan hadis. (4 markah)
-memohon pertolongan Allah
-kuat beribadat
-rajin menghafaz
-menghindari makanan yang haram
(b) Terangkan sumbangan Imam al-Bukhari kepada masyarakat Islam kini. (4 markah)
-kitab-kitab karangan beliau menjadi rujukan kepada umat Islam; menyebarkan ilmu hadis dan fikah kepada masyarakat Islam

 SOALAN RAMALAN SPM
Terdapat berapa buah kitab yang dihasilkan oleh Imam al-Bukhari semasa hayatnya.
Nyatakan dua buah kitab hasil karya Imam al-Bukhari. (2 markah)
-kitab Sahih al-Bukhari; kitab Tarikh al-Kabir
Apakah syarat yang ditetapkan oleh beliau untuk memastikan hadis itu adalah hadis sahih? (4 markah)
-beragama Islam
-kuat daya ingatan
-perawi hendaklah bersambung terus kepada Rasulullah S.A.W.
Nilai Murni
Sentiasa mencontohi sifat-sifat peribadi ulama.

Tingkatan 4
Bab 27 - Iman Al-Ghazali Rahimahullah
RINGKASAN PELAJARAN
Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi.
Dilahirkan di Ghazalah, Iran pada tahun 450 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah.
Bapanya seorang ulama sufi dan bekerja sebagai pemintal bulu kambing.
Sumbangan Imam al-Ghazali ialah:
-pernah menjadi pensyarah di Universiti Nizamiah di Baghdad.
-menjadi penasihat agung kepada Perdana Menteri Nizamul Mulk.
-pemikiran beliau telah menyelamatkan umat Islam daripada pengaruh fahaman falsafah yang berasaskan akal semata-mata.
-memberi sumbangan dalam bidang pendidikan dan psikologi.
Karya Imam al-Ghazali ialah:
-Ihya’ Ulumuddin (berkaitan ilmu tasawuf).
-al-lqtisad fil Iktiqad (berkaitan ilmu akidah).
-al-Wajiz.
-Tahafutul Falasifah (berkaitan bidang falsafah).

LATIHAN A
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Berikut yang manakah menerangkan tentang Imam al-Ghazali r.a.?
A Seorang tokoh pemikir Islam.
B Seorang ahli falsafah Islam.
C Seorang tokoh sejarah Islam.
D Seorang ahli falak terkenal.

2. Dimanakah tempat kelahiran Imam al-Ghazali?
A Baghdad
B Ghazalah
C Yaman
D Madinah

3. Gelaran yang diberikan kepada Imam al- Ghazali ialah _____.
A perawi hadis.
B Hujjatul Islam.
C bapa ilmu fiqh.
D toko

4. Hasil karya Imam termashyur ialah ______.
A al-Wajiz    
B ar-Risalah 
C al-Bayan
D Ihya’ Ulumuddin

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
5. Imam al-Ghazali dibesarkan dalam keluarga yang _____.
6. Buku karya Imam al-Ghazali menjadi______ kepada umat Islam hingga kini.
7. Imam al-Ghazali pernah menjadi tenaga pengajar di Universiti Nizamiah di _____.
8. Imam al-Ghazali merupakan pelopor kepada golongan _____.  
Jawapan: 5. miskin, 6. rujukan, 7. baghdad, 8. sufi

Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Sifat peribadi Imam Al-Ghazali
9. _______ (tekun belajar)
10._______  (Kuat beribadat)
11. Kuat ingatan

LATIHAN B
Jawab semua soalan.
1. (a) Imam al-Ghazali adalah ulama ulung yang memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan pemikiran umat Islam.
i. Jelaskan dengan ringkas riwayat hidup beliau.
-namanya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad
-lahir pada tahun 450 Hijrah
-gelaran al-Ghazali sempena tempat kelahimanya Ghazalah
-terkenal sebagai tokoh pemikir Islam
-berasal daripada keluarga yang miskin; meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah di Iran
ii. Jelaskan dua sifat peribadi yang melayakkan beliau menjadi ulama terkenal. (2 markah)
-seorang yang bijaksana; bijak berhujah
(b) Bagaimanakah pelajar boleh mencontohi keperibadian Imam al-Ghazali untuk menjadi pelajar yang berjaya?  (2 markah)
-tekun belajar, tabah menghadapi kesusahan demi untuk berjaya dalam pelajaran
2 (a)i. Nyatakan dua hasil karya Imam al-Ghazali yang terkenal. (2 markah)
-lhya Ulumuddin
-Tahaffatul Falsafah
ii. Jelaskan dua keistimewaan hasil karya Imam al-Ghazali. (4 markah)
-menjadi rujukan kepada umat Islam hingga kini
-buku- buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain dan menjadi rujukan pelajar-pelajar
(b) Imam al-Ghazali seorang ulama yang gigih dalam menuntut ilmu.
i.Jelaskan dua bukti yang menunjukkan kegigihan beliau. (4 markah)
-tabah dan bersemangat untuk menuntut ilmu
-berjaya menghafal al-Quran dalam usia muda
ii. Jelaskan dua sumbangan Imam al-Ghazali kepada umat Islam hingga kini. (4 markah)
-hasil karya beliau menjadi rujukan kepada umat Islam kini
-mendukung fahaman al-Asyairah atau dikenali sebagai mazhab Ahli Sunnah Waljamaah
(c) Terangkan dua kesan pemikiran Imam al-Ghazali kepada masyarakat Islam hari  ini. (4 markah)
-hasil karya beliau menjadi rujukan kepada umat Islam kini
-mazhab beliau menjadi pegangan kepada umat Islam di beberapa negara di dunia

SOALAN RAMALAN SPM
(a) Imam al-Ghazali mempunyai banyak keistimewaan.
Nyatakan dua keistimewaan yang dimiliki oleh beliau. (4 markah)
-beliau adalah seorang ahli fikir Islam; beliau mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujah
Jelaskan dua jasa yang dilakukan oleh Imam al-Ghazali dalam bidang ilmu dan pendidikan. (4 markah)
-menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang ilmu

-menjadi tenaga pengajar kanan di Universiti Nizamiah Baghdad dan Naisabur